Thursday, January 21, 2010

Peringatan Allah (a.w) ... Jangan utamakan dunia!!

Assalamualaikum,
Orang musyrik atau kafir itu tidak meyakini akan adanya kehidupan yang disebut akhirat itu, apabila terjadinya akhirat bilamana manusia akan dihisab pahala dan dosa mereka dan akan dibalas segala sesuatu yang dilakukannya di dunia. Mereka tidak percaya dengan hari kebangkitan, setelah mereka mati dan dibangunkan semula dari kubur mereka. Maka oleh kerana itulah manusia yang musyrik dan kafir sentiasalah mengutamakan dunia, dan berusaha mendapat kesenangan, kemewahan serta keseronokan semasa di dunia. Ada yang percaya bahawa kebaikan mereka di dunia boleh menghapuskan kejahatan mereka di dunia. Maka jika mereka berbuat baik di dunia akan terhapus kejahatan yang dilakukan oleh mereka.
Terkadang orang Islam sendiri yang terpengaruh oleh orang kafir akan meniru segala perbuatan orang kafir dalam perkara dunia ini. Terkadang mereka sendiri sangsi tentang wujudnya kehidupan akhirat itu, maka dengan itulah ramai umat Islam tidak mengerjakan amalan dan ibadah, mengerjakan pelbagai perbuatan seumpama perbuatan orang kafir. Mereka berlumba=lumba mencari kesenangan dan kemewahan dunia dan mereka bakhil tidak sanggup membayar zakat atau menginfaqkan sebahagian daripada kekayaan mereka demiIslam. Maka dengan itulah Allah (a.w) mengingatkan kita manusia, terutama yang Islam, bahawa:
1. Firman Allah (a.w): 'Qad aflaha man tazakka @Wazakarasmarabbihi fasalla @ Bal tukthirunal hayatad dunya @ Wal-akhiratu khairu wa-abqa.' [Maksud: Sesungguhnya untung (yakni, selamat dan berbahagialah) orang yang membersihkan (lahir batinnya) daripada berbagai kekotoran (jasmani dan rohani dari kekejian syirik, dan budi pekerti yang jelek (buruk), jahat, dengan meningkatkan keimanan dan ketaqwaan terhadap Allah (a.w) ) @ Dan selalu ingat kepada Allah (a.w) maka mengerjakan solat (untuk mendekati diri mereka kepada Allah (a.w)) @ Bahkan kamu sekelian mengutamakan kehidupan dunia (yang fana dan pasti akan meninggalkan kamu atau pasti ditinggalkan daripada akhirat) @ Pada hal akhirat itu lebih baik bahkan yang kekal)] [Ayat 14 - 17, Surah al-A’la]
Terdapat banyak peringatan Allah (a.w) di dalam al-Quran mengenai peringatan supaya jangan terlalu mengutamakan dunia, sehingga lupa bersedia untuk akhirat yang lebih kekal. Semua yang kita miliki di dunia akan meninggalkan kita. Malah hak kita semasa di duniapun sekadar apa yang kita makan dan minum dan pakai atau gunakan. Apa-apa yang tidak dipakai dan digunakan walaupun hakikatnya milik kita, tetapi sebenarnya milik orang lain. Yang kekal menjadi milik kita dari harta kekayaan yang kita kumpulkan adalah apa yang kita zakatkan, sedekahkan dan infaqkan. Kesemua yang demikian itu akan mengalirkan kebaikan dan pahala di akhirat kelak. Zakat, sedekah dan infaq adalah pembersihan kepada rezki dan penghapus kepada dosa. Justeru itu, apa-apa harta dan kekayaan yang kita manfaatkan demi Islam (yakni, fi sabilillah) adalah akan baik untuk kita. Yang lainnya tidak berguna.
Maka dengan itulah Rasulallah (s.a.w) seringkali mengingatkan umatnya, umat Islam, bahawa sesiapa yang mengutamakan dunianya maka dia memfakirkan akhiratnya. Ini disebutkan di dalam banyak hadith, antaranya berikut:
2. Diriwayatkan hadith daripada Aisyah (r.ah) berkata: ‘Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Dunia ini rumah bagi orang yang tiada mempunyai rumah di akhirat, dan harta orang yang tidak berharta di akhirat, dan yang mengumpulnya (keduniaan) hanya mereka yang tidak berakal.’ [Hadith Imam Ahmad]
Yang penting adalah akhirat. Mereka yang mengumpulkan harta dan kekayaann semasa di dunia sebenarnya memfakirkan dirinya di akhirat. Kerana, sering kali manusia yang kasihkan dan cintakan dunianya, akan pasti melalaikan ahiratnya. Malah dia akan melakukan serba sesuatu untuk menganianya dirinya di akhirat apabila dia mempebanyakkan usaha untuk dunia, berbuat segala sesuatu untuk dunia, melalaikan amal dan ibadah wajib dan sunatnya, dan menghabiskan masa, dan seringkali pula wang ringgitnya, untuk kenikmatan dunia, lupa dia akan tanggungjawabnya terhadap Allah (a.w) dan RasulNya dan manusia lainnya dan diabaikannya persiapan untuk hari akhiratnya.
2. Diriwayatkan hadith daripada Abu Musa asy-Syaari (r.a) berkata Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Sesiapa yang cintakan dunia berbahaya terhadap akhiratnya, dan sesiapa yang cintakan akhiratnya berbahaya terhadap dunianya, maka utamakanlah yang kekal (yakni, kehidupan akhirat) daripada yang fana (yakni, dunia) yang akan rosak binasa.’ [Hadith Imam Ahmad]
Nasihat Rasulallah (s.a.w) di atas itu amat penting kita yang Islam ini jadikan pedoman hidup setiap masa. Jika kita utamakan dunia pastilah tidak akan kita lakukan sesuatu untuk akhirat kita. Sebaliknya, apabila kita utamakan dunia terabailah akhirat kita kerana kita melakukan pelbagai perbuatan dan perlakuan serta segala sesuatu untuk menikmati nikmat dunia yang mudah dirasai dan difahami. Walhal, nikmat akhirat adalah sesuatu yang ghaib dan sukar difahami bagi mereka yang jahil tentang akhiratnya da bagi mereka yang sangsi tentang akhirat tersebut. Rasulallah (s.a.w) menasihatkan supaya kita yang Islam hendaklah utamakan yang kekal.
Kita diberitahu bahawa umur umat Muhammad (s.a.w), mengikut sabdanya dalam epotong hadith, hanyalah sekadar 60 atau 70 tahun. Berapa lamakah nikmat dunia yang boleh kita rasai. Sedangkan apabila qiamat dunia sebelum diistiharkan kekealan ahirat oleh malaikat di siratul mustaqim selepas hisab, kita menunggu di padang makhsyar untuk Buku atau Kitab Catitan Amalan kita memakan masa 50 tahun dalam hitungan tahun akhirat. Sehari di ahirat adalah bersamaan 1,000 tahun kiraan tahun dunia! Itu belum lagi akhirat, yang kekal tanpa sempadan waktu dan tanpa berkesudahan!
Mudah-mudahan nasihat-nasihat dan panduan-panduan di atas itu boleh menyedarkan kita dari tidur nyenayk dalam mimpi kehidupan dunia, insya Allah. Amin
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment