Assalamualaikum,
Soal: Kalau kita sedang bersolat kemudian dengan tiba-tiba kita termuntah atau keluar darah dari hidung atau keluar mazi, apakah perlu kita lakuakan?
As-Sunnah memberikan kita panduan mengenai perkara ini jikalah kita berdepan dengan situasi sedemikian. Kita lihat hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Aisyah (r.ah) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa berjumpa dia akan muntah atau keluar darah dari hidungnya atau keluar mazi (ketika sedang solat), maka hendaklah bersurai (yakni, berhenti bersolat), kemudian (setelah dibersihkan) mula semula bersolat, dan (dengan syarat) bahawa dia sepanjang tempoh itu tidak berkata-kata dia.’ [Hadith Ibnu Majah]
Muntah dan mazi adalah najis. Maka dengan itu jika terasa salah satu daripada keduanya ketika sedang berdiri dalam solat, maka berhentilah dan basuhlah, kemudian teruskan solat itu semula tanpa perlu berwudu’ semula. Dengan syarat dalam tempoh dia bersurai membersihkan muntah, darah atau mazi itu, dia tidak berkata-kata. Jika bercakap-cakap dia, maka batal wudu’nya, dan perlu berwudu’ semula.

Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment