Saturday, January 9, 2010

Jema'ah Islam: Ciri-cirinya

Assalamualaikum,
Bertolak dari apa yg tertulis dalam post sebelum ini, dan merujuk kembali kepada beberapan nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah yg telah kita semak sebelum ini, cuba kita rumuskan konsep dan realiti 'berjema'ah dalam Islam' itu, iaitu seperti berikut:
‘Umat Islam itu di mana saja mereka berada dan walau apa warna kulit mereka adalah satu ummah. Manusia adalah cucu cicit Adam (a.s), manusia pertama. Panduan hidup dan panduan ibadah dan amalan orang Islam yang beriman hanyalah al-Quran dan as-Sunnah. Justeru itu orang Islam wajib mempelajari serta memahami dua ilmu dalam hidupnya untuk jaminan kesejahteraan di dunia dan diakhirat, iaitu ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah. Apabila mereka berpandukan dua ilmu tersebut, mereka dijamin oleh Allah (a.w) dan RasulNya berada di atas siratul mustaqim, iaitu jalan lurus menuju syurga Allah (a.w). Jika mereka mentaati perintah Allah (a.w) dan perintah Rasulallah (s.a.w), mereka dijamin mendapat syurga. Mentaati perintah Allah (a.w) bermaksud kita mengikuti ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dan mentaati Rasulallah (s.a.w) bermaksud mengikuti ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Sesiapa yang menjalani kehidupan dan mengerjakan amalan wajib dan sunat berpandukan kepada ketetapan-ketetapan serta panduan selain al-Quran dan as-Sunnah, tidak diterima amalan dan ibadahnya dan tidak diakui keIslamannya. Mereka pasti sesat dalam mencari ‘siratul mustaqim. dan tidak akan dapat kerahmatan Allah (a.w). Antara perkara yang menyebabkan kesesatan itu adalah mengerjakan amalan dan ibadah – bentuk, kaedah dan cara – yang sama sekali bertentangan dengan ketetapan as-Sunnah. Amalan-amalan sedemikian itu dikategorikan sebagai ‘pembaharuan dalam perkara ugama’ atau ‘bid’ah’. Allah (a.w) tidak menerima amalan yang dicemari oleh bid’ah dan Rasulallah (s.a.w) tidak akui mereka yang mengamalkan bid’ah sebagai umatnya di akhirat kelak. Jika termasuk dalam golongan tersebut, mereka nampak (seemingly) Islam, kerana dari segi lahiriahnya, nampak sebagai orang Islam, tetapi hakikatnya mereka bukan Islam.
Sehubungan itu, kita yang Islam dan menjalani kehidupan berpandukan semata-mata al-Quran dan as-Sunnah adalah tergolong dalam kategori ahli as-Sunnah. Hanya pengabdian ahli as-Sunnah sahaja yang benar-benar Islam. Ini telah dijelaskan pada awal blog ini bahawa ahli as-Sunnah itu mentaati Allah (a.w) dan mentaati Rasulallah (s.a.w). Kemudian, pra-syarat ketiga untuk menjadi keIslaman kita sah adalah kita hendaklah menganuti Islam secara berjemaah dan kita wajib berada dalam jemaah, iaitu ahli as-Sunnah wal-jamaah.
Di dalam jemaah as-Sunnah itu ada ketetapan-ketetapan serta ciri-ciri yang khusus, iaitu ada pemimpin yang disebut ‘ulil amri’ (dalam al-Quran) atau imam atau amir, berdasarkan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah, dan ada ikrar janji atau ikat janji setia antara kedua-dua pihak – pemimpin dan jemaah – melalui bai’at. Sistem pentadbiran Islam itu mensyaratkan rukyah (rakyat, yakni ahli jemaah) sentiasa dalam ketaatan terhadap pemimpin (imam atau amir atau apa-apa gelaran sekalipun) selagi perintah pemimpin itu sejajar dengan al-Quran dan as-Sunnah dan tidak menyuruh warga jemaah melakukan kemaksiatan terhadap Allah (a.w) dan RasulNya. Jika diperintahkan sesuatu yg maksiat, maka rukyah tidak perlu dengarkan perintah dan taatkan perintah.
Islam yang tulin itu jelaslah mempunyai lima ciri yang haq, iaitu, pertama, mengakui tiada Tuhan kecuali Allah (a.w), dan mengakui keEsaan Allah (a.w), dan Rasulallah (s.a.w), itu adalah Pesuruh Allah (a.w) yang wajib dijadikan contoh (model) ikutan dan yang menentukan segala sesuatu tentang cara dan kaedah serta bentuk-bentuk pengabdian terhadap Allah (a.w). Kedua, panduan hidup dan panduan ibadah dan amalan adalah al-Quran dan as-Sunnah. Ketiga, mereka bersatu dan bersepakat sesama Islam dalam jemaah. Keempat, jemaah Islam as-Sunnah itu mempunyai kepimpinan yang diketuai oleh seorang ketua ‘ulil amri’ atau imam atau amir. Dan, kelima ada ikrar janji atau ikat janji disebut bai’at antara pemimpin atau imam atau amir dengan ahli jemaah yang mengikat kedua-dua pihak, yakni ikrar ikat janji itu mengikat imam dan ahli jemaah. Sah keIslaman seseorang itu apabila lima pra-syarat ini wujud.
[Nota: Para ulama’ dan para ilmuwan Islam Malaysia menggunakan istilah ‘ahlus sunnah wal-jamaah’ dengan berpendirian bahawa sesiapa yang mengamalkan Islam berpandukan fahaman empat mazhab – as-Syafie, al-Maliki, al-Hanbali dan al-Hanafi – dikira sebagai tergolong dalam ‘ahlus sunnah wal-jama’ah’ itu. Penulis tidak mahu komen tetapi mereka yg berpendapat sedemikian bolehlah rujuk kepada nas dan dalil al-Quran serta as-Sunnah yg dituliskan dan takriflah sendiri.]
Ada lima ketetapan yg perlu ada bagi mengesahkan sesuatu kumpulan atau golongan umat Islam itu tergolong dalam istilah 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu, iaitu:
1. Mengakui tiada Tuhan kecuali Allah (a.w), dan mengakui keEsaan Allah (a.w), dan Rasulallah (s.a.w), itu adalah Pesuruh Allah (a.w) yang wajib dijadikan contoh (model) ikutan dan yang menentukan segala sesuatu tentang cara dan kaedah serta bentuk-bentuk pengabdian terhadap Allah (a.w);
2. Panduan hidup sebagai seorang iman dan panduan ibadah dan amalan adalah al-Quran dan as-Sunnah;
3. Mereka bersatu dan bersepakat sesama Islam dalam satu jemaah, i.e. anuti Islam secara berjema'ah;
4. Jemaah Islam as-Sunnah itu mempunyai kepimpinan yang diketuai oleh seorang ketua ‘ulil amri’ atau imam atau amir; dan
5. Ada ikrar taat setia atau ikat janji setia disebut 'bai’at' antara pemimpin atau imam atau amir dengan ahli jemaah yang mengikat kedua-dua pihak, yakni ikrar ikat janji itu mengikat imam dan ahli jemaah.
Jika wujud kelima-lima ciri ini, maka golongan tersebut adalah golongan 'ahlus sunnah wal-jama'ah'.
Jazakalahhu khairah

No comments:

Post a Comment