Assalamualaikum,
kali ini kita teliti satu potongan ayat al-Quran, yakni firman Allah (a.w) yg menetapkan bahawa hanya mereka yg Islam sahaja ada haq untuk masuk syurga. Jika tidak Islam tidak mungkin dapat syurga. Dalam konteks ini, kita telah teliti dan halusi siapakah yg sebenarnya Islam? Orang yg Islam itu adalah mereka benar-benar mengikuti ketetapan Allah (a.w) i.e. ikuti ketetapan al-Quran dan ikuti ketetapan Rasulallah (s.a.w) i.e. ketetapan as-Sunnah.
Firman Allah (a.w): 'Sesungguhnya orang-orang yg mendustakan ayat-ayat Kami (Allah (a.w)) dan menyombongkan diri terhadapnya (i.e. ayat-ayat Allah (a.w)), tidak akan dibukan pintu-pintu langit bagi mereka, dan mereka tidak akan masuk syurga, sebelum untaasuk ke dalam lubang jarum. Demikianlah Kami (Allah (a.w)) memberi balasan kepada orang-orang yg berbuat jahat.' [Ayat 40, Surah al-A'raf]
[Nota: Siapakah 'orang-orang yg mendustakan ayat-ayat al-Quran'? Orang yg mendustakan ayat-ayat Allah (a.w) adalah mereka yg tidak mempercayai apa-apa yg tertulis di dalam al-Quran, i.e. tidak mahu menerima ketetapan Allah, termasuklah tidak menerima Islam kerana Islam adalah ugama yg diredhai atau diterima Allah (a.w). Mereka diberitahu tentang kiamat dan hari akhirat dan hari pembalasan. Mereka tidak mahu menerima ketetapan Allah (a.w) bahawa manusia (dan jinn) itu dijadikan i.e. diberi kesempatan hidup di dunia ini untuk mengabdikan diri kepada Allah (a.w). Dan, pengabdian itu hanya diterima sekiranya Islam dan beriman. 'Orang yg menyombongkan diri' adalah mereka yg setelah diberitahu tidak mahu menerima kerana keangkuhannya terhadap apa yg diperintahkan oleh Allah (a.w) dan mereka meremehkan tuntutan al-Quran dan as-Sunnah. 'Pintu-pintu langit tidak dibuka' bererti segala permintaan (doa) mereka dan segala persembahan mereka dalam bentuk amal ibadah dan lain-lain kebaikan, yg diwajibkan ataupun yg disunatkan, tidak akan sampai atau dibawakan oelh malaikat kepada Allah (a.w), yakni sia-sia sahaja. 'Sehingga boleh masuk unta ke dalam lubang jarum' bermaksud tidak mungkin dapat masuk syurga kecualilah boleh seekor unta masuk ke dalam lubang jarum. Mustahil mendapat syurga.
Memang benar Rasulallah (s.a.w) menyebutkan bagi orang yg mengucapkan dua kalimah syahadah atau yg ada sebesar zarah keimanan dalam kalbunya tentang Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) diiktiraf Islam, maka mereka walaupun dibersihkan di dalam neraka sebelum diberi kesempatan mendapat syurga, namun jika mereka Islam tidak menepati speks golongan yg satu yg mendapat syurga itu, mereka tidak akan masuk syurga kerana segala amalannya tidak diterima. Tapi akhirnya akan merasai syurga juga setelah dibersihkan dosa-dosanya kerana segala amalan dan ibadah tidak mendapat ganjaran pahala kerana tidak menepati ibdah atau amalan golongan 'ahli as-sunnah wal-jama'ah' itu.]
Jazakallahu khairah.
No comments:
Post a Comment