Assalamualaikum,
Adakah saudara ingin menambah pelaburan akhirat yg boleh menjamin saudara mendapat syurga? Kalau begitu kita lihat hadith-hadith berikut yg memberitahu kita bahawa dua amalan yg amat disukai Allah (a.w), jika hambaNya amalakan: iaitu,
1. Mengerjakan Puasa Cara Nabi Daud (a.s) berpuasa; dan
2. Mengerjakan Jadual Ibadah Malam Nabi Daud (a.s) kerjakan.
Nabi Daud (a.s) berpuasa sehari dan berbuka (i.e. tidak berpuasa) sehari. Contohnya jika hari ini hari Isnin, kita puasa, esok hari Selasa kita tidak puasa, kemudian tulat hari Rabu kita puasa pula. Puasa selang sehari.
Dalam mengerjakan ibadah dan amalan-amalan sunat ketika malam, Nabi Daud (a.s) mengikuti jadual berikut, iaitu dia tidur 6 jam, kemudian bangu dan mengerjakan amalan-amalan sunat, terutama solat-solat sunat, 4 jam kemudian dia tidur semula 2 jam.
1. Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Omar (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Yang lebih afdhal puasa ialah puasa saudaraku (Nabi) Daud (a.s). Adalah dia berpuasa sehari dan berbuka sehari dan tiada lari apabila berjumpa (musuh).’ [Hadith hasan sahih at-Termidzi]
2. Diriwayatkan hadith daripada ‘Amru bin Dinar berkata dia mendengar ‘Amru bin Ausin berkata dia mendengar Abdullah bin Omar (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘ Ahabbus siami ilallahi siamu dauda fainnahu kana yasumu yauman wa-yuftiru yauman wa ahabbus solati ilallahi ‘azza wajalla solatu dauda kana yanamu nisfl-laili wauyusalli thuluthahu wa-yanamu sudusahu) [Maksud: Yang lebih disukai puasa oleh Allah (a.w) adalah puasa Daud (a.s), maka sesungguhnya dia adapun berpuasa sehari berbuka sehari dan lebih disukai (cara) solat oleh Allah Zat yang Maha Mulia dan Maha Agung (a.w) adalah (cara bersolat) Daud (a.s) adapun dia tidur seperdua malam dan bersolat sepertiga malam dan (kemudian) tidur seperenam malam.] [Hadith ibnu Majah]

Mereka yg ingin menjadi orang yg wara' dan tinggi ketaqwaannya adalah, antaranya, mereka yg mengikuti cara amalan Nabi Daud (a.s) tersebut. Mudah-mudah kita diberikan kekuatan untuk mengerjakannya, insya Allah. Amin
Jazakallahu khairah
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete