Thursday, January 21, 2010

Allah (a.w) Zat yg Maha Pengampun

Assalamualaikum,
Sesungguhnya Allah (a.w) itu amat kasih kepada hambaNya. Oleh itu selalulah hambaNya diperingatkan olehnya supaya sentiasalah mengerjakan amalan yang baik terhadapnya. Selain memberi rezki kepada hambaNya, Allah (a.w) sentiasalah memberi peluang kepada kita hambaNya untuk mendapat ganjaran pahala yang besar dalam sesuatu perbuatan yang baik yang dilakukan demi keranaNya. Maka dengan itulah, perbuatan yang berdosa itu dikira sebagai dosa seumpanya sahaja apabila dilakukan, tetapi perbuatan yang mendatangkan pahala sentiasalah digandakan 10 kali ganda sehingga 700 kali ganda pula.
Allah (a.w) sentiasa memberi peluang kepada manusia supaya kembali ke siratul mustaqim yang membawa mereka ke destinasi kejayaan yang kekal di syurga. Jika manusia itu berdosa, ada banyak peluang bagi manusia itu menbus dosa-dosanya. Satu cara adalah berdoa kepadanya. Ada banyak doa yang dapat menghapuskan dosa-dosa, selain dosa yang hanya boleh terkikis melelui proses tertentu seperti bertaubat, boleh terhapus melalui berbadai doa. Kedua, wudu’ itu mengikis dosa. Ketiga, solat, itu menghapuskan dosa. Berbagai-bagai kemungkinan bagi seseorang manusia itu mengikis dosanya. Tambahan pula, amal baik (amal maruf) yang dikerjakan mendatangkan gandaan pahala yang banyak, seumpama berwudu' menggugurkan dosa-dosa kecil.
Di dalam firman berikut, Allah (a.w) memberi satu peluang yang amat berharga kepada kita untuk mengikis dosa kita, iaitu kita bertaubat kepadanya:
1. Firman Allah (a.w): 'Innallaha la yaghfiru an yusrika bihi, wayaghfiru ma duna zalika liman yasyau …' [Maksud: Sesungguhnya Allah (a.w) tidak akan mengampuni dosa syirik dan Dia (Allah (a.w)) mengampuni segala dosa selain dari syirik itu pada sesiapa yang Dia (Allah (a.w)) kehendaki.] [Ayat 48, Surah an-Nisa’]
Sesungguhnya Allah (a.w) sahaja yang berhak untuk megampunkan dosa-dosa hamba-hambaNya. Tiada siapa yang ada kuasa itu. Dalam firman tersebut kita diberitahu bahawa dosa yang tidak boleh diampun hanya dosa syirik trehadap Allah (a.w). Tiada maaf bagi kita jika kita syirik. Lain-lain dosa boleh diampunkan oleh Allah (a.w), jika Allah (a.w) berkehendakan mengampuni kita.
2. Firman Allah (a.w): 'Wamany ya’mal suan au yazlim nafsahu, thumma yastaghfirillaha yajidillaha ghafuran rahiman.' [Maksud: Dan barangsaiapa yang berbuat dosa (kemaksiatan) atau menganianya dirinya sendiri (dengan melanggar tegahan Allah (a.w)) kemudian dia beristighfar (memohon keampunan) kepada Allah (a.w), dia akan dapati Allah (a.w) maha Pengampun lagi Maha Penyayang][Ayat 110, Surah an-Nisa’]
Firman di atas menunjukkan kesediaan Allah (a.w) mengampuni dosa kita apabila kita memohon keampunan dariNya. Di dalam hadith di bawah pula Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita betapa kasihnya Allah (a.w) terhadap hambanya sehinggakan jika dosa mereka begitu banyak seumpama dunia sekalipun, Dia (Allah (a.w) bersedia mengampunkan kita apabila kita bertaubat memohon keampunanNya.
3. Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Demi Tuhan yang nyawaku berada di dalam genggamanNya, sekiranya kamu membuat dosa sehingga dosa-dosamu (banyanya) memenuhi ruangan antara langit dan bumi, kemudian kamu beristighfar (meminta ampun) kepada Allah (a.w), nescaya Dia mengampunimu. Dan, demi Tuhan yang nyawa Muhammad (s.a.w) di dalam genggamanNya, kiranya kamu semuanya tidak berdosa, maka Allah (a.w) akan mendatangkan suatu kaum yang berbuat dosa kemudian (mereka) beristighfar (meminta ampun) kepadaNya, lalu diampuniNya kaum itu olehNya.[Hadith Imam Ahmad]
Begitulah kerahmatan Allah (a.w) itu sentiasalah wujud untuk memberi kesempatan kepada hamba-hambaNya supaya bertaubat dan mengerjakan amal soleh serta berbuat baik. Maka dengan itulah kita diperingatkan selalu tentang azab Allah (a.w) dan kita diperingatkan oleh Allah (a.w) di dalam al-Quran supaya bertaubat dan memohon keampunan terhadap segala dosa yang kita lakukan.
Mudah-mudahan Allah (a.w) menerima taubat kita dan mengampunkan dosa-dosa kita yg kita lakukan sepanjang hidup kita yg disengaja dan yg tidak disengajakan, insya Allah. Amin
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment