Assalamualaikum,
Setelah kita teliti 10 adab dan tatasusila berdoa, kita telitip pula bagaimana sewajarnya kita mengakhirkan doa kita? Kita lihat firman Allah (a.w) dan sabda Rasulallah (s.a.w) berikut:
Kaedah Mengakhirkan Doa
Apabila hendak mengakhiri doa, seringkali kita dengar para imam atau orang yang berdoa itu mengakhiri doa mereka dengan menyebut tiga ayat terakhir dalam Surah as-Soffat. Ayat-ayat tersebut mengandungi unsur Tasbih yang bererti mensucikan Tuhan dari apa-apa sifat-sifat yang bertentangan dengan keesaanNya dan kemulianNya, unsur Tahmid, yang mengandungi pujian-pujian terhadapNya; dan unsur Taslim (ucapan salam sejahtera kepada semua para rasul Allah (a.w.)). Tiga ayat tersebut adalah diturunkan di bawah ini.
Firman Allah (a.w): 'Subhana rabbika rabil ‘izzati ‘amma yasifuna @ was-salamun ‘ala mursalina @walhamdulillahi rabbil ‘alamina) [Maksud: Maha suci Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai keperkasaaan dari apa yang mereka katakan @ Dan kesejahteraan yang dilimpahkan kepada semua para rasul @ Dan segala puji kepada Allah (a.w) Tuhan semesta alam] [Ayat 180 – 183, Surah as-Soffat]
Di dalam sepotong hadith disebutkan perkara ini, iaitu Rasulallah (s.a.w) mengajarkan supaya kita lakukan sedemikian setiap kali kita menamatkan doa kita atau setiap kali kita menyudahkan ceramah atau ucapan kita ketika hendak duduk atau beredar dari majlis.
Diriwayatkan hadith daripada asy-Sya’abi (r.a) berkata bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa ingin memperolehi bekalan pahala yang paling sempurna di hari qiamat, maka hendaklah dia pada tiap-tiap akhir pertemuannya (yakni, majlisnya) dikala hendak berdiri atau beredar menyebutkan (i.e. membaca) ayat-ayat di atas (yakni: Ayat 180, 181 dan 182, Surah as-Soffat) itu. [Hadith ibnu Abi Khatim]
Setiap kali kita berdoa adalah merupakan pertemuan kita dengan Allah (a.w) meminta segala sesuatu yang kita inginkan. Maka dengan itu ketika kita ingin berundur dan berpisah denganNya pada majlis tersebut kita memuji dan menegaskan keyakinan kita tentang keEsaanNya serta keAgungannya, berselawat kepada para rasul yang diutuskanNya kepada manusia dan menyanjungi kemulian Allah (a.w). Allah (a.w) berfirman di dalam al-Quran bahawa satu daripada ketetapan rukun iman adalah kita mempercayai segala UtusanNya. Merekalah yang membawakan syariat ugama Allah (a.w) kepada umat mereka pada zaman mereka. maka wajarlah kita memberi penghormatan kepada mereka itu.

Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment