Assalamualaikum,
Bagi saudara yg suka membaca pandangan tokoh-tokoh ulama' atau ilmuwan semasa mungkin terbaca tulisan saudara Muhammad Uthman el-Muhammady dalam ruang Rencana akhbar Berita Harian keluaran Ahad 17 Januari 2010. Tajuk tulisannya: 'Ancaman Islam liberal ke atas Ahli Sunnah'.
Perlu di ingatkan bahawa beliau adalah tokoh terkemuka ulama' atau ilmuwan arus perdana yg berpegang kuat kepada fahaman mazhab as-Syafie. Beliau juga adalah penentang kuat segala aliran lain yg disifatkan oleh beliau sebagai alirah atau fahaman Wahabi ataupun Islam Liberal. Maka dengan itu beliau tidak sebulu dengan pandangan atau pembawakan orang seperti Dr Asri, bekas Mufti Perlis dan mereka yg selairan dengannya. Penulis harap janganlah saudara terpengaruh dengan hujjah-hujjah mereka atau penulis seumpama beliau. Kerana, penyokong Islam arus perdana masih belum dapat menerima hakikat bahawa Islam itu adalah semata-mata al-Quran dan as-Sunnah. Islam dicipta Allah (a.w) sebagai pleform bagi manusia, hambaNya, 'mengabdikan diri' mereka kepadaNya. Dalam mengabdikan diri itu, Allah (a.w) menetapkan supaya ikuti perintah dan suruhan Rasulallah (s.a.w). Malah ikuti Rasulallah (s.a.w) sebagai contoh hamba terbaik kerana beliau adalah 'uswatun hasanah'. Justeru itu, sesiapa yg menepati ketetapan Allah (a.w) dalam Ayat 13, Surah an-Nisa', pasti berjaya mendapat syurga. Tetapi, kalau tidak menepati ketetapan tersebut, sebaliknya mengingkari Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) dan melanggar ketetapan-ketetapan Allah (a.w), maka mereka pasti gagal, dan akan masuk neraka, mengikut ketetapan Allah (a.w) dalam Ayat 14, Surah an-Nisa'. Kemudian, Allah (a.w) perintahkan manusia yg Islam dan beriman itu patuhi ketetapanNya pada Ayat 59, Surah an-Nisa', iaitu taatkan 'ulil amri'. Tetapi, ketaatan terhadap 'ulil amri' itu ada hadnya, i.e. tidak mutlak. Kerana 'ulil amri' adalah manusia biasa, maka mereka mungkin membuat silap atau dipengaruhi oleh perasaan dan nafsu. Maka dengan itu, jika terdapat perelisihan faham antara jema'ah Islam dan 'Ulil amri', maka perlu diselesaikan dengan merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah! Maka dengan itu jugalah, Allah (a.w) perintahkan umat Islam ikuti as-Sunnah, i.e. perintah Allah (a.w) pada Ayat 7, Surah al-Haysr. Kemudian Rasulallah (s.a.w) memperlengkapkan segala sesuatu mengenai amal dan ibadah, adab dan akhlak mukmin, dan panduan ibadah dan amalan yg terperinci serta panduan hidup Muslim yg diridhai Allah (a.w). Termasuk dalam ketetapan as-Sunnah itu perintah supaya menganuti Islam secara berjema'ah, dan tentang perlunya wujus Imam atau Amir (i.e. pemimpin) dalam jema'ah, tentang ikrar janji setia dan tentang panduan dalam berjema'ah. Inilah batu asas (fundamental building block) kepada 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu.
Penulis telah huraikan dengan panjang lebar dalam blog ini tentang siapakah golongan yg diiktiraf Islam sebagai 'ahlus sunnah wal-jama'ah' tersebut. Ramai orang, termasuk ulama' atau ilmuwan tersohor di Malaysia, termasuk saudara Uthman sendiri yg mengakui mereka adalah golongan 'ahlus sunnah wal-jama'ah'! Mereka menidakkan mereka yg dalabelkan oleh beliau sebagai berfahaman Wahabbi sebagai bukan dalam golongan 'ahlus sunnah waljama'ah' itu! Malah ada pula yg mengkafirkan golongan-golongan tersebut!
Kita telah perhatikan dalam blog ini bahawa golongan 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu adalah golongan yg menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Malah, lebih jelas lagi golongan yg boleh diakui 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu hendaklah memenuhi dua pra-syarat yg kita telahpun sebutkan dalam banyak post dalam blog ini, iaitu:
1. Mereka menjalani kehidupan sebagai orang Islam yg beriman serta mengerjakan amal dan ibadah berpandukan semata-mata ketetapan al-Quran dan as-Sunnah (i.e. al-Hadith) sebagai sumber ilmu dan hukum serta kaedah dan cara beramal dan beribadah; dan
2. Mereka mengamalkan Islam secara berjema'ah di bawah seorang pemimpin yg diberi nama Imam atau Amir, yg mentadbir uruskan jema'ah umat Islam dan ada ikrar janji setia antara jema'ah (i.e. rukyah) dengan Imam.
Di Malaysia hari ini, jika kita teliti dan halusi, kita akan dapati dua amalan yg lazim, iaitu:
1. Banyak amal dan ibadah kita serta banyak hukum-hakam dalam Islam tidak menepati al-Quran dan as-Sunnah. Malah ada yg sama sekali bertentangan dengan ketetapan as-Sunnah, seumpama 'bida'ah hasanah'. Maka dengan itu, pra-syarat pertama tidak dipenuhi; dan
2. Sekarang ini tidak ada oraganisasi jema'ah as-Sunnah yg formal, i.e. ada Imam atau Amir, ada ikrar janji dengan Imam atau Amir dan ada ketaatan antara jema'ah (i.e. rukyah) dengan Imam atau Amir. Maka pra-syarat kedua tidak wujud.
Dalam konteks criteria ini, jelaslah apakah kita semua boleh diiktiraf sebagai 'ahlus sunnah wal-jama'ah' masih dan kekal menjadi tanda tanya! Adakah kita menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah? Kerana:
1. Allah (a.w) perintahkan kita yg Islam dan beriman hendaklah 'pegang tali Allah (a.w)' i.e. anuti Islam 'secara berjema'ah'. Kita tidak berjema'ah menepati ketetapan tersebut;
2. Rasulallah (s.a.w) perintahkan supaya kita hendaklah Islam secara berjema'ah, tetapi kita belum boleh dianggap sudah berjema'ah menepati ketetapan as-Sunnah;
3. Megambil maklum bahawa sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin adalah sebahagian daripada (i.e. part and parcel of ) as-Sunnah, kita tidak menepati ketetapan Omar b Khattab (r.a.) apabila beliau berkata: 'Tidak dikatakan Islam kecuali dengan berjema'ah, dan tidak dikatakan berjema'ah kecuali dengan adanya Imam atau Amir, dan tidak dianggap wujud (sistem) keamiran atau keimaman jika tiada ketaatan oleh rukyah terhadap Imam atau Amir' itu! [Hadith ad-Daramiu]. Kata-kata Omar (r.a), mengikut sabda Rasulallah (s.a.w), adalah kata-kata yg telah dibenarkan oleh Allah (a.w) (rujuk hadith). Selagi ketetapan atau pra-syarat ini tidak dipenuhi, selagi itulah kita tidak boleh anggapkan diri kita tergolong sebagai 'ahus sunnah wal-jama'ah' itu!
Suatu masa dulu al-Arqam berjaya menubuhkan suatu 'jema'ah' yg cohesive dan viable serta bersatu padu, tetapi mereka gagal mengamalkan Islam berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Maka mereka juga terkeluar dari definisi 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu. Malah kini 'jema'ah' tersebut sudah pupus (sekurang-kurangnya tidak lagi bergerak secara sah). Di Indonesia ada 'jema'ah' dalam bentuk perkumpulan 'Muhammadiah', 'Nahdatul Ulama' dan 'Ahmadiah' dan seumpamanya, tetapi mereka juga tidak menepati ketetapan al-Quran as-Sunnah kerana terdapat pembaharuan dalam amalan dan ibadah yg ditegah oeh Rasulallah (s.a.w). Juga, ciri-ciri jema'ah yg mereka tubuhkan juga berbeza dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Mereka juga tidak menepati satu daripada pra-syarat berjema'ah .
Kumpulan syi'ah pula menepati pra-syarat berjema'ah, tetapi gagal dalam pra-syarat pertama, iaitu tidak menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dari segi amalan dan ibadah.
Di Malaysia, ada sebuah kelompok umat Islam suatu masa dulu di Kelantan yg berjaya dalam menubuhkan sebuah 'jema'ah' tetapi tetap belum menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Maka belum memenuhi pra-syarat pertama.
Mereka yg dikatakan mengikuti fahaman wahabi pula berpegang kukuh kepada ketetapan al-Quran dan as-Sunnah tanpa mengamalkan sesuatu yg bersifat kurafat, tahyul, bid'ah dan taklid dll yg mencemari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, tidak mengamalkan Islam secara berjema'ah. Jika demikian, golongan ini juga tidak dapat dianggap 'ahlus sunnah wal-jama'ah' berdasarkan definisi tersebut!
Malah, jika kita teliti golongan majoriti umat Islam, yakni umat Islam arus perdana, tidak juga berpegang dengan Islam secara berjema'ah dalam suatu jema'ah umat Islam yg formal, i.e. ada Imam atau Amir, ada ikrar janji setia (disebut dalam al-Quran dan as-Sunnah sebagai 'bai'at') terhadap Imam atau Amir dan wujud sistem keata'tatn terhadap Imam dan Amir, sebagaimana yg ditetapkan oleh as-Sunnah. Sehubungan itu, apakah mereka tergolong dalam definasi 'ahlus sunnah wal-jama'ah' sebenarnya? Oleh yg demikian, para ulama' dan ilmuwan arus perdana sepatutnya meneliti dan menghalusi situasi dan keadaan sedemikian itu, menyemak kembali ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, kemudian menyemak pula pengamalan Islam semasa, dan kemudian, mengambil tindakan yg perlu bagi 'menghalalkan' keIslaman kita sejajar dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.
Semoga kita diberi panduan yg haq oleh para ulama' dan ilmuwan Islam yg ada sekarang ini, bagaimanakah mungkin kita dapat menghalalkan kehidupan kita di dunia (Nota: Rasulallah (s.a.w) memberitahu tidak halal kehidupan orang Islam yg beriman yg berada di permukaan bumi ini bertiga atau lebih, jika mereka tidak mengangkat salah seorang dari kalangan mereka menjadi Imam atau Amir mereka [Hadith Bukhari dan Muslim]) dan menepati ketetapan Allah (a.w): 'Berpeganglah kepada tali Allah (a.w) (yakni, Islam) secara berjemaah dan jangan berpecah atau berfirqah ...' [Ayat 103, Surah ali-Imran] dan menepati perintah Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah) supaya berjema'ah. Kalau segolongan umat Islam itu menepati perintah Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan perintah Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah), barulah perkumpulan itu dapat diiktiraf sebagai 'ahlus sunnah wal-jama'ah' - golongan yg berjaya mendapat syurga daripada 73 golongan umat Islam akhir zaman.
Mudah-mudahan akan bangun para ulama' dan ilmuwan Islam untuk meneliti semula ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) dan melupakan ketaksuban mereka kepada pendapat dan pandangan para ulama' silam yg tersohor itu, kerana ketetapan yg haq adalah al-Quran dan as-Sunnah bukan ketetapan manusia selain Rasulallah (s.a.w)! Kerana sabda Rasulallah (s.a.w) yg sering kita rujuk dalam blog ini adalah: di akhir zaman kelak, selepas kewafatan Rasulallah (s.a.w), umat Islam akan berpecah menjadi 73 golongan atau firqah atau mazhab, kesemuanya masuk neraka, kecuali satu golongan. Golongan mana? Golongan yg berpegang kepada as-Sunnah (termasuk sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin) dan mereka menganuti Islam secara berjema'ah. Mudah-mudahan dengan semakan semula itu, kita lebih yakin status keIslaman kita. Amin
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment