Saturday, January 9, 2010

Wajibnya berjema'ah dalam menganuti Islam

Assalamualaikum,
Alhamdulillah penulis telahpun berikan ciri-ciri serta pra-syarat utama untuk menjadi seorang Islam yg tergolong sebagai 'ahlus sunnah wal-jama'ah'. Bagi mereka yg memahami apa yg dituliskan, mereka akan tahu bahawa untuk diiktiraf sebagai orang Islam yg haq mengikut ketetapan Allah (a.w), dia hendaklah:
1. Berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan ilmu, panduan amalan dan ibadah serta panduan hidup sebagai seorang Islam yg berIman; dan
2. Berada dalam satu jema'ah umat Islam yg menepati ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), khususnya mengikut ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.
Jika dua ciri ini tiada atau salah satu ciri ini tiada, atau kedua-duanya tiada, maka seseorang Islam itu belum sempurna Islamnya. Malah belum dikira Islam. Maka dengan itu tidak ada guna segala amalan dan ibadahnya, sebagaimana tidak halal seekor ayam yg disembelih tanpa menyebut 'Bismillah, Allahu Akbar', walaupun seekor ayam itu adalah haiwan yg pada prinsipnya halal dimakan. Jika tidak disembelih menurut kaedah yg ditetapkan oleh Islam maka ayam itu adalah bangkai, haram dimakan oleh orang Islam.
Sesiapa yg bersyahadah, yakni mengaku dia bahawa tuhannya adalah Allah (a.w), Zat yg Maha Esa, dan mengaku dia bahawa Nabi Muhammad (s.a.w) itu adalah Rasul Allah dan dia beriman dengan kewujudan Allah (a.w) yg ghaib, yakin dia adanya para rasul dan nabi sebelum Rasulallah (s.a.w), adanya kitab-kitab Allah (a.w) sebelum al-Quran, adanya para malaikat, adanya hari pengadilan dan pembalasan, i.e. Akhirat, dan adanya syurga dan neraka, adanya qada' dan qadar setiap seseorang itu, maka dia sudah menjadi Islam (i.e. seumpama atau diibaratkan seekor ayam yg boleh dimakan dagingnya). Namun, tanpa menganuti Islam secara berjema'ah, pada hakikatnya dia belum lagi Islam secara haq (i.e. diibaratkan seekor ayam yg belum disembelih secara Islam dengan menyebut kalimah 'Bismillah, Allahu Akbar' ketika disembelih). Hanya setelah dia berjema'ah barulah dia benar-benar Islam sebagaimana yg ditretapkan oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) (i.e. diibaratkan seumpama seekor ayam yg sudah dengan kalimah 'Bismillah, Allahu Akbar' untuk menghalalkan dagingnya dimakan oleh orang Islam). Islam seseorang itu hanya sah setelah dia berjema'ah. Inilah hakikat yg tidak difahami oleh majoriti umat Islam, sama ada yg berilmu mahupun yg belum sempurna ilmunya!
Maka dengan itulah dalam blog ini penulis sebutkan dua pra-syarat wajib untuk tergolong sebagai 'ahlus sunnah wal-jama'ah'. Walau apapun definasi yg dikemukakan oleh mana-mana pihak, hakikatnya adalah tanpa menepati dua pra-syarat tersebut, seseorang itu belum lagi termasuk dalam golongan 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu. Golongan inilah golongan yg satu yg Rasulallah (s.a.w) sebutkan dalam hadithnya, yg berjaya mendapat syurga daripada 73 golongan atau firqah umat Islam akhir zaman itu, dan 72 yg lain juga Islam tetapi tidak berjaya mendapat syurga kerana golongan itu seumpama ayam yg belum disembelih maka belum halal dimakan dagingnya, walaupun hakikatnya ayam itu adalah haiwan yg halal dalam Islam dimakan dagingnya! Golongan 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu adalah calun syurga. Jika bukan 'ahlus sunnah wal-jama'ah' belum dikira calun syurga.
Maka dengan itu juga Allah (a.w) menjamin sesiapa yg mentaati Allah (a.w) (i.e. ikuti ketetapan al-Quran) dan mentaati Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti ketetapan as-Sunnah) wajib mendapat syurga di akhirat kelak, mengikut ketetapan Ayat 13, Surah an-Nisa'. Ketaatan adalah pra -syarat untuk mendapat syurga, walaupun sudah Islam dan diakui Islamnya menepati pra-syarat sebagai golongan 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu. Allah (a.w) juga perintahkan kepada sesiapa yg Islam itu wajib mentaati 'ulil amri' (i.e. patuhi perintah dan ketetapan kepimpinan jema'ah, mengikut firman Allah (a.w) dalam Ayat 59, Surah an-Nisa'. Kerana, kewujudan 'ulil amri', yg dirujuk oleh Rasulallah (s.a.w) dari segi manifestasi pelaksanaan di dunia, sebagai 'Imam' atau 'Amir' (atau dalam beberapa hadith sebagai 'al-Malik') adalah sebahagian daripada pra-syarat berjema'ah dalam Islam. Jema'ah Islam wajib mentaati Imam atau Amir selagi Imam atau Amir tersebut tidak memerintahkan jema'ahnya melakukan sesuatu yg bersifat maksiat terhadap Allah (a.w) dan RasulaNya. 'Maksiat' adalah setiap perintah yg bertentangan dengan ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah). Jika jema'ah Islam disuruh berbuat maksiat atau melakukan sesuatu yg maksiat, jema'ah tidak disuruh taatkan Imam atau Amir. Rasulallah (s.a.w) menyuruh umat Islam taatkan kepimpinan (i.e. Imam atau Amir) mereka, mengikut hadith berikut:
1. Diriwayatkan hadith dari Abu Hurairah (r.a) berkata bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Man atoni faqad ataallaha waman ‘asani faqad asallaha, waman ata’al amiri faqad ata’ani waman ‘asa amiri faqad ‘asani.' [Maksud: Barangsiapa taatkan aku sungguh-sungguh dia telah taatkan Allah (a.w), dan barangsiapa engkar akan aku sungguh-sungguh dia ingkarkan Allah (a.w). Dan barangsiapa taatkan amirku sungguh-sungguh dia taatkan aku, dan barangsiapa ingkarkan amirku, sungguh-sungguh dia ingkarkan aku.] [Hadith Bukhari, Kitab Ahkam]
Hadith yg sama juga diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Sahihnya (Nota: Ulama' arus perdana mengakui bahawa sumberr hukum dalam hadith yg terdapat dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim adalah sah dan diterima kesemua para ulama' fiqh dan al-hadith):
2. Diriwayatkan hadith dari Abi Hurairah (r.a) hadith dari nabi (s.a.w) bersabda: ‘ Man ata’ani faqad ata’allaha wa-man ya’sini faqad ‘asallaha wa-man yuti’il amira faqad ata’ani wa-man ya’sil amira faqad ‘asoni. ' [Maksud: Barangsiapa taatkan aku maka dia taatkan Allah (a.w) dan barangsiapa engkarkan aku maka sungguh-sungguh dia ingkarkan Allah (a.w), dan barangsiapa taatkan amirku maka sungguh-sungguh dia taatkan aku dan barangsiapa ingkarkan amirku maka sungguh-sungguh dia ingkarkan aku.] [Hadith Muslim, Kitab Imarah (Keimaman)]
Jelaslah, di dalam kedua-dua hadith di atas itu, Rasulallah (s.a.w) menghukumkan bahawa sesiapa yg tidak taatkan kepimpinan jema'ahnya, maka dia telah menentang perintahnya, dan sesiapa yg menentang perintah Rasulallah (s.a.w), dia menentang perintah Allah (a.w), selari dengan ketetapan firman Allah (a.w) pada Ayat 80, Surah an-Nisa', iaitu sesiapa yg taatkan Rasulallah (s.a.w), maka dia telah mentaati Allah (a.w).
Allah (a.w) mengingatkan manusia, khususnya kita yg Islam, bahawa manusia itu umat yg satu (i.e. asalnya Adam (a.s)), maka Allah (a.w) mengutus atau mendatangkan para nabi untuk membimbing mereka, memberi manusia tahu jika taat mendapat syurga dan jika ingkar mendapat neraka dan nabi-nabi yg memimpin manusia itu berpandukan kitab-kitab Allah (a.w) zaman mereka (Nabi Ibrahim (a.s) - Suhufnya, Nabi Daud (a.s) - Kitab Zabur, Nabi Musa (a.s) - Kitab Taurat, Nabi Isa (a.s) - Kitab Injil dll) serta untuk menghukum dikalangan mereka tentang segala sesuatu yg mereka berselisihan faham, mengikut firman Allah (a.w) dalam Ayat 213, Surah al-Baqarah.
Rasulallah (s.a.w) diberi al-Quran untuk membimbing umat Islam dan beliau dikurniakan 'hikmah' (i.e. as-Sunnah) sebagai menjelaskan al-Quran dan kaedah melaksanakan al-Quran dan ketetapannya. Allah (a.w) mewajibkan umat Islam berjema'ah dan jangan berfirqah atau bermazhab-mazhab, mengikut ketetapan firman Allah (a.w) dalam Ayat 103, Surah ali-Imran. Kemudian Allah (a.w) memperingatkan kita yg Islam dan beriman bahawa setelah jelas keterangan dalam al-Quran dan as-Sunnah mengenai sesuatu perkara, dalam kes yg kita bincangkan ini adalah hakikat 'berjema'ah' itu, janganlah kita berfirqah-firqah atau bermazhab-mazhab. Jika kita ingkari ketetapan Allah (a.w) ini, kita akan disiksa dengan azab yg berat kelak di akhirat, mengikut ketetapan firman Allah (a.w) pada Ayat 105, Surah ali-Imran.
Malangnya hari ini, umat Islam tidak lagi melaksanakan sepenuhnya Islam dan syariatnya berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Manusia pula sudah 'pandai' membahagi-bahagikan keyakinan mereka bahawa wujud 'perpisahan' atau dichotomy antara ugama dengan dunia. Ini adalah ajaran dan worldviews Barat. Mereka lebih suka mempelajari dan, justeru itu, mempercayai, ajaran atau ajakan manusia yg mereka anggap ulama' muktabar dan berpandangan yg sejajar dengan peredaran zaman! Walham tiada garis pemisah antara dunia dengan ugama, kerana apa yg berlaku di dunia akan mencorakkan akhirat seseorang itu!
Berapa ramaikah para ulama' yg menghabiskan masanya mentelaah al-Quran dan kitab-kitab hadith (sekurang-kurangnya Kuttubul Sittah) untuk faham dan faqih tentang Islam dan syariatnya yg sebenar? Berapa ramaikah mereka yg mengakui diri mereka ilmuwan mengkaji al-Quran dan mangkhatamkan kitab-kitab hadith (sekurang-kurangnya Kuttubul Sittah) supaya mereka faham dan faqih tentang as-Sunnah dan Islam serta syariatnya yg haq? Mereka meneliti tulisan ratusan atau puluhan kitab-ktab para ulama' dari dulu sampai sekarang, bukan semata-mata untuk mendapat ijazah PhD, tetapi untuk mengutarakan pendapat dan pandangan pribadi yg batil tentang sesuatu dalam Islam. Kalaulah mereka berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, kemudian mereka melihat dan menilai pendapat para ulama, insya Allah, dengan hidayah Allah (a.w) dan berpandukan hidayah Rasulallah (s.a.w), mereka tidak akan memandai-mandai membuat takrifan itu dan ini kerana sianu atau sipolan kata atau takrifkan begitu dan begini. Mereka pasti akan faham bahawa 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu tidak lain adalah golongan yang menganuti Islam berpegang semata-mata kepada al-Quran dan as-Sunnah dan mereka berjema'ah!
Mudah-mudahan saudara yg membaca blog ini, khususnya post tentang perkara ini, berusaha memahaminya dan berdoa agar Allah (a.w) bukakan hati kita untuk melihat Islam melalui matahati yg benar ikhlas supaya dikurniakan Allah (a.w) hidayah Islam yg haq. Amin.
Semoga kita dapat sentiasa kekal dengan keyakinan bahawa Islam itu amat murni tetapi hanya manusia yg menjadikannya bercelaru, sehinggakan ada yg berpandangan bahawa semua ugama di dunia ini sama hanya caranya berbeza atau ada yg berpendapat, sebagaimana 'Sisters in Islam' berpendapat, bahawa manusia bebas berugama, tidak wajib bagi mereka anuti Islam! Walhal mereka tahu bahawa Islam sahaja ugama yg diredhai atau diterima Allah (a.w) (Ayat 19, Surah ali-Imran), dan sesiapa yg anuti ugama selain ugama Islam, tidak diterima daripadanya segala amalan dan ibadahnya, walau sebesar mana dan sebaik mana sekalipun pengabdiannya terhadap apa yg mereka sebut sebagai 'tuhan', mereka kekal masuk neraka apabila mereka mati kelak (Ayat 85, Surah ali-Imran). Orang yg tudak Islam (i.e. kafir) walaupun mereka memiliki harta berupa emas sebanyak seisi dunia sekalipun diserahkan kepada Allah (a.w) untuk menebus dosa-dosa kesyirikan dan kekafiran mereka, tidak akan diterima Allah (a.w) penebusannya (Ayat 91, Surah ali-Imran). Dan, jikalah orang-orang kafir yg memiliki harta sebesar seisi dunia dan ditambah berkali ganda lagi untuk menebus dari siksaan di neraka, tidak akan diterima oleh Allah (a.w), i.e. pasti masuk neraka (Ayat 36, Surah al-Maidah). Manusia hanya selamat dari neraka jika mereka Islam, jika mereka 'ahlus sunnah wal-jama'ah' dan jika mereka menepati ketetapan Ayat 13, Surah an-Nisa' itu.
Maka dengan itu amat silaplah seseorang yg Islam menyatakan bahawa semua ugama itu baik sama sebagaimana Islam. Penting bagi seseorang yg mengakui dirinya Islam itu faham dengan Islam dan syariatnya serta tarafnya. Kita tidak akan faham tentang Islam dan syariatnya, tanpa memahami al-Quran dan as-Sunnah.
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment