Assalamualaikum,
Kita telah mendapat ilmu yg sah tentang beberapa ketetapan as-Sunnah tentang solat ketika bermusafir; iaitu:
1. Mengqasarkan (i.e. memendekkan) solat;
2. Menjama'kan solat; dan
3. Ketetapan mengenai solat-solat sunat seperti solat-solat rawatib (i.e. solat sunat mengiringi waktu solat fardu).
Bagaimana pula tentang ketetapan solat manakah yg perlu didahulukan dan dikemudiankan apabila kita menjama'kan solat?
Kita diajarkan oleh tuan-tuan guru, para ulama’ dan para ilmuwan Islam bahaw ada dua bentuk solat musafir itu; iaitu, dibuat pada waktu solat yang kedua (yakni, Jama’ Takhir), atau dibuat dalam waktu solat yang pertama (yakni, Jama’ Takdim). Contoh: apabila menjamakkan Solat Zohor dan Solat ‘Asar, kita boleh buat semasa waktu Zohor (Jama’ Takdim) atau semasa waktu ‘Asar (Jama’ Takhir). Begitu jugalah ketika menjamakkan Solat Maghrib dengan Solat Isya’, boleh dibuat pada waktu Maghrib (Jama’ Takdim) atau pada waktu ‘Isya’ (Jama’ Takhir). Hadith-hadith berikut memberikan nas dan dalilnya mengenai perkara tesebut:
1. Diriwayatkan hadith daripada Salim bin Abdullah bahawasanya bapanya (yakni, Abdullah bin Omar (r.a)) berkata: ‘Aku melihat Rasulallah (s.a.w) (bahawa) apabila berkehendakkan kecepatan (atau kemudahan) dalam bermusafir mengakhirkan dia akan solat Maghrib sehingga mengumpulkannya (yakni, menjama’kannya) antara solat Maghrib dengan solat ‘Isya’ (yakni, pada waktu Isya’).' [Hadith Muslim, Kitab Solat]
Hadith di atas memberitahu kita bahawa kadangkala Rasulallah (s.a.w) membuat Jama’ Takhir apabila mensolatkan Solat Maghrib dan Solat Isya’ dalam waktu ‘Isya’. Begitu juga hadith berikut menyebutkan tentang Rasulallah (s.a.w) membuat Jama’ Takhir apabila mengerjakan Solat Zohor dan Solat ‘Asar, apabila perjalanannya tepat pada waktu sebelum matahari tergelincir (yakni, tegak atas kepala kita):
2. Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Adapun Rasulallah (s.a.w) ketika berangkat (untuk musafir) bahawa sebelum tergelincir matahari, mengakhirkan solat Zohornya ketika tiba waktu ‘Asar, kemudian maka menjama’kannya antara keduanya, maka jika telah tergelincir matahari sebelum berangkat dia solat Zohor terlebih dahulu, kemudian berlepas.' [Hadith Muslim, Kitab Solat]
Kita tahu bahawa dilarang bersolat sewaktu matahari tegak di atas kepala (i.e. waktu haram mengerjakan solat). Juga, jika cuaca terlalu panas semasa tengah hari, boleh dilambatkan sedikit Solat Zohor. Dengan menjama’kan Solat Zohor dengan Solat ‘Asar, maka sudah pastilah tidak berlaku bersolat ketika waktu haram dan juga ketika itu kepanasan sudah berkurangan. Yg penting diingatkan adalah jika perjalanan kita bermula ketika sudah masuk waktu Zohor, contohnya, wajarlah kita buat jama' takdim. Jika, ketika dalam perjalanan itu, kita perlu teruskan maka dibolehkan membuat jama' takhir. Kerana, sebaik-baik ketika mengerjakan solat fardu itu adalah pada awal waktunya, jangan dilengah-lengahkan. Maka dengan itu jugalah apabila kesempatan itu wujud untuk mengerjakan solat, maka kerjakanlah di awal waktunya.
3. Diriwayatkan hadith daripada ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Bersolat Rasulallah (s.a.w) solat Zohor, solat ‘Asar dijama’kannya, dan Maghrib dan ‘Isya’ dijama’kannya, di dalam selain kerana takut atau kerana bermuasafir.’[Hadith Muslim, Kitab Solat]
Di dalam hadith di atas itu, disebutkan bahawa menjama’kan kedua-dua solat tersebut adalah ketetapan as-Sunnah kerana bermusafir dan bukan kerana sebab-sebab lain, seperti kerana takutkan keselamatan diri atau kerana pertimbangan-pertimbangan lain. Syariat itu telah ditetapkan dan bukannya kerana senaga dibuat oleh Rasulallah (s.a.w).
[Nota: Mungkin para ulama’ menyebut ‘jama’ takhir’ itu berpandukan hadith ini (i.e. hadith #2). Hadith ini (i.e. hadith #3) mungkin dijadikan asas istilah ‘jama’ takdim’ oleh para ulama’, kerana istilah-istilah tersebut tidak terdapat dalam as-Sunnah.]

Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment