Assalamualaikum,
Sesungguhnya ada tiga hari 'perayaan umat Islam' itu, iaitu hari Jum'at, dua hari raya i.e. Aidul Fitri (Raya Pusa) dan Aidul Adha (Raya Haji). Diantara ketiga-riga hari penting bagi umat Islam ini hari Jum'at yg lebih utama. namun, sudah menjadi budaya orang Melayu tidak mengutamakan Hari Jum'at dan Solat Jum'at berbanding 1hb Shawal dan Solatnya dan 10 Zulhijjah dan solatnya. Mungkin terjadi demikian kerana ianya datang setiap minggu. Bagi mereka yg berilmu, mereka lebih utamakan Hari Jum'at kerana mungkin kita tidak sempat bertaubat apabila datangnya hari Jum'at itu berlakulah kiamat dunia -serulinmg sangkala pertama ditiupkan dan manusia semuanya akan mati dan bermulanya alam akhirat.
Menghiasi Diri Untuk Jum’at
Hadith di bawah ini pula menjelaskan bahawa hendaklah disediakan satu pasang pakaian khas untuk solat Jum’at. Ini adalah kerana hari Jum’at lebih baik kedudukan daripada raya Aidil Fitri atau Aidil Adha, dan solat Jum’at itu lebih banyak fadhilatnya daripada solat fardu Zohor. Jika manusia sanggup membeli dan memakai pakaian yang cantik lagi bersih untuk kedua hari raya tersebut, sepatutnya mereka lebih bersedia dengan pakaian yang baru dan cantik, malah khusus, untuk solat Jum’at, seperti yang digalakkan oleh as-Sunnah.
1. Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Salam (r.a) berkata: ‘Sesungguhnya aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda di atas mimbar pada hari Jum’at: ‘Tidak ada atas seseorang kamu seandainya membeli dua pakaian bagi hari Jum’at, selain pakaian untuk kerjanya seharian’ [Hadith Ibnu Majah]
Hadith ini menggesa seseorang itu supaya memakai pakaian asing untuk solat Jum’at dan seboleh-bolehnya tidaklah menggunakan pakaian kerjanya untuk solat Jum’at. Lebih afdhal menggunakan satu pakaian yang khusus untuk solat Jum’at. Malangnya, bagi kita yang masih bekerja kurangnya ganjaran pahala kita: yakni, tidak dapat pahala hadhir awal di mesjid, tidak dapat pahala mandi hari Jum’at, dan tidak dapat pahala memakai kain atau pakain khas untuk solat Jum’at itu. Maka dengan itulah bagi negara yang melaksanakan syariat Islam sepenuhnya, hari kelepasan mereka adalah hari Jum’at (bukan hari Ahad), supaya umat Islam dapat meraih sebanyak pahala yang termungkin pada hari Jum’at itu, dengan menghadiri masjid awal.
2. Diriwayatkan hadith daripada Aisyah (r.a) berkata: ‘Sesungguhnya Nabi (s.a.w) berkhutbah atas manusia pada suatu hari Jum’at, maka melihat atas mereka berpakaian lusuh. Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tidak adakah atas seseorang kamu bahawasanya menjumpai keluasan (yakni, kesenangan untuk membeli satu pakaian yang bersih lagi baik untuk solat Jum’at), sesungguhnya mengambil dua pasang pakaian untuk hari Jumat, selain pakaian untuk pakaian kerjanya’ [Hadith Ibnu Majah]
Maksud hadith ini eloklah disediakan dua pasang pakaian, satu untuk kerja seharian pada hari Jum’at dan satu lagi khusus untuk bersolat Jum’at. Seperti hadith di atas itu, digesa supaya kita mendapatkan pakaian khas untuk solat Jumat dan bersedia dengan pakaian yang sebaik-baiknya untuk solat Jum’at.
3. Diriwayatkan hadith daripada Abu Zar (r.a) berkata hadith daripada Nabi (s.a.w) yang bersabda: ‘Barangsiapa mandi pada hari Jumat maka memperbaikilah (atau memperelokkan) mandinya, dan bersucilah (yakni, berwudu’lah) maka memperbaiki suciannya (yakni, wudu’nya), dan memakailah dari sebaik-baik pakaian, dan memakailah apa-apa yang mewajibkan (yakni, membolehkan) oleh Allah (a.w) atas benda-benda itu dari bau-bauan (minyak) wangi isteri kamu, kemudian datanglah (ke mesjid untuk solat) Jum’at, dan janganlah lahan (atau lagha, yakni bersembang dengan kata-kata yang sia-sia), dan tidak memisah antara orang-orang (yakni, mengambil tempat duduk antara dua orang yang sudah duduk), diampunkan Allah (a.w) baginya apa-apa di antara Jumat (hari itu) dengan selainnya (yakni, Jumat yang lainnya).’ [Hadith Ibnu Majah]
Hadith-hadith di atas ini menunjukkan bahawa Rasulallah (s.a.w) menyuruh kita bersedia sebaik-baiknya untuk solat Jum’at dan semasa khutbah, termasuklah memakai wangi-wangian. Antaranya persedian tersebut disebutkan seperti berikut:
· Mandi (sebagaimana orang mandi junub), dan memperbaiki mandiannya;
· Mengambil wudu’ di rumah dan memperbaiki wudu’nya;
· Memakai pakaian khusus (jika tiada pakaian khusus untuk Jumat, dapatkan) yang bersih dan cantik ke mesjid;
· Memakai bau-bauan dan wangi-wangian (supaya selesa jemaah yang duduk berhampiran dengan kita);
· Datang awal ke mesjid untuk ganjaran pahala yang lebih;
· Sampai di mesjid duduklah untuk memperingatkan Allah (a.w) (dengan berzikir dan membaca al-Quran, dan lain-lainnya; dan
· Jangan berbual-bual kosong atau bersembang perkara yang bukan-bukan, sebaliknya hendaklah berzikir mengingati Allah (a.w) atau membaca al-Quran; dan
· Mendengar khutbah, tidak bercakap semasa imam berkhutbah.
Jelaslah, Rasulallah (s.a.w) menyuruh kita menghormati hari Jum’at, memperbanyakan amalan sunat, terutama berzikir, dll pada hari Jum’at. Apabila kita melakukan segala suatu yang disuruh Rasulallah (s.a.w) kita mendapat ganjaran yang disebutkan oleh beliau, selain pahala yang kita dapati kerana mengikuti sunnah Rasulallah (s.a.w).

Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment