Wednesday, January 6, 2010

Kenapa enggan berdoa??

Assalamualaikum,
Kita telahpun teliti dalam post yg lalu firman Allah (a.w) menguruh hambaNya yg Islam dan beriman sentiasalah berdoa kepadaNya, dan jika enggan berdoa, kita tergolong sebagai orang yang sombog kepadaNya! Dalam Islam doa adalah ibadah yg amat utama - ibadah yg mudah dilaksanakan tetapi membawa banyak kemanfaatan kepada kita.
Kita lihat pula pesanan Rasulallah (s.a.w) yg pendek dalam hadith berikut:
Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘La ta’jizu fid-du’a-i fainnahu lan (-ai) yahlika ma’ad-du’a-i ahadun.' [Maksud: Janganlah kamu lemah (yakni, segan atau malas daripada) berdoa maka sesungguhnya tidak sekali-kali akan rosak seseorang kamu disebabkan dia berdoa.] [Hadith ibnu Hibban dan al-Hakam]
Semoga kita melapangkan sedikit masa kita berdoa memohon sesuatu kepada Allah (a.w), kerana ganjaran kemanfaatan amat besar dan berharga. Amin
Jazakalahhu khairah

No comments:

Post a Comment