Thursday, January 21, 2010

Peringatan Allah (a.w) ...

Assalamualaikum,
Sebagai manusia tidaklah kita terlepas dari berbuat dosa - kerana mata kita, kerana telinga kita, kerana mulut kita, kerana kaki tangan kita, dan kerana anngota sulit kita ... Namun yg utama adalah ketika menyedari kita telah melakukan kesilapan dan kesalahan kita akui dan kita pohonkan keampunan dari Allah (a.w), kerana hanya Allah (a.w) yg boleh mengikis dosa-dosa kita, hanya Allah (a.w) yg boleh menagmpuni dosa-dosa kita, dan kita bersedia bertubat kepadaNya.
1. Firman Allah (a.w): ‘Wa-sari’u ila maghfiratin min(-r) rabbikum wa-jannatin ‘arduhas samawatu wal-ardu u’iddat lilmuttaqina @ Allazina yunfiquna fis-sarai wad-dorra-i wal-kaziminal gahiza wal-‘afina ‘annin nasi; wallahu yuhibbul muhsinina @ Wal-lazina iza fa’alu fahisyatan au zallamu anfusuhum zakarullaha fastaghfaru lizunuhihim wa-man (-ai) yaghfiruz-zunuba illalahu wa-lam yusirru ‘ala ma fa’alu wahum ya’lamuna @ Ulaika jazauhum maghfiratun min(-ir) rabbihim wa-jannatun tajri min tahtihal-anharu khalidina fiha wa-na’ma ajrun ‘amilina.' [Maksud: Berlumba-lumbalah (kamu sekelian) kepada mendapatkan keampunan dari Tuhan kamu dan syurga itu lebarnya (atau luasnya seluas) antara beberapa langit dan bumi disediakan bagi mereka yang bertaqwa @ (Siapa? iaitu) Orang-orang yang menginfaqkan (sebahagian daripada rezki yang dikurniakan oleh Allah (a.w) kepadanya) dalam keadaan dia kaya (atau berada) dan dalam keadaan mereka melarat (yakni miskin), dan orang-orang yang menahan pada kemarahannya (apabila dia hendak marah kerana sesuatu), dan orang-orang yang memaafkan (kesalahan) dari kalangan manusia (terhadap dirinya), dan Allah (a.w) itu adalah zat yang sukakan kepada orang-orang yang mukhsin (yakni, yang suka berbuat baik) @ Dan (siapa lagi? iaitu), orang-orang yang ketika melakukan maksiat; (atau kejahatan atau perbuatan yang berdosa) atau menzalimi diri mereka sendiri, ingat mereka akan Allah (a.w) maka meminta ampun mereka kerana dosa-dosa mereka, dan (tiada siapa) yang dapat mengampuni dosa-dosa itu kecuali Allah (a.w) dan tidaklah mereka menetapi (yakni, mengulangi) atas apa-apa yang berbuat mereka dan mereka mengetahui (akan perbuatan-perbuatan tersebut ditegah dan mendatangkan dosa) @ Mereka itu mendapat balasan keampunan dari Tuhan mereka dan syurga yang mengalir dari bawah syurga itu beberapa sungai, kekal mereka di dalamnya (yakni, syurga itu) dan sebaik-baik pahala bagi orang-orang yang beramal (dengan sifat-sifat tersebut).] [Ayat 133 hingga 136, Surah ali-Imran]
Allah (a.w) dengan sifatnya yang sangat kasih dan sayangkan hambanya, memberi peringatan serta menyuruh hambaNya supaya berlumba-lumba atau cepat-cepat dan berusaha untuk memperbaiki diri mereka dalam konteks membanyakkan amalan dan ibadah – yang wajib dan yang sunat – sebagai persediaan semasa hidup untuk ahirat mereka. Bersegera dan mempertingkatkan membuat pelaburan akhirat demi mendapat dividen akhirat yang sebanyak mungkin untuk kesejahteraan akhirat kita. Dengan usaha yang gigih serta semakin tekun dalam memperbaiki diri untuk mendapat kerahmatan Allah (a.w) serta keampunan Allah (a.w) terhadap segala salahlaku mereka sebagai orang Islam yang beriman. Mereka berusaha untuk mendapatkan ganjaran syurga yang, mengikut firman Allah (a.w) adalah amat luasa seumpama luasnya antara langit dan bumi yang telah disediakan untuk dianugerahkan kepada orang-orang yang bertaqwa.
Diperjelaskan dalam ayat tersebut siapakah mereka yang tergolong sebagai orang yang bertaqwa? Apakah ciri-ciri orang yang bertaqwa itu disebutkan dalam firman Allah (a.w) di dalam ayat tersebut. Ciri-ciri mereka adalah:

Pertama, orang yang bersedia dengan penuh ikhlas menginfaqkan sebahagian daripada rezki yang diperolehinya (wang ringgit dan harta benda) dari kurniaan Allah (a.w) untuk fi sabilillah (yakni, membela Islam dan umatnya), ketika mereka dalam kesenangan hidup dan semasa dia dalam kesusahan hiduppun;

Kedua, orang yang mampu menahan kemarahannya terhadap orang lain walaupun dalam keadaan biasa mereka pasti marah atau naik berang terhadap perbuatan orang-orang sedemikian terhadapnya;

Ketiga, orang-orang yang bersedia dengan rela hatinya memaafkan kesalahan yang dilakukan oleh orang lain terhadap dirinya; dan

Keempat, orang-orang yang apabila melakukan sebarang dosa sama ada secara sengaja atau tidak sengaja, dia teringatkan Allah (a.w) dan takutkan kemurkaanNya, maka bersegeralah dia bertaubat.
Disebutkan di dalam firman Allah (a.w) bahawa orang-orang yang bersegera bertaubat itu kerana salahlakunya hendaklah dia brhenti dari melakukannya semula dan hendaklah dia tidak mengulanginya, maka dengan itu Allah (a.w) akan mengampuni dosa-dosanya. Mereka juga mendapat ganjaran syurga sebagaimana golongan orang-orang yang disebutkan di dalam ayat tersebut.
2. Diriwayatkan hadith dari Abi Khalid al-Walibiyi hadith dariada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Dan tidak mengerti aku kecuali sungguh merafakkan pada hadith bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Yaqulullahu subhanahu: ‘Ya ibna adama tafaragh li’ibadati amla-a sodraka ginna wa-asudda faqraka wain lam taf’al malaktu sodraka syughlan walam asudda faqraka.' [Maksud: Berfirman Tuhan kamu, zat yang Maha Suci: Wahai anak-anak Adam melonggarkanlah (yakni, lapangkanlah masa) untuk beribadah kepadaKu (Allah (a.w)) maka memenuhi Aku (Allah (a.w)) akan kalbumu dengan kecukupan dan menutup Aku (Allah (a.w)) akan keperluanmu (yakni, dicukupkan keperluan dunia); dan jika tidak mengerjakan (atau berbuat) kamu (melapangkan masa untuk beribadah kepadaAllah (a.w)) memenuhi Aku (Allah (a.w)) akan qalbumu dengan kesibukan dan tidak menutupi Aku (Allah (a.w)) keperluanmu (yakni, keperluan dunia sentiasa merasa tidak cukup atau kekurangan atau tidak kesampaian apa yg dihajati).] [Hadith (qudsi) ibnu Majah, Kitab Zuhud]
Hadith ini, sepotong hadith qudsi, Allah (a.w), melalui lisan Rasulallah (s.a.w), memberitahu kita supaya bersegeralah kita melapangkan masa untuk beribadah kepada Nya, dan dengan itu Allah (a.w) akan memenuhi hati kita dengan penuh kesenangan dari sebarang kerisauan dan kerungsingan dalam hidup kita kerana Allah (a.w) mencukupkan segala kepeluan kita serta menutupi segala keperluan yang tidak sampai, yakni kita merasa cukup; tetapi jika sebaliknya pula Allah (a.w) memenuhi hati kita dengan segala kesebokan dunia dan tidaklah Allah (a.w) menutupi keperluan kita, yakni sentiasalah kita merasa kurang dan tidak cukup, maka menjadi kita lebih sebok dan semakin sebok pula menguruskan dunia kita.
Tidak hairanlah bahawa kita sering melihat manusia itu sentiasa sebok dan semakin sebok kerana tidak mengendahkan berbuat ibadah kepada Allah (a.w). maka dengan itu mereka dipenuhi dengan kesebokan berbagi dan sentiasalah merasa diri mereka tidak cukup dalam hidupnya. Justeru itu, berusaha lebih gigih lagi untuk menyebokkan diri mereka mencari tambahan kepada keperluan dan sentiasalah keperluan mereka tidak dipenuhi walaupun sudah memiliki pelbagai kesenangan keduniaan.
[Nota: Orang kaya dan orang biasa itu digalakkan menginfaqkan (atau bersedekah) sebahagian daripada rezki yang diterima mereka fi sabilillah. ‘Fahisyah’ ada sesuatu maksiat atau yang ditegah oleh Allah (a.w) dan RasulNya kita lakukan atau kerjakan, yang mendatangkan dosa, dan kerana dosa itu, wajib disiksa di akhirat kelak. ‘Menzalimi diri’ adalah segala perbuatan sengaja yang mendatangkan dosa setelah tahu perbuatan itu berdosa atau ditegah oleh Allah (a.w). Meminta amun bermaksud bertaubat.]
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment