Assalamualaikum,
Antara tanda-tanda yg seseorang itu bersyukur kepada Allah (a.w) kerana diberi peluang hidup di dunia adalah mengerjakan solat-solat sunat. Kerana, semua orang akan melihat kita sama ada kita mengerjakan solat fardu atau tidak, kerana sering dijema'ahkan di depan khalayak ramai. Tetapi, solat-solat sunat itu dibuat bersendirian tanpa orang mengetahuinya. Sesungguhnya solat-solat sunat itu disuruh kerjakan di rumah.
Selain membuktikan kesyukuran kita kepada dan terhadap Allah (a.w) yang memberikan pelbagai nikmat, seseorang Islam itu digesa supaya membanyakkan solat-solat sunat. Selain solat-solat sunat itu mendapat ganjaran pahala yang besar, mengikis dosa-dosa dan meningkatkan martabat seseorang itu di sisi Allah (a.w), membanyakkan solat sunat itu menunjukkan kita syukur kepada Allah (a.w) dan menampung kekurangan-kekurangan solat fardhu sama ada kerana tidak dikerjakan atau dikerjakan secara kurang sempurna:
1. Diceritakan hadith oleh Abdul Rahman bin Thabit bin Syu’ban (r.a), hadith daripada bapanya, daripada Makhul (r.a), daripada Kathir bin Murah (r.a), bahawasanya Aba Fatimah (r.a) menceritakan hadith dengan berkata: ‘Berkata aku: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Memberi khabarlah engkau kepadaku dengan amalan yang (supaya) menetapi akan amalan itu oleh aku dan beramal aku dengannya’. Bersabda Rasulallah (s.a.): ‘Atas kamu disuruh bersujud (yakni, mengerjakan solat-solat sunat). Maka sesungguhnya tidak sujud (bersolat sunat) seseorang kepada Allah (a.w) satu sujud (solat sunat) kecuali mengangkat atas engkau oleh Allah (a.w) dengan kerana sujud (solat sunat engkau) itu satu darjat dan melebur (i.e. mengikis) (oleh Allah (a.w) dengannya daripada engkau satu kesalahan (keburukan atau dosa) kamu.’ [Hadith Ibnu Majah]
Hadith yang serupa diriwayatkan juga oleh seorang sahabat lain, iaitu Ma’dan, dan dishkan pula oleh seorang sahabat yang lain, iaitu Abu Darda’.
2. Menceritakan hadith oleh Ma’dan ibnu Abi Talhah al-Yakmurii (r.a), berkata: ‘Aku berjumpa dengan Syu’ban, maka berkata aku kepadanya: ‘Ceritakanlah oleh engkau kepadaku satu hadith barangkali bahawa memberi manfaat hadith itu kepadaku dengan mengamalkannya.’ Berkata Ma’dan: ‘Maka diam (Syu’ban). Kemudian mengulangi aku (bertanya), maka berkata aku seumpama (terdahulu itu). Maka diam (Syu’ban). (Aku ulangi demikian) tiga kali. Maka berkata Syu’ban bagiku: ‘Di atas kamu disuruh berbuat sujud (solat sunat) kepada Allah (a.w). Maka sesungguhnya aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Apa-apa daripada hamba Allah (a.w) yang sujud (bersolat sunat) kepada Allah (a.w) satu sujud (solat sunat) kecuali mengangkat Allah (a.w) baginya kerana sujud (solat sunat) itu satu darjat, dan melebur (i.e. mengikis) Allah (a.w) darinya kerana bersujud (yakni, bersolat sunat) itu satu kesalahan (keburukan atau dosa).’ Berkata Ma’dan (r.a): ‘Kemudian aku berjumpa Aba Darda’ (r.a), maka aku tanya dia, maka berkata Aba Darda’ seumpama demikian hadith (i.e. hadith Syu’ban) itu (yakni, Abu Darda’ mengesahkan hadith Syu’ban tersebut).’ [Hadith Ibnu Majah]
Kedua-dua hadith di atas menjelaskan bahawa Rasulallah (s.a.w) menggalakkan umatnya supaya selalulah mengerjakan solat-solat sunat kerana solat-solat sunat itu menghapuskan dosa, meningkatkan darjat di sisi Allah (a.w), dan pada hadith ketiga pula mendatangkan satu kebaikan kepada yang mengerjakannya.
3. Diriwayatkan hadith daripada ‘Ubadah bin Samit (r.a) bahawasanya dia mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Apa-apa dari hamba yang sujud (yakni, suatu solat sunat) kepada Allah (a.w) satu sujud kecuali ditulis Allah (a.w) baginya kerana sujud (solat) itu satu kebaikan, dan melebur dengannya satu kesalahan (keburukan atau dosa), dan mengangkat baginya kerananya (i.e. kerana mengerjakannya) satu darjat, maka memperbanyakkanlah (oleh kamu) melakukan sujud (i.e. mengerjakan solat-solat sunat).’[Hadith Ibnu Majah]
Hadith di atas itu memberitahu kita kefadalan mengerjakan solat-solat sunat. Setiap ‘sujud’ (yakni, solat sunat itu) diberi Allah (a.w) tiga ganjaran iaitu: pertama, mendatangkan satu pahala; kedua, meleburkan satu dosa; dan ketiga, meningkatkan satu darjat keimanan seseorang Islam terhadap Tuhannya.

Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment