Saturday, January 16, 2010

Harta peninggalan seorang Islam - Baik atau buruk?

Assalamualaikum,
Hari ini (16 Januari 2010) di lapurkan di dalam beberapa akhbar, termasuklah Utusan Malaysia, terdapat berita perbalahan dalam mahkamah antara tiga orang anak (i.e. waris) - seorang lelaki dan dua orang perempuan - arwah TS Syed Kechik, seorang hartawan Melayu yg suatau masa dulu tersohor dalam banyak lapangan termasuklah perniagaan dan politik, terhadap peninggalan arwah harta berbagai bernilai dalam anggaran RM 400.0 juta di bawah syarikat keluarganya, Syed Kechik Holdings Sdn Bhd.
Penuylis berbangga bahawa terdapat ada juga orang Melayu di Malaysia ini yg kaya raya dan mewah semasa hidup mereka, dan kemudian setelah mati, meninggalkan harta yg begitu banyak yg menguntungkan keluarga atau waris mereka! Anak-anak tidak perlu bersusah payah dalam hidup kerana segala-galanya telahpun disediakan untuk mereka! Satu pengajaran yg mudah didapati dari berita ini adalah walau menggung manak manapun harta yg kita cari dan simpan, apabila kita mati kita tidak sempat memanfaatkannya. Maka dengan itulah Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita beberapa perkara yg relevan dalam konteks berita hari ini. Pertama, Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa tidak ada maknanya harta dan kekayaan kepada kita, kerana semuanya milik orang lain (walaupun anak kita) kecuali tiga perkara:; iaitu:
1. Apa-apa makanan (dan minuman) yg kita makan (atau minum);
2. Apa-apa pakaian yg kita pakai; dan
3. Apa-apa yg kita belanjakan untuk fi sabilaillah (i.e. zakat, fitrah dan infaq dari harta kita untuk membela Islam dan umatnya).
Sila rujuk ahdith berikut yg yg jelas tentang peringatan Rasulallah (s.a.w) terhadap kita:
Diriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah (r.a) berkata Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Berkata hambaKu ‘Ini hartaku. Ini milikku’ (berbangga dengan harta) padahal yang berguna baginya dari harta kekayaan itu hanya tiga macam: (pertama) (Apa-apa) yang dimakan hingga habis; atau, (kedua) (apa-apa) yang dipakai hingga lusuh; dan (ketiga) (apa-apa) yang diinfaqkan (atau disedekahkan) menjadi tabungan (pelaburan) baginya pahala (untuk akhiratnya, yakni pelaboran untuk akhiratnya). Dan selain dari itu maka akan hilang (atau lenyap atau ditinggalkan) untuk orang lain.][Hadith Muslim]
Hadith ini menyebutkan bahawa tidak ada gunanya kita berpenat lelah bersusah payah memaksimumkan segala kemungkinan dalam dunia tanpa mensyukuri dan mempergunakannya untuk memaksimumkan bekalan untuk mati kita. Manusia cuba mendapat pelbagai jenis harta kekayaan dan kemungknan kebendaan yang berbagai. Kemudian setelah diperolehinya, maka dia kedekut dan bahil pula. Ada manusia yang begitu rakus mencari dan mengumpul harta kemewahan sehingga disebutkan tidak habis dipergunakan oleh tujuh keturuanan (generasi selepasnya). Sebenarnya, yang didapainya atau yang benar-benar memanfaatkannya hanyalah tga sahaja semasa hidupnya, iaitu apa yang dapat dimakannya, apa yang dapat dipakainya dan apa yang dibelanjakannya. Selebihnya akan tinggal dan meninggalaknnay, tidak memanfaatkannya melainkan satu bentuk harta iaitu apa yang dibelanjakannya kerana Allah (a.w) (fi sabilillah). Yang itu mengalirkan pahala kepadanya selepas matinya. Yang lain memudaratkan hidupnya sewaktu qiamat dunia dan bermulanya alam akhirat.
Yg selebihnya adalah milik orang lain (i.e. akan digunakan oleh orang lain - wairs, saudara mara dan sebagainya).
Maka dengan itulah Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa apabila mati kita tiga perkara menemani kita ke kubur; dua akan pulang meninggalkan kita dan hanya satu yg menemani kita di kubur, dan seterusnya di akhirat. Yg menemani kita itu adalah:
1. Amal dan ibadah kita semasa hidup kita;
2. Anak-anak dan saudara mara kita; dan
3. Harta kita.
Dan, dua akan meninggalkan kita iaitu anak pinak dan saudara mara dan harta kita (i.e. #2 dan #3); dan yg kekal bersama-sama kita hanyak amal dan ibadah kita yg kita kerjakan semasa hidup kita (i.e. #1), seperti disebutkan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkata bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Yang menghantar (atau menemai) orang mati (yakni, mayat atau jenazah) ke kubur ada tiga jenis: (pertama) keluarganya; (kedua) harta kekayaannya; dan (ketiga) amal perbuatannya; maka kembali dua iaitu keluarga dan hartanya dan tinggal tetap bersamanya amal perbuatannya.’ [Hadith Bukhari, Muslim, at-Termidzi dan an-Nasa’i]
Dan, Rasulallah (s.a.w) juga memberitahu kita bahawa apabila kita mati, terputuslah segala kebaikan yg mendatangkan ganjaran pahala bagi diri kita dalam menghadapi Allah (a.w), di akhirat kelak, kecuali tiga perkara; iaitu:
1. Anak-anak kita yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kita setelah kita mati;
2. Sedekah jariah (seumpama zakat dan infaq) yg kita keluarkan semasa hidup kita yg akan terus mengalirkan pahala (i.e. dividen akhirat) kepada kita selepas mati kita; dan
3. Ilmu (i.e. ilmu al-Quran dan as-Sunnah) yg kita ajarkan (atau yg kita tolong membolehkan diajarkan kepada orang lain) yg akan mengalirkan pahala kepada kita oleh mereka yg hidup yg kekal mengamalkannya.
Kalaulah kita hidup kaya dan mewah, apabila mati kita, kita akan menghadapi proses hisaban yg jauh lebih sukar, panjang dan terperinci pula! Kerana? Kita akan ditanya soalaln-soalan antaranya: Untuk tujuan apakah kita mengumpulkan sekian banyak harta dan kekayaan (i.e. niat kita)? Dari manakah kita mendapat harta dan kekayaan yg banyak (i.e. sumbernya)? Bagaimanakah kita menggunakan harta kita yg banyak itu (i.e. bagaimana kita berbelanja atau menggunakannya semasa hidup kita)? Maka dengan itulah Islam (i.e. al-Quran dan as-Sunnah) memberitahu kita bahawa harta adalah suatu 'fitnah' (i.e. cubaan) yg amat getir dan sulit bagi kita di akhirat kelak. Orang yg terkaya, walaupun mungkin masuk syurga, akan hanya melepasi neraca dan hisaban di akhirat dan memasuki syurga, paling terakhir dari kelanagan mereka yg akan masuk syurga!
Dalam pada itu pula, jika kita kaya dan meninggalkan pula sekian banyak kemewahan keada zuriat dan saudara mara kita, kita tetap bertanggung jawab terhadap harta dan kekayaan tersebut, walaupun kita sudah lama mati! Kita akan disoal: apakah cara harta peninggalan tersebut dibelajankan atau digunakan? Untuk kebaikan atau untuk kebatilan? Kalau dibelanjakan oleh waris-waris kita untuk tujuan kebatilan mereka berdosa dan mereka juga mengirimkan dosa kepada kita. kalau dibelanjakan untuk yg haq (i.e. segala sesuatu yg disuruh Islam), maka kita akan menerima ganjaran pula juga.
Dalam kes yg dilapurkan itu, timbul satu lagi persolan yg agak penting; iaitu harta peninggalan seseorang yg Islam hendaklah dibahagi-bahagikan berdasarkan Hukum Faraid. Dalam konteks sistem perundangn dan keadilan semasa, perkara-perkara melibatkan harta peninggalan umat Islam hendaklah diadili dalam mahkamah syariah bukan di mahkamah sivil. Dalam kes ini disebabkan harta itu didaftarkan sebagai milik sebuah entiti korporat (i.e syarikat), maka digunakan fakta tersebut bagi memutuskan harta peninggalan simati! Dijelaskan pula bahawa mahkamah syariah tidak ada 'jurisdiction' atas kes ini walaupun ia melibatkan harta peninggalan seorang Islam yg mati!
Isu ini adalah isu yg amat kritikal difikirkan oleh mereka yg memegang kuasa di Malaysia. Jika tersilap diadili mereka yg berkuasa pula akan mendapat dosa kerana mentadbirkan hukum-hukum Islam tanpa landasan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah pula.
Mudah-mudahan kita tidaklah menjadi orang yg diberi rezki melimpah ruah dan kemudian lupa dengan kehidupan akhirat pula. Mudah-mudahan juga waris kita yg mendapat kekayaan dari apa-apa yg kita tinggalkan tidak menambah beban dosa kita ketika kita sudahun mati. Insya Allah. Amin.
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment