Assalamualaikum,
Mungkin ada ramai para ulama' dan ilmuwan, terutama mereka yg menjadi mahaguru di pusat-pusat pengajian tinggi di Malaysia telah berkumpul di suatu program yg dinamakan 'Wacana Pemikiran dan Pembinaan Ummah: Gerakan Tajdid dan Pemikiran Naddiyyun' anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) yg diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan. Dilapurkan dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini (25 Januari 2010) bahawa antara tokoh-tokoh akademik yg membentangkan kertas kerja masing-masing pada 24 Januari 2010 adalah:
1. Dr Uthman el-Muhammady, Fellow Kehormat Institut Pemikiran dan Tamadun Antarabangsa (ISTAC); dan
2. Dr Asmadi Mohd Naim, Prof Madya dan Pensyarah Kolej Perniagaan, UUM.
Dua tokoh ini terkenal dengan fahaman kemazhaban, i.e. as-Syafie, dan yg kental dengan pendirian bahawa mereka adalah pejuang kumpulan mereka yg mengakui sebagai golongan 'ahlus sunnah wal-jama'ah' brand asy-Syafi'yah! Mereka yakin dan menyokong kewajaran perlunya diamalkan serta sahnya amalan yg mereka katakan 'bida'ah hasanah'. Uthman membidas sekuat-kuatnya Muhamad Abdul Wahab yg dikatakan pengasas aliran Wahabi cukup-cukup. Beliau juga membidas golongan muda yg dia dan rakan-rakannya sifatkan sebagai 'golongan modernis Islam'. Antara tokoh ilmuwan yg sering dikritiknya adalah bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri yg dicop ramai pihak sebagai pengikut dan penyebar fahama Wahabi di Malaysia. Malah pada mereka negeri Perlis mengamalkan fahaman Wahabi ini! Dr Asmadi pula adalah gandingan Dr Uthman, kerana setiap kali ada seminar atau perbincangan mengenai isu-isu ugama, akan ada dua tokoh tersebut. Dr Asmadi tak henti-hentilah mencari hujjah-hujah atau kata-kata sakti para ulama' yg berpegang kuat kepada fahaman yg membolehkan 'bid'ah hasanah' sebagai amalan yg wajar dalam peradaban Islam. Dr Uthman dan Dr Asri, malah ramai lagi para ilmuwan yg amat kuat berpegang kepada fahaman kemazhaban, khususnya mazhab as-Syafie. Asas pegangan mereka adalah juga pandangan Asy-syaariah, salah seorang tokoh mazhab as-Syafie. Begitu jugalah beberapa tokoh ulama' dahulu seperti al-Ghazali an-Nawawi dan sebagainya. Golongan ini kekal dengan pendiriannya bahawa ada beberapa fahaman kurafat itu diblehkan, ritual berjema'ah itu serta dua qunut itu dibolehkan dalam Islam dan berbagai-bagai lagi pendapat beliau yg bersandarkan 'bid'ah hasanah' itu.
Dalam blog ini penulis seringkali ketengahkan bahawa di dalam Islam itu segala-galanya bergantung kepada ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Kerana, Islam itu ugama Allah (a.w), yg dicipta oleh Allah (a.w) sebagai falatfom bagi hambaNya mengabdikan diri dengan mengerjakan apa-apa yg disuruh dan meninggalkan apa-apa yg ditegahNya. Maka dengan itu apa sahaja yg ingin kita bicara dan bincangkan hendaklah dinilai dalam konteks serta dalam krangka dua sumber ilmu dan panduan ugama serta panduan ugama tersebut. Jika kita bincangkan Islam dan syariatnya berpandukan pandangan manusia, sudah pasti kita tersilap dan menyimpang dari Islam yg haq. Kerana? Rasulallah (s.a.w) berpesan kepada kita yg Islam berpandulah kepada Kitab Allah (a.w) dan as-Sunnah, sudah pasti kita tidak sesat dan tidak menyimpang dari landasan Islam dan syariatnya yg haq. Kalau berpandukan dengan selainnya, sudah pasti akan sesat dan menyesatkan orang lain! Allah (a.w) telah perintahkan umat Islam supaya berpandukan kepada al-Quran dan as-Sunnah. Jika berpandu dengan selainnya pasti masuk neraka. (Rujuk Ayat 13 dan Ayat 14, Surah an-Nisa'). Allah (a.w) perintahkan kita yg Islam ini berpandukan kepada as-Sunnah - ambil as-Sunnah, buat yg disuruh dan tinggalkan yg ditegah (Rujuk Ayat 7, Surah al-Haysr). Kemudian Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa sumber ilmu dan asas panduan hidup Mukmin itu adalah al-Quran dan as-Sunnah, bukannya kitab-kitab karangan manusia walau bagaimana nampak a'lim dan tersohor sekalipun mereka. Mereka tetap manusia. Mereka bukan Rasulallah (s.a.w). Rasulallah (s.a.w) sahaja orang yg benar-benar faham tentang Islam dan syariatnya. Dan, Rasulallah (s.a.w) dipertanggungjawabkan mendemokan atau mencontohkan segala bentuk amalan dan ibadah serta cara dan kaedah beribadah. Beliau diajarkan oleh Allah (a.w) (melalui wahyu) dan beliau juga diajarkan oleh Jibrail (a.s) yg turun ke langit dunia menunjukkan praktikalnya bagaimana hendak mengerjakan sesuatu amalan dalam konteks praktikalnya (i.e. rukun qauli dan seumpamanya).
Malangnya, hari ini para ilmuwan Islam telah menjadikan Islam dan syariatnya bahan kajian sehinggakan mereka meniru peradaban pengilmuwan ala Barat yg membolehkan manusia yg meneliti pendapat dan pandangan manusia sebagai asas penelitian ilmu yg mengakhirkan kepada penganugerahan PhD dalam bidang-bidang tertentu. Tambah menyimpangkan lagi apabila masyarakat mula menilai ilmuwan yg memiliki PhD sebahgai calun ulama' pula dan diberika jawatabn serta diberi peluang untuk mengembangkan fahaman mereka! Oleh yg demikian jugalah, seperti biasa, event seumpama 'wacana' ini amat disukai oleh para akademik dimana-manapun. Dan, hari ini segala sesuatu mengenai Islam sudah menjadi arena dan persada akademik dan bahan polemik di kalangan umat Islam yg merasakan diri mereka 'berilmu', walhal dlam konteks Islam sebenarnya, mereka jahil. Islam tidak lagi kekal menjadi perkara ibadah, tapi abjek yg menjadi bedatan dan polemik. Malah seringkali pendapat manusia telah mengatasi perintah Allah (a.w) dan RasulNya. Para ilmuwan Islam hari ini menimba 'ilmu' dengan melihat kepada kata-kata dan pandangan para ulama' dan ilmuwan dahulu dan sekarang. Mereka mencari pendapat yg secocok dengan pandangan mereka. Mereka tidak melihat kepada al-Quran dan as-Sunnah sebagai segala-galanya dalam Islam dan syariatnya. Mereka lebih menghabiskan masa mencerakinkan pandangan manusia dan mengambil pandangan golongan majoriti, walaupun, mengikut as-Sunnah, golongan majoriti adalah adalah golongan yg sesat kerana beramal dan beribadah bertentangan dengan ketetapan Allah (a.w) mengikut al-Quran dan ketetapan Rasulalallah (s.a.w) mengikut as-Sunnah! Itulah yg berlaku hari ini kerana mereka inginkan agar Islam dan syariatnya itu disesuaikan dengan zaman, temadun dan budaya. Walhal, yg sepatutnya budaya, temadun dan zaman sepatutnya mensesuaikan dirinya kepada ketatapan Islam. Itu yg haq.
Dalam blog ini penulis telah rungkaikan dengan panjang lebar ketetapan al-Quran dan as-Sunnah tentang siapakah golongan 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu. Itulah definisi dan criteria yg betul dan haq. Apa yg majoriti claim sekarang ini tidak betul dan menyimpang dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.
Janganlah saudara yg ingin mencari syurga di akhirat kelak terikut-ikut dengan pendapat manusia, walaupun kelihatan tinggi 'ilmu' mereka. Ilmu seseorang itu tentang Islam hanya boleh dinilai dalam konteks atau mengikut acuan perintah Allah (a.w) dalam al-Quran dan perintah Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. Jika apa-apa selainnya yg tiada sandaran al-Quran dan as-Sunnah adalah batil semata-mata! janganlah kita tertipu.
Jazakallahu khairah.
Assalam'kom,
ReplyDeleteTak patut kita taksub sangat dengan mazhab ini. Inilah yg telah memecah-belahkan orang Islam bukan saja di Malaysia malah di dunia. Pada hal Allah telah berfirman supaya kamu hendaklah berpegang kpd tali Allah dan jangan kamu berpuak2. Kalau nak selamatlah di dunia & akhirat le. Kan dah terang perintah Allah tu.
Bila ditanya saya mazhab mana. Senang jawab, saya tak percaya kepada mazhab tapi kalau nak tahu juga, saya bermazhab nabi SAW. Siapa lebih tinggi martabatnya? Nabi ke atau Imam2 yg 4 tu? Ini cerita tak habis2.
Wallahualam
faham apapun juga harus kita hormati, masalahnya saudara2 sesama muslim wahabi sering mengabaikan masalah ini, banyak yang dahulunya adalah ikhtilaf antar ulama dijadikan bahan untuk alasan kebenaran mereka, misal ziarah kubur, sholat taarawih, 2 azan jum'at, sebantar2 yg mjd ikhtilaf dikatakan sebagai bid'ah. karenanya kami bisa memahami bila kadang2 ada diantara saudara2 kita yang lain menjadi antipati dengan saudara2 dr mazhab Wahabi, demikian
ReplyDelete