Assalamualaikum,
Hari ini (Selasa, 12 januari 2010) penulis terbaca lapuran muka depan akhbar Utusan Malaysia yg menyebut bahawa DYMM Sultan Selangor melarang mana-mana kumpulan ugama selain Islam menggunakan kalimah 'Allah' apabila merujuk kepada nama tuhan mereka. Itu satu pendirian yg haq dan wajar malah wajib bagi seorang Muslim tambah-tambah lagi orang yg diamanahkan menjadi penaung kepada umat Islam, orang Melayu dan ugama Islam. Kalau DYMM dinasihatkan oleh JAIS atau MAIM atau siapa saja yg bertanggung jawab tentang Islam di Selangor, penulis ucapkan syabas kepada mereka. Inilah satu-satunya keputusan mereka yg bijak setelah membuat pelbagai keputusan yg sama sekali tidak bijak seumpama mensyaratkan para ilmuwan mengembang dan mengajarkan Islam dan syariatnya kepada orang ramai, khususnya masyarakat Melayu, dengan 'tauliah'.
Semoga DYMM Sultan yg lain akan tampil ke depan membuat pendirian yg sama demi Islam. Adalah suatu pencemaran dan penghinaan kepada Islam sekiranya masyarakat bukan Islam menggunakan kalimah 'Allah' sebagai merujuk kepada nama atau zat tuhan mereka. Kerana manakan sama batu berhala diberi nama 'Allah'. Manakan sama apa yg dirujuk Kristian sebagai 'Lord' atau 'The Holy Spirit' atau 'The Holy Ghost' dirujuk sebagai 'Allah'. Manakan wajar Barhman atau Krisna itu ditukar namanya dan disebut 'Allah'! Lagi amat menghinakan jika orang Kristian merujuk kepada 'Jesus' (ayau Yesus, di Indonesia) sebagai 'Allah'! Perbuatan Ketua Padri itu serta keputusan Hakim (wanita) itu sebenarnya akan memungkinkan tercetusnya 'perang sabil', jika tak kena gayanya ...Manakah mungkin dan wajar lagi bijak bagi seorang hakim yg kafir membuat keputusan tentang sesuatu konsep dan prinsip yg amat 'holy' dalam Islam, i.e. penggunaan kalimah 'Allah', yg dia sendiripun tidak faham, malah tidak mungkin faham kerana dia bukan Islam!
Ketua Padri yg merujukkan isu ini ke mahkamah sivil adalah satu muslihat dan satu perbuatan yg 'bijak', kerana dia tahu mahkamah akan membuat keputusan berdasarkan 'universal rights' dan 'freedom', bahawa manusia bebas berbuat sesuatu! Hakim yg menimbangkannya juga 'pintar' kerana dia tahu tiada siapa yg berani soal keputusan hakim atau mahkamah!
Begitulah akan terjadi apabila manusia mengagungkan undang-undang manusia dan melantik hakim yg tidak menghormati Islam. Semoga umat Islam sedar dan disedarkan dengan kejutan ini, Amin.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment