Assalamualaikum,
Sujud mengikut as-Sunnah (Sambungan)
Kita telah lihat, dalam post yg lalu, bagaimana kelakuan Rasulallah (s.a.w) ketika hendak Sujud dan ketika Sujud. Ada kaedah hendak Sujud yg disukai oleh Rasulallah (s.a.w). Kita teliti di bawah ini sandaran hadith perkara tersebut supaya lebih jelas lagi:
Kita telah teliti sepotong hadith dhaif yg diriwayatkan oleh an-Nasa'i dalam post yg lalu, cara yang afhdal, kelakuan Sujud itu adalah berpandukan sabda Rasulallah (s.a.w) dalam hadith-hadith berikut:
1. Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ketika Sujud salah seorang kamu maka janganlah kamu menjatuhkan lutut kamu seperti menjatuhkan unta (menjatuhkan kedua-dua kaki dan lututnya), dan meletakkanlah kedua tangan kamu sebelum meletakkan kedua lutut kamu.’ [Hadith sahih an-Nasa’i]
Kaedah Sujud ini adalah lebih kemas, manis serta baik dan afdhal, yakni: membongkok, letakkan kedua tangan dahulu, kemudian letakkan kedua lutut barulah letakkan kepala (dan hidung). Dan, apabila bangun daripada Sujud untuk duduk di antara dua Sujud, hendaklah diangkat ponggong dahulu kemudian kepala, kemudian kedua lutut dan akhirnya barulah diangkat kedua-dua tangan. Sempurna Sujud itu apakala badan kita diluruskan (yakni, bila tetap dan diam cukuplah tama’ninah). Tama’ninah itu rukun fardu solat:
2. Diriwayatkan oleh Ibn Masud al-Ansari (r.a) katanya: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tiada memadai dan tiada sah solat (mereka) yang tiada membetulkan (yakni, meluruskan pada solat itu oleh lelaki) akan tulang belakangnya serta (ada) tama’ninahnya pada Rukuk dan Sujud.’ [Hadith sahih at-Termidzi]
Di dalam hadith di atas Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa perlakuan yang tidak menunjukkan tama’ninah membatalkan solat:
3. Diriwayatkan hadith oleh Wail bin Hujri (r.a) dengan katanya: ‘Telah aku lihat akan Rasulallah (s.a.w) akan solatnya iaitu apabila Sujud ia menghantar ia akan dua lututnya dahulu daripada dua tangannya. Maka apabila sudah turun lutut dahulu maka diapun meletakkan tangannya langsung Sujud dan apabila bangun Rasullah (s.a.w) kerana berdiri, mengangkat dia akan dua tangannya dahulu daripada dua lututnya.’ [Hadith sahih at-Termidzi]
Di dalam hadith Bukhari, disebutkan bahawa Rasulallah (s.a.w) meletakkan kedua tangannya ke tempat Sujud kemudian baru meletakkan kedua lututnya dan diikuti dengan kepalanya (dahi dan hidung). Dalam hadith Ibnu Majah dan at-Termidzi ada hadith menyebutkan semasa Sujud itu didahulukan kedua lutut kemudian kedua-dua tangan dan barulah diletakkan kepala (yakni, dahi dan hidung) ke tempat Sujud itu. Tetapi, Rasulallah (s.a.w) kurang berkenan dengan cara ini, dan menyuruh mendahulukan kedua tangan kemudian barulah kedua lutut:
4. Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ketika sujud salah seorang daripada kamu, maka janganlah menjatuhkan (kedua-dua) lutut kamu seperti unta menjatuhkan lututnya, dan (hendaklah) meletakkan kedua-dua tangan kamu sebelum (meletakkan) kedua-dua lutut kamu.’ [Hadith sahih Abu Daud]

Hadith di atas ini menunjukkan bahawa Rasulallah (s.a.w) lebih suka dalam perlakuan Sujud itu kita dahulukan meletakan kedua telapak tangan di tempat solat kemudian baru meletakkan kedua lutu dan kepala. Ketika Sujud itu hendaklah kita pastikan tujuh anggota Sujud berada di atas tempat solat (i.e. seumpama sejadah), iaitu, satu, kepala (yakni, dahi dan hidung mencecahi sejadah); dua dan tiga, kedua-dua telapak tangan terbuka jari-jarinya bertentangan dengan kedua telinga; empat dan lima, kedua-dua lutut dan enam dan tujuh, kedua-dua hujung jari kedua kaki kita ditegakkan di sejadah. Ketika sudah betul ketujuh-tujuh anggota Sujud itu letaknya, maka kita bacalah Tasbih Sujud, iaitu 'Subhanarabial 'ala' sahaja, tanpa ditambah dengan kalimah ''Azim'.
5. Diriwayatkan daripada Abi Humaidi bin al-Saidi (r.a): ‘Bahawasanya adalah Nabi (s.a.w) apabila dia Sujud membolehkan hidung dan dahinya kena bumi (yakni, tempat sujud, seperti tikar atau sejadah), dan kedua-dua tangannya renggang dari dua lembongnya (yakni, bahagian perut atau badannya), dan meletakkan telapak tangannya membetuli (yakni bersetentangan dengan) dua bahunya. Demikianlah kelakuan Nabi (s.a.w) Sujud itu.’ [Hadith sahih at-Termidzi]
Dalam hadith ini disebutkan pula satu daripada dua kaedah letaknya kedua-dua tangan kita itu, iaitu bertepatan dengan bahu. Di dalam hadith sebelumnya, diletakkan bertepatan dengan cuping telinga. Kedua-dua kaedah letak ini boleh kita gunakan. kalau meletakkan bertepatan dengan cuping telinga (atau bahu), maka hendaklah seterusnya sedemikian dalam solat tersebut, jangan dicampuradukkan pula.
6. Diriwayatkan hadith daripada Ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Aku diperintahkan supaya Sujud dengan tujuh anggota (iaitu) (pertama) dengan dahi (dan sambil menunjukkan hidungnya, yakni termasuk juga hidung), (kedua dan ketiga) dua tangan, (keempat dan kelima) dua kaki, (yakni, bahagian lutut, dan keenam dan ketujuh) hujung dua telapak kaki. Dan, dilarang (ketika Sujud) melapisi dahi dengan pakaian dan jangan (juga) rambut (yang terurai, memisahkan dahi dan hidung dengan tempat solat).’ [Hadith Muslim]
Hadith ini pula menambah kepada kaedah berSujud itu, iaitu supaya jangan bahagian kepala (i.e. dahi) tidak dihalangi dari terkena tempat Sujud (seumpama sejadah) oleh kain atau lain-lain benda, seumpama serban.
Insya Allah, kita akan sambung kemudian nanti perlakuan untuk Duduk antara Dua Sujud pula sehingga kita bangun semula berdiri tegak untuk rakaat yg berikutnya.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment