Assalamualaikum,
Sehingga hari ini kita mengamalkan satu cara dan kaedah dan bentuk ibadah dan amalan yg kita pelajari dari seseorang - mungkin nenek moyang kita, mungkin tok-tok guru kita semasa kita kecil atau mungkin ulama' dan ilmuwan yg kita dengar kuliah dan cermahnya setelah dewasa. Kemudian kita terima hujjahnya dan ajakannya dan kitapun amalkan apa yg diajarkan olehnya. Pernahkah terfikir oleh kita untuk menyemak semula apa yg kita terima dan pelajari? Pernahkah kita semak apakah yg diajarkan dan yg dianjurkan kita amal dan ibadahkan itu sesuatu yg haq? Apakah yg haq? Yg haq itu adalah sesuatu yg ada sandaran perintah Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan ada sandaran perintah Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah). Kerana setiap sesuatu yg tiada sandaran nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah adalah kebatilan - tidak termasuk dalam Islam dan syariatnya - walaupun kelihatan cantik dan molek pada pandangan manusia! Semakan ini penting kerana apabila kita beramal dan beribadah dengan seuatu yg batil i.e. tiada sandaran ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, bukan sahaja tidak diterima Allah (a.w) amalan kita, tetapi lebih serius, menghapuskan segala kebaikan ibadah dan amalan yg lain!
Maka dengan itulah Allah (a.w) memperingatkan kita di dalam Ayat 36, Surah al-Isyra': 'Wala taqfu ma laisa bihi ilmun' [Maksud: Dan janganlah kamu melakaukan sesuatu tanpa kamu terlebih dahulu mengetahui ilmunya.] [Ayat 36, Surah al-Isyra'] Rasulallah (s.a.w) juga memperingatkan kita dalam hadithnya dengan sabdanya: 'Al-ilmu qabla 'amal' [Maksud: Berilmulah dahulu barulah kamu mengerjakan sesuatu amalan] [Hadith at-Termidzi]. Kita tidak boleh lakukan sesuatu, terutama dalam mengerjakan amalan dan ibadah secara ikut-ikutan (taklid) atau ikuti pendapat sifolan dan sifolan atau kata sianu dan sianu begini dan begini. Hendaklah kita lakukan sesuatu itu apabila jelas ilmunya, apabila kita tahu sifolan dan sifolan itu bercakap berlandaskan nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah, bukan kata-kta ulama' sianu dan sianu, walaupun begitu tersohor atau masyhur di mata masyarakat dunia.
Islam dan syariatnya hanya bergantung kepada ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Allah (a.w) cipta Islam dan Allah (a.w) tetapkan syariatnya sebagai landasan manusia mengabdikan diri mereka kepadaNya, kerana Allah (a.w) berfirman dalam Ayat 56, Surah az-Zariat: 'Wama khalaqtul jinna wal-insa illa liya' buduni' [Maksud: Tidak Aku (Allah (a.w)) jadikan jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri mereka kepada Aku (Allah (a.w)) [Ayat 56, Surah az-Zariat]. Bagaimana mengabdikan diri sesuai dengan perintah Allah (a.w) itu? Pastilah mengikut bentuk-bentuk pengabdian, mengikut cara-cara dan kaedah-kaedah pengabdian yg ditetapkan oleh Allah (a.w) speksnya! Lain-lain bentuk, lain-lain cara dan lain-lain kaedah pastilah tidak diterima oleh Allah (a.w). Bagaimana kita tahu itulah bentuk-bentuk pengabdian, cara dan kaedah mengabdikan diri itu? Allah (a.w) memberitahu manusia bahawa sesiapa yg mentaati Rasulallah (s.a.w) telah mentaatiNya (i.e. Allah (a.w)) dalam
1. Firman Allah (a.w): 'Man(-ai) yuti'ir-rasula faqad ata'allaha' [Maksud: Barangsiapa mentaati Rasulallah (s.a.w) maka sungguh-sungguh mereka telah mentaati Allah (a.w)] [Ayat 80, Surah an-Nisa']. Maka dengan itu wajiblah kita taati Rasulallah (s.a.w). Kemudian Allah (a.w) memberitahu pula bahawa Rasulallah (s.a.w) itu adalah 'uswatun hasanah' (i.e. model ikutan terbaik) bagi manusia yg inginkan menemui Allah (a.w) di akhirat kelak. Inilah ketetapan Allah (a.w) dalam firmanNya:
2. Firman Allah (a.w): [Maksud: Sesungguhnya adalah bagi kamu sekelian pada Rasulallah (s.a.w) itu contoh terbaik bagi barangsiapa yang mengharapkan ganjaran (pahala) dan balasan hari akhirat dan sentiasalah dia mengingati Allah (a.w) banyak-banyak] [Ayat 21, Surah al-Ahzab].
Siapa yg boleh menemui Allah (a.w) di akhirat? Iaitu mereka yg mendapat syurga.
Rasulallah (s.a.w) yg membawakan Islam dan syariatnya, dan dialah yg memimpin manusia dan dialah yg membimbing manusia bagaimana hendak mengabdikan diri mereka kepada Allah (a.w) menepati ketetapan Allah (a.w). Justeru itu, Rasulallah (s.a.w) sajalah yg sempurna ilmunya dan sempurna cara dan kaedah beramal dan beribadah menepati ketetapan Allah (a.w). Maka dengan itulah Allah (a.w) perintahkan manusia dalam Ayat 7, Surah al-Haysr: (maksud), i.e. hendaklah ikuti as-Sunnah dan contohi Rasulallah (s.a.w) dalam beramal dan beribadah.
3. Firman Allah (a.w): 'Apa-apa yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) hendaklah kamu ambil (i.e. kerjakan), dan apa-apa yg ditegahnya hendaklah kamu jauhkan.' [Ayat 7, Surah al-Haysr]
Perintah ini adalah nas dan dalil al-Quran bahawa umat Islam itu wajib ambil dan ikuti panduan as-Sunnah.
Jika kita terima ajakan atau ajaran orang lain, belum pasti ajakan atau ajaran mereka betul dan menepati ketetapan Allah (a.w) dan sejajar dengan as-Sunnah sebagaimana yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w)! Maka dengan itulah wajib kita berilmu sebelum bermal. Jika kita beramal dan beribadah atas ajaran yg tidak bersandarkan al-Quran dan as-Sunnah, yg mengajar dan yg mengajar menjadi calun neraka, maka di akhirat esok Allah (a.w) beritahu kita akan berbalah dengan orang yg mengajarkan kita, tetapi di saat itu sudah terlewat!
4. Firman Allah (a.w): 'Dan, mereka semua (di padang makhsyar kelak) untuk mengadap Allah (a.w), lalu orang-orang yg lemah (i.e. murid) berkata kepada orang-orang sombong (i.e. guru): 'Sesungguhnya kami dahulu (i.e. semasa di dunia) adalah pengikut-pengikut kamu, maka dapatkan kamu menghindarkan kami dari azab Allah (a.w) (walaupun) sedikit sahaja?' Mereka (i.e. guru) menjawab: 'Sekiranya Allah (a.w) memberi petunjuk kepada kami, nescaya kami dapat memberi petunjuk kepada kamu. Sama sajalah kita, apakah kita mengeluh atau kita sabar (tidak berguna lagi). Kita tidak mempunyai tempat untuk melarikan diri (i.e. sudah terlamabat).' [Ayat 21, Surah Ibrahim].
Kita yg belajar sesuatu amalan dan ibadah berpandukan ajakan atau ajaran seseorang yg sumbernya tidak menepati ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan tidak menepati bentuk-bentuk ibadah dan amalan serta cara-cara dan kaedah mengamalkannya, akan berbalah dengan orang yg mengajarkan kita, dan meminta mereka tolongi kita ketika tahu kita bahawa kita akan dimasukkan ke dalam neraka kerana kebatilan amalan dan ibadah kita. Mereka yg mengajarkan kita (i.e. guru) tanpa panduan yg hak itu akan berkata bahawa mereka sendiripun tidak mendapat petunjuk untuk megajarkan yg hak kepada kita, maka mereka sendiripun tidak dapat menolong diri mereka sendiri, masakan boleh menolong kita pula! Mereka berkata bahawa kitalah bersalah kerana dengan rela hati mengikuti ajakan mereka dalam kejahilan kita. Maka dengan itu janganlah letakkan tanggungjawab kesilapan itu pada orang lain. Kita bertanggung jawab sendiri kerana, semasa di dunia dahulu, tidak mengendahkan nasihat orang lain dan kekal mengikuti panduan yg batil.
Sudahlah kita dicemoh oleh mereka yg mengajar kita kebatilan, di padang makhsyar itu, kemudian pada Ayat 23, Surah Ibrahim itu, syaitan akan mencemuh kita pula:
5. Firman Allah (a.w): ' Kemudian syaitan berkata (setelah selesai hisaban dan guru serta murid dilemparkan ke dalam neraka) 'Sesungguhnya Allah (a.w) telah menjanjikan kepada kamu janji yg benar, dan akupun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya. Tidak ada kekuasan bagiku terhadapmu, melainkan aku (sekadar) menyeru (i.e. mengajak) kamu lalu kamu mematuhi (i.e. mengikuti) seruanku, oleh itu janganlah kamu mencerca aku (i.e. syaitan), tetapi cercailah diri kamu sendiri. Aku (i.e. syaitan) tidak dapat menolong kamu dan kamupun tidak dapat menolong aku. Sesungguhnya aku (i.e. syaitan) tidak dapat membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku (dengan Allah (a.w)) sejak dahulu.' Sesungguhnya orang yg zalim (i.e. yg menganianya diri sendiri kerana tidak akur dengan ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) itu) akan mendapat siksaan yg amat pedih (i.e. dalam neraka).' [Ayat 22, Surah Ibrahim]
Setelah selesai hisaban di padang makhsyar, keputusan telah dibuat bahawa segala amalan dan ibadah golongan guru yg mengajar dan golongan murid yg belajar dari guru tidak diterima Allah (a.w), dan semuanya batil, maka guru dan murid dilemparkan ke dalam neraka. Di situ syaitan akan datang untuk memberitahu guru dan murid bahawa dia (i.e. syaitan) tidak memaksa mereka ikuti dia, tetapi guru dan muridlah secara sukarela mengikutinya. Mereka ikuti syaitan mungkin kerana kejahilan kerana tidak mengaji dan memfahami al-Quran dan as-Sunnah. Atau, syaitan menghiasi diri mereka dengan ketaksuban bahawa guru-guru mereka atau para ulama' yg mengajarkan mereka dulu itu canggih dan tinggi ilmu mereka, walaupun tidak sejajar dengan al-Quran dan as-Sunnah, dan mereka menganggap baik ajaran mereka. Atau, mereka mengikuti nafsu mereka maka tidak mahu menerima nasihat orang lain yg betul kerana ketaksuban mereka terhadap sesuatu aliran atu pegangan. Syaitan pula akan menghiasi segala kebatilan itu nampak hak dan benar. Justeru itu, mereka i.e. guru dan murid, tidak ingin mencari kebenaran atau bila diberitahu kebenaran mereka berhujjah dengan kebatilan pula. Sepatutnya mereka semak ilmu al-Quran dan as-Sunnah, mereka mencari guru yg faham tentang al-Quran dan as-Sunnah, walaupun mungkin guruguru yg benar itu, tidak memegang kelayakan duniawi yg canggih dan terserlah seumpama PhD dan bergelar dan ternama pula dianugerahkan oleh manusia dan diberi pula status dan jawatan yg disanjung manusia. Ayat-ayat di atas memberi kita tahu bahawa dalam Islam, penting berpandukan sumber yg haq dan jangan ikuti pandangan majoriti. Kerana yg berjaya bukannya golongan majoriti. Jika tidak masakan Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa umat Islam (i.e. mereka yg kononnya berpandukan al-Quran dan as-Sunnah) itu akan berpecah menjadi 73 golongan, kesemuanya masuk neraka, kecuali satu golongan masuk syurga, i.e. 72 golongan yg lain dilemparkan ke dalam neraka. Kenapa? Mereka Islam tetapi tidak memenuhi ketetapan as-Sunnah, tidak ikuti as-Sunnah dan tidak pula berjema'ah dalam menganuti Islam! Tidak menjadikan Rasulallah (s.a.w) contoh ikutan dalam mengerjakan amalan dan ibadah!
Oleh itu, sebelum terlambat eloknya kita semak ilmu kita, semak amalan dan ibadah kita, dan pastikan bahawa segala-gala yg kita amal dan ibadahkan dan amal makruf yg kita kerjakan di dunia ini sejajar dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dan diamalkan dalam berjema'ah. Insya Allah. Tiada gunanya jika kita mati, yg pasti akan datang, kita telah menyeleweng dan menyimpang dari yg haq, maka kitalah yg binasa! Oleh itu tepuk dada dan tanyalah diri sendiri. Pilihlah yg haq dan tinggalkan yg batil, ketika nyawa masih di kandung badan.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment