Tuesday, January 26, 2010

Bid'ah bahaya kepada kita!!

Assalamualaikum,
Saudara dalam post-post yg lalu saya telahpun sentuh apa yg diistilahkan sebagai 'pembaharuan dalam perkara ugama' atau pendeknya disebut 'bid'ah'. Malangnya, majoriti para ulama kekal dan berdegil dengan pandangan bahawa ada 'bid'ah' yg baik atau 'bid'ah hasanah'. malah majoriti para ulama' dan juga ilmuwan Islam di Malaysia, terutama mereka yg berpegang kuat kepada fahaman mazhab as-Syafie begitu yakin dengan wujudnya 'bid'ah hasanah' ini. kalau kita tegur mereka, kita akan ditentang sekuat-kuatnya. Dan, mereka tidak memberi dalil dan nas al-Quran atau as-Sunnah, tapi menggunakan pendapat dan pandangan para ulama' dulu dan semasa mengenai wujudnya 'bid'ah hasanah' itu!
Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa dia tinggalkan sebagai panduan hidup orang iman dua perkara atau hazanah, iaitu al-Quran dan as-Sunnah, jika kita berpegang dengannya pasti kita tidak akan sesat mencari 'siratul mustaqim' i.e. jalan yg lurus mendapatkan kerahmatan Allah (a.w) yg memberikan kita ganjaran syurga dan selamat dari neraka! Justeru itu, untuk pasti mendapat syurga kita perlukan dua panduan sahaja iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Malah Rasulallah (s.a.w) memberitahu kepada kita bahawa di akhir zaman kelak (sekarang sudahpun bermula zaman itu), umat Islam akan berpecah menjadi 73 golongan atau mazhab, semuanya mengakui mereka Islam, tetapi 72 golongan gagal mendapat syurga sebaliknya masuk neraka. Hanya satu golongan sahaja yg mendapat syurga. Apabila ditanya oleh para sahabat, Rasulallah (s.a.w) memberi jawapan bahawa golongan yg berjaya mendapat syurga itu adalah mereka yg memenuhi dua syarat: iaitu; pertama, mereka berpandukan al-Quran dan as-Sunnah; dan kedua, mereka itu anuti Islam secara berjema'ah. Maka dengan itulah timbul istilah 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu. Sesiapa yg Islam dan beriman dan menepati dua criteria ini pasti mendapat syurga apabila mereka beriman dan mengerjakan amalan sejajar dengan al-Quran dan as-Sunnah. Itulah janji Allah (a.w) dan janji Rasulallah (s.a.w).
Dalam konteks al-Quran, mereka yg berjaya itu adalah golongan yg menepati perintah Allah (a.w) dalam Ayat 13, Surah an-Nisa': iaitu mereka taatkan Allah (a.w) (i.e. ikuti ketetapan al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti ketetapan as-Sunnah) dan dalam masa yg sama mereka juga akur dengan perintah Allah (a.w) dalam Ayat 7, Surah al-Haysr, i.e. ambil (yakni, kerjakan atau amalkan) apa-apa yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah) jauhi atau tinggalkan tegahan atau larangan Rasulallah (s.a.w), i.e akur dengan larangan as-Sunnah. Juga, Allah (a.w) perintahkan supaya kita berpandukan Ayat 59, Surah an-Nisa': iaitu kita taatkan Allah (a.w) (i.e. ikuti ketetapan al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti ketetapan as-Sunnah) dan taatkan 'ulil amri' (i.e. ijtihad keimpinan jema'ah Islam yg diketuai oleh Imam atau Amir sekiranya ijtihad mereka itu tidak maksiat, i.e. tidak bertentangan dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Dan, jika timbul perselisihan atau percanggahan pendapat mengenai sesuatu tentang Islam, jema'ah Islam diperintahkan merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah, bukan merujuk kepada 'ulil amri'. Kemudian Allah (a.w) perintahkan kita supaya ikuti contoh perlakuan Rasulallah (s.a.w) dalam semua perkara bersabit dengan Islam dan syariatnya, kerana Rasulallah (s.a.w) adalah 'uswatun hasanah' (model terbaik orang yg beriman dan bertaqwa (Ayat 21, Surah al-Ahzab)).
Justeru itu, apakah 'bid'ah'? Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa bid'ah itu adalah: sesuatu yg tidak terdapat dalam al-Quran dan as-Sunnah atau membuat perubahan atau mengubahsuai atau menambah kepada sesuatu yg tiada dalam al-Quran ataupun as-Sunnah. Kita rujuk hadith-hadith berikut:
1. Diriwayatkan hadith daripada Aisyah (r.ah) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa membuat pembaharuan di dalam urusan atau perkara kami Nabi (s.a.w) (yakni, syariat ugama Islam yang disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w)) sesuatu yang tidak termasuk dalam urusan tersebut (yakni, yang tiada di dalam as-Sunnah atau al-Hadith), maka dia (ibadat atau amalan tersebut) ditolak (yakni, tidak diterima Allah (a.w)).’ [Hadith Bukhari]
Mengikut riwayat Muslim pula, ketetapan yang sama juga dibuat oleh Rasulallah (s.a.w), iaitu hadith yang sudahpun kita rujuk sebelum ini. Kedua-dua hadith ini amat penting untuk dijadikan panduan setiap masa. Oleh kerana kebanyakan umat Islam meremehkannya, maka tidaklah mereka tahu dan sedar bahawa mereka dalam kerugian setiap masa dalam mengabdikan diri kepada Allah (a.w) tetapi tidak bermakna, yakni sia-sia:
2. Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa beramal dengan sesuatu amalan yang tidak didatangkan daripada kami (yakni, yang tidak disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w) mengikut ketetapan as-Sunnah atau al-Hadith), maka dia (yakni, ibadat atau amalan tersebut) ditolak (yakni, tidak diterima).’ [Hadith Muslim]
Kedua-dua hadith di atas itu memberitahu kita bahawa jika sesuatu amalan dan ibadah itu -dari segi bentuk, serta kaedah dan cara mengerjakannya - berlainan dari apa yg dilakukan atau dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), adalah batil dan tidak diterima Allah (a.w). Kita wajib ingat, hanya Rasulallah (s.a.w) selain Allah (a.w) yg sempurna ilmunya mengenai Islam dan sempurna cara dan kaedah mengerjakan atau mengamalkannya. Malangnya hari ini ramai ulama' terutama ilmuwan yg menjadi pengajar di institusi-institusi pengajian tinggi suka berpandukan pendapat manusia - ulama'-ulama' silam atau mahaguru mereka dan kitab-kitab mereka. Mereka jarang sekali meneliti dan menghalusi al-Quran dan al-Hadith.
3. Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Mas’ud (r.a), katanya hadith daripada Rasulallah (s.a.w) yang bersabda: ‘Sesungguhnya barang yang dua (yakni, yang dibawa atau diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w)) itu ada dua: iaitu, kalam Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan petunjuk (yakni, hidayah) Rasul (s.a.w) (yakni, as-Sunnah atau al-Hadith). Maka sebaik-baik kalam itu adalah kalam Allah (a.w). Dan sebaik-baik petunjuk itu adalah petunjuk Muhammad (s.a.w). Ingatlah, takutkanlah oleh kamu sekelian pembaharuan dalam perkara (ibadah atau ugama atau syariat Islam). Maka sesungguhnya (atau bahawasanya) seburuk-buruk perkara (ibadat) itu adalah pembaharuan kepada pekara (ibadat). Dan semua (atau setiap) pembaharuan pada perkara (ibadat) itu adalah bid’ah. Dan semua (atau setiap) bid’ah itu dolalah (yakni, kesesatan). [Hadith ini bersambung][Hadith Ibnu Majah]
Hadith di atas jelas memberitahu apa itu 'bid'ah'. malah disebutkan dengan jelas kalimah 'semua' atau 'tiap-tiap' sesuatu yg ditambah dan diubah adalah bid'ah yg sesat, tanpa pengecualian! Maka dari manakah para ulama' dan ilmuwan dapat pula rumuskan bahawa ada 'bida'ah hasanah' apabila Rasulallah (s.aw) memberitahu kita semua atau setiap bida'ah adalah sesat? Mereka ini sebenarnya menentang ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), wal iyazubillah. Kita hairan. Mwereka ini bukan bodoh atau dungu. Tapi kenapa mereka sanggup terima ketetapan manusia dan tolak ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.aw)?
4. Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Apa-apa yang memerintahkan aku kepada kamu sekelian dengan sesuatu (yakni, syariat Islam itu) maka kamu ambillah. Dan apa-apa yang aku melarang ke atas kamu sekelian darinya (yakni, berbuat sesuatu yang berlainan) maka hentikanlah (atau jauhilah).’ [Hadith sahih Ibnu Majah]
5. Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Biarkankanlah apa-apa yang aku (sengaja) tinggalkan (yakni, yang aku Nabi (s.a.w) tidak wasiatkan). Maka telah rosak barangsiapa yang ada sebelum kamu sekelian (yakni, umat-umat terdahulu) kerana memperbanyakkan soal mereka itu (terhadap perintah nabi-nabi mereka) dan banyak perselisihan di kalangan mereka itu atas (apa-apa yang disampaikan oleh) nabi-nabi mereka. Maka ketika memerintahkan aku atas kamu sekelian dengan sesuatu maka ambillah darinya apa-apa (yang aku sampaikan) sekuat mampu kamu. Dan, ketika melarang aku atas kamu sekelian dari sesuatu maka hendaklah kamu hentikan (atau tinggalkan).’[Hadith Ibnu Majah & juga Bukhari dan Muslim]
[Nota: Sabda Rasulallah (s.a.w) disabdakan oleh Rasulallah (s.a.w) apabila beliau memberitahu tentang wajibnya syariat haji, apabila para sahabat ada yang bertanya sama ada diwajibkan sekali atau dua atau sebagainya, maka beliau memberi teguran. Di dalam Islam salah satu prinsip utama adalah kita diwajibkan mendengar dan taat dan janganlah banyak soal tentang sesuatu. Setelah diberitahu sesuatu prinsip maka terima sajalah, jangan banyak soal dan hujjah.]
Malangnya, hari ini begitu ramai umat Islam, termasuklah orang Melayu, yg mengketepikan ketetapan Rasulallah (s.a.w) tersebut. Apakah akibatnya?]
6. Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Setiap umatku masuk syurga, selain orang yang ‘enggan’ (yakni, orang yang enggan mengikuti perintah Allah (a.w) dan RasulNya).’ Mereka (para sahabat) bertanya: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Siapakah yang ‘enggan’ itu?’ Rasulallah (s.a.w) menjawab: ‘Sesiapa yang mematuhi perintahku masuk syurga, dan sesiapa yang melanggar perintahku, maka sesungguhnya orang itu enggan (yakni, mereka yang ‘enggan’ itu adalah mereka yang tidak mematuhi perintah Rasulallah (s.a.w) (i.e tidak ikuti ketetapan as-Sunnah) tidak masuk syurga, yakni masuk neraka).’ [Hadith Bukhari]
Ramai orang Melayu, termasuk para ulama' dan ilmuwan sendiri yg menemui hadith-hadith tersebu, sengaja tidak endahkan dan meneruskan amalan yg terlarang tersebut!
[Nota: Mereka yang telah diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) supaya mengerjakan solat mereka sebagaimana beliau mengerjakan solat, tetapi mengerjakan solat mereka dengan cara dan kaedah yanglain adalah tergolong dari kalangan mereka yang ingkarkan suruhan Rasulallah (s.a.w). ]
7. Diriwayatkan hadith daripada Abdillah bin ad-Dalamii hadith daripada Khuzaifah bin Abu Yamani (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tidak diterima Allah (a.w) ahli-ahli bid’ah (yang mencipta, yang mengajar, yang menganjurkan dan yang mengamalkan bid’ah) amalan puasanya, tidak diterima amalan solatnya, tidak diterima amalan sedekahnya, tidak diterima amalan haji dan tidak (juga) amalan umrahnya, dan tidak diterima amalan jihadnya, dan tidak diterima amalan-amalan fardu dan tidak (juga) amalan-amalan sunatnya. Maka keluar dia dari Islam seperti keluarnya sehelai rambut (yang ditarik) dari adunan (tepong) roti.’ [Hadith sahih Ibnu Majah]
Amat bahaya mengamalkan bid'ah., i.e. sesuatu yg tidak terdapat dalam al-Quran dan lebih-lebih lagi dalam as-Sunnah. Bukan setakat semua ibadah dan amalan tidak diterima, lebih bahaya untuk akhirat kita, tanpa kita sedari kita jatuh kafir mengikut sabda Rasulallah (s.a.w) di atas. Sia-sia beramal bertungkus lumus, bangun nmalam buat qiamul-lail, tapi tak ada gunanya!
8. Menceritakan hadith daripada Kathir ibn Abdullah (r.a), hadith daripada bapanya, hadith daripada datuknya berkata: ‘Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa menghidupkan sunnah dari sunnahku (yang) sungguh-sungguh (telah) dimatikan (yakni, dilupakan) sesudahku (yakni, setelah ketiadaanku), maka bahawasanya baginya pahala seperti pahala barangsiapa yang beramal dengannya dari kalangan manusia, tidak dikurangi (atau mengurangi) dari pahala manusia yang beramal dengannya sedikitpun. Dan barangsiapa membuat dan mengajarkan bid’ah tidak redha atasnya Allah (a.w) dan RasulNya, maka sesungguhnya diberatkan (atau dipertanggungkan) atasnya dosa seumpama dosa barangsiapa yang beramal dengannya dari kalangan manusia, tidak mengurangi (atau dikurangi) dosa manusia yang mengamalkannya sedikitpun.’ [Hadith sahih Ibnu Majah]
Sesiapa yg mengajarkan atau menganjurkan sesuatu bid'ah' itu, dia akan menerima kiriman dosa daripada mereka yg mengamalkan bid'ah tersebut. Jika ramai yg mengikut dan diikuti oleh orang lain pula sampai kiamat, maka bertimbun-timbunlah dosa yg dikirimkan kepadanya. wal iya zubillah. Maka dengan itu wajib kita waspada!
9. Diriwayatkan hadith daripada ‘Amru bin ‘Auf al-Muzanni (r.a) berkata: ‘Bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda kepada Bilal bin Harith (r.a), sabdanya: ‘Ketahuilah kamu!’ Maka berkata Bilal: ‘Apa yang hamba ketahui wahai Rasulallah (s.a.w)?’ Bersabda Nabi (s.a.w) (mengulangi sabdanya): ‘Ketahuilah hai Bilal!’ Berkata Bilal (bertanya semula): ‘Apa yang hamba ketahui wahai Rasulallah (s.a.w)?’ Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Bahawasanya barangsiapa menghidupkan satu jalan (i.e. as-sunnah) dari jalanku (as-sunnahku) (yang) sesungguhnya telah dimatikan dia (yakni, tidak lagi menjadi panduan umat Islam atau orang Islam) kemudian daripadaku (yakni, tidak lagi menjadi amalan umat Islam selepas wafatnya Rasulallah (s.a.w)), maka bahawasanya baginya daripada pahala seumpama orang yang mengamalkannya dengannya dengan tidak dikurangi daripada pahala-pahalanya (orang yang mengamalkan) sesuatu. Maka barangsiapa berbuat satu bid’ah tiada memberi redha Allah (a.w) dan RasulNya; (dan) adalah atas mereka daripada segala dosa orang yang ber’amal dengannya (yakni, bid’ah tersebut), tiada kurang (dosa) demikian itu daripada dosa-dosa mereka itu sesuatupun (yakni, dosa mereka yang mengamalkannya).’ [Hadith sahih at-Termidzi]
Mudah-mudahan kita tidak terpengaruh dan dipengaruhi orang yg disanjung sebagai ulama' tetapi mengajarkan kita sesuatu yg batil, i.e. yg bersifat bid'ah! Berwaspadalah kalau inginkan kejayaan akhirat.
Antara contoh bid'ah adalah 'melafazkan niat ketika meulakan solat sebelum Takbiratul Ikhram, menambah kepada tasbih Rukuk dan Sujud dengan kalimah 'wa-bihamdihi', mengkhususkan bacaan Surah Yaasin pada malam Jum'at, berzikir dan berwirid secara berjema'ah dan menyaringkan suara dengan uatnya pula, membuat Doa Qunut ketika Solat Subuh, berzikir beramai-ramai dalam gelap ataupun terang dengan suara yg nyaring (spt sesetengah kumpulan tarikat), dan banyak lagi, membaca al-Quran di kubur, dll lagi.
Dalam post-post yg akan datang, insya Allah, kita akan bincangkan lagi bahayanya membuat, mengikut, beramal dan menyakini bid'ah ini. Semoga dengan itu nanti, tidaklah kita memperdagangkan akhirat kita semata-mata kerana yakinkan pandangan para ulama' dan ilmuwan yg taksub kepada pandangan dan fikiran manusia, tolak as-Sunnah dan engkari al-Quran, tanpa mereka sedari.
Jazakallahu khairah

3 comments:

  1. Oleh itu patutkah diminta pendapat orang awam mengkaji dan menggali sendiri al-Quran dan hadis? Munasabahkah meminta mereka berijtihad sendiri kepada al-Quran dan hadis? sedang imam syafie yang mengajar ilmu agama di masjidil haram ketika belum baligh lagi, mengatakan bahawa qunut adalah sunat, harap saudara mengkaji dengan lebih mendalam makna sebenar bidaah dan jangan hanya keras dengan pendapat sendiri...

    ReplyDelete
  2. Sedikit coretan...

    Imam al-Nawawi menjelaskan kelebihan mazhab Imam al-Shafie dari pandangan beliau dan dengan secara tersiratnya menerangkan mengapa beliau bermazhab dengan mazhab Imam al-Shafie]

    “Dan oleh kerana Imam al-Shafie adalah merupakan imam yang terkemudian dari sudut masa, maka beliau telah melihat mazhab-mazhab mereka seperti mana mereka melihat mazhab-mazhab ulama’ sebelum mereka. Maka beliau menperhalusinya, mengujinya dan mengkritiknya dan memilih yang paling rajih (kuat) dan beliau mendapat hasil daripada usaha ulama’2 sebelum beliau yang telah meletakkan gambaran dan pengasasan, maka beliau telah meluangkan masa untuk memilih dan mentarjih dan menyempurnakan dan meminda, dengan pengetahuan beliau dan kebijaksanaan beliau dalam pelbagai bidang ilmu.

    Dan dengan perkara ini beliau mendapat kedudukan yang lebih kuat dan rajih, kemudian tidak ada selepas beliau, (alim) yang mencapai kedudukan seperti beliau dalam perkara ini.

    Maka dengan ini, mazhab beliau adalah mazhab yang paling utama untuk diikuti dan bertaqlid dengannya – dan ini dengan jelasnya bahawa kita mestilah berlaku adil dan tidak ada meletakkan sebarang sikap memandang rendah pada salah seorang daripada para imam.

    usahlah diperdebatkan perkara khilaf seperti ini. saya bukanlah alim ulama' untuk mempertikaikan pendapat saudara, jauh sekali seperti imam syafie yang hafal beratus2 ribu hadis. banyak saya baca dalil2 yg mengharuskan perkara 'sesat' spt yg saudara sebutkan itu. namun akhirnya, perdebatan seperti ini tiada lain hanyalah akan merugikan umat... berlapang dadalah...

    ReplyDelete
  3. Assalam'kom,

    Pada saya yg sudah menjangkau 60 Tahun ini rasanya tak banyak masa lagi utk membahaskan isu2 agama yg kini banyak dipersoalkan secara umum. " umur berapa tinggal berapa" itu menjadi alasan kenapa saya lebih berminat utk mengikuti pesanan Nabi SAW, " aku tinggalkan kalian 2 perkara, Quran & Sunnah ku. Jika kalian rujuk kpd kedua2 perkara, kalian tidak akan sesat selama2nya, di dunia & di akhirat". Olih itu ilmu quran & hadith menjadi rujukan dan sandaran saya dalam mengamal perentah Allah dan menjauhi larangan Allah dan memohon keredhaan Allah utk masuk syurga Allah sebagai matlamatnya.

    Firman Allah SWT, " jangan kamu mengamalkan sesuatu yg kamu tak ada ilmunya"

    Sabda Nabi SAW " Sesiapa mengamal sesuatu bukan amalanku nabi, tak diterima".

    2 dalil di atas sudah cukup kuat utk membukakan hati kita utk menjadi orang yg betul2 beriman, dengan izin Allah. Insya'allah.

    Yg menjadi masalah sekarang ini ialah disebabkan umat Islam berpecah-belah atas nama mazhab. Sanggup bunuh membunuh antara umat Islam sendiri dan sanggup bunuh diri atas nama jihad. Kerana kurang ilmu tadi dan terlalu taksub menjadi pengikut setia kepada sesaorang ulama / imam ( bukan saya memperkecilkan ulama & imam ), maka mereka2 ini rugi. Allah berfirman " Peganglah kpd tali Allah dan jgn kamu berpuak2". Tapi mereka terang2 telah engkar kpd perentah Allah di atas. Olih demikian, tidak hairan saya apa yg sedang berlaku sekarang kpd umat Islam ( ramai tapi Allah anggap mereka banyak sebagai bueh2 di lautan ) terlalu lemah hingga mereka dipermain2kan, ditindas, diseksa, dibunuh olih musuh2 Islam tapi tidak bermaya utk mempertahankan Islam & umat2nya. Sungguh pun Allah telah kurniakan setengah2 mereka dengan kekayaan.

    Bolih jadi En Azizan bolih huraian sedikit berkongsi pendapat tentang firman Allah, " Di akhir2 zaman, Islam akan berpencah kpd 73 gulungan tapi hanya 1 gulungan saja yg Allah terima". Saya sudah pasti nak masuk dalam gulungan yg satu ini, saya rasa En Azizan pun berpendapat demikian. Tapi agak2nya siapakah gulungan ini? Lapang2kanlah dada utk memikirkannya. Ini bukan perkara khilaf tapi haq tunjang syarat utk ke syurga Allah.

    Saya merujuk kpd surah Al Ikhlas yg terang2 Allah telah bersumpah demi masa, yg manusia sentiasa rugi melainkan orang2 yg beriman yg sentiasa berpesan2 kpd kebenaran dan sentiasa sabar. Olih demikian, saya rasa bersyukur kpd Allah SWT dapat berbincang dengan En Azizan semuga kita semua dapat sampai ke dalam syurga Allah.

    Insya'allah.
    Email saya: orbee007@hotmail.com

    ReplyDelete