Saturday, January 2, 2010

Orang Iman, Kafir dan Munafiq dan Bid'ah

Assalamualaikum,
Menyambung perbincangan kita tentang tajuk 'pembaharuan dalam perkara ugama' atau bid'ah, kita diperingatkan oleh Allah (a.w) dalam Surah al-Kauthar bahawa sesiapa yg mengubah, meminda dan menambah kepada syariat Islam, diakhirat kelak tidak dibenarkan menghampiri telaga al-Kauthar, yg jika diminum airnya, tidak akan haus selama-lamanya berada di padang makhsyar. Kita diberitahu melalui as-Sunnah bahawa apabila kiamat dunia, semua manusia semenjak zaman Adam (a.s) sehinggalah saat berlakukan kiamat, akan berhimpun di padang makhsyar untuk mendapatkan Kitab Catatan Amalan kita. Itulah perhimpunan agung terbesar bagi manusia. Perhimpunan agung UMNO tidak sehebat itu. Inilah perhimpunan agung yg paling ramai manusia hadhiri - malah semua manusia hadhiri. Orang yg tidak bersyahadah, i.e. tidak Islam, tidak akan berhimpun, kerana orang yg tidak Islam tidak akan diberikan Kitab Catatan Amalan mereka, kerana tiada suatu apapun amalan yg baik pada kaca mata manusia itu baik di sisi Allah (a.w) maka mereka akan terus dirantai oleh malaikat dan dihalau ke neraka dengan serta merta.
1. Firman Allah (a.w): 'Dan, sesiapa yang mengikuti selain Islam sebagai ugamanya maka tidak sekali-kali diterima Allah (a.w) darinya (i.e. ugama dan segala kebaikan); dan dia di akhirat kelak dari orang yg tersangat rugi (i.e. masuk neraka).' [Ayat 85, Surah ali-Imran]; dan
2. Firman Allah (a.w): 'Sesungguhnya orang-orang yg membeli kekafiran dengan iman (i.e. yg kekal ingin kafir) ... mereka akan mendapat azab yg pedih (i.e. neraka)' [Ayat 117, Surah ali-Imran]; dan
3. Firman Allah (a.w): 'Sesungguhnya orang yg kafir dan mati mereka kafir maka tidak akan diterima oleh Allah (a.w) dari salah seorang mereka hartanya sebesar dan seisi bumi sekalipun untuk menebus dosa kekafirannya terhadap Allah (a.w), bagi mereka itu azab yg pedih dan tiadalah bagi mereka orang yg dapat menolong.' [Ayat 91, Surah ali-Imran]
Oleh kerana segala 'amalan baiknya di dunia' tidak mendapat apa-apa ganjaran pahala (i.e sia-sia semata-mata, maka mereka tak perlu berhimpun kerana tiada Kitab Catatan Amalan bagi mereka. Maka dengan itu mereka terus dicampakkan ke dalam neraka.
Hanya orang yg bersyahadah - orang imam, orang pasiq (i.e. orang yg melanggar perintah Allah (a.w) dan perintah RasulNya) dan orang munafiq (i.e. orang yg berpura-pura dalam Islam) - akan berhimpun. Jika kita melakukan dosa, kita diberi masa untuk brtaubat sehingga nyawa kita sampai ke kerongkong, apabila ditaubatkan Allah (a.w) bersedia mengampuni kita, maka dosa-dosa yg tercatit dalam Kitab Catatan Amalan kita akan terpadam. Jika tidak ditaubatkan, keka dalam catatan. Orang yg munafiq pula akan berhimpun sebagaimana orang iman yg lain untuk menerima Kitab Catatan Amalannya. Tetapi, yg tercatit dalamnya hanyalah dosa-dosa, kerana tiada sebarang ganjaran pahala disebabkan dia berpura-pura beriman. Orang munafiq akan dicampakkan ke dalam dasar neraka, lebih terkebawah kedudukannya berbanding dengan kafir. Inilah ketetapan Allah (a.w):
4. Firman Allah (a.w): 'Sesungguhnya orang-orang munafiq itu (ditempatkan) di dalam dasarnya neraka dan kamu tidak sekali-kali akan mendapatkan seorangpun yg akan menolong mereka.' [Ayat 145, Surah an-Nisa']
Siapakah yg dikatakan munafiq? Antaranya mereka yg bersyahadah mereka mengakui bahawa Allah (a.w) Tuhan mereka. Mereka mengakui bahawa Rasulallah (s.a.w) adalah utusan Allah (a.w) yg menyampaikan Islam dan syariatnya dan yg mengajarkan bagimana hendak menepati ketetapan Allah (a.w) dalam Ayat 56 Surah az-Zariat, serta lain-lain ketetapan, antaranya, Ayat 7 Surah al-Haysr dan Ayat 13 Surah an-Nisa' dan, setelah diberitahu bukti mengenai sesuatu perintah dan ketetapan yg terdapat dalam al-Quran dan as-Sunnah, sebagaimana disebutkan pada Ayat 115, Surah an-Nisa', mereka kekal tidak menerima atau mereka menolak atau mereka berhujjah sebaliknya menegakkan atau kekal dengan pendirian mereka yg batil.
Mudah-mudahan kita setelah diberitahu bahawa tiada 'bid'ah' yg hasanah (i.e. 'bid'ah hasanah') kekal berdegil, tidaklah tergolong dari kalangan orang-orang yg digam Allah (a.w) sebagai munafiq. Kerana jika Rasulallah (s.a.w) tegah kita lakukan bid'ah walaupun ada hujjah para alim ulama' dahulu kala ataupun semasa yg meyakinkan, kita wajib ikuti ketetapan Rasulallah (s.a.w) iaitu semua bid'ah adalah kesesatan!
1. Sabda Rasulallah (s.a.w): 'Man akhdatha fi amrina haza malaisa minhu fahua raddun.' [Maksud: Barangsiapa mengadakan pembaharuan dalam perkara aku (yakni, syariat ugama Islam) yang ianya bukan daripadaku (yakni, didatangkan daripadaku), maka dia (yakni, amalannya) ditolak] [Sahih Bukhari]; dan
2. Sabda Rasulallah (s.a.w): 'Man ‘amila ‘amalan laisa ‘alaihi amruna fahua raddun.' [Maksud: Barangsiapa beramal dengan suatu amalan (yang amalan itu) selain daripada perkara atau urusanku (yakni, yang didatangkan oleh aku), maka dia (yakni, amalannya) ditolak] [Sahih Muslim]; dan
3. Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Tiap-tiap perkara baru (yakni, segala amalan baru yang tidak diajarkan atau dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) atau diamalkan oleh khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin) adalah bid’ah dan tiap-tiap bid’ah adalah sesat (yakni, menyimpang dari jalan satu yang lurus, iaitu jalan ugama Islam yang haq atau benar yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w)) dan tiap-tiap kesesatan dalam neraka.’ [Hadith sahih Muslim dan an-Nasa’i]
4. Diriwayatkan hadith daripada Khuzaifah (bin Yaman) (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tidak diterima oleh Allah (a.w) orang-orang yang menjadi ahli (yakni, pengajar, penganjur dan pengamal) ‘bid’ah’ puasa mereka, dan tidak diterima solat mereka, dan tidak diterima sedekah mereka, dan tidak diterima haji dan umrah mereka, dan tidak diterima jihad mereka, dan tidak diterima ibadah-ibadah sunat mereka dan tidak diterima ibadat wajib (atau fardu) mereka yang lain. (Orang yang mengajar, menganjur dan mengamalkan ‘bid’ah’ itu) Keluar mereka daripada Islam sebagaimana keluarnya sehelai rambut (yang ditarik) dari adunan tepong roti (tidak memberi bekas sedikitpun segala amalan dan ibadahnya)’. [Hadith Ibnu Majah]
[Nota: Sebagaimana tidak memberi bekas kepada rambut tepung roti beradun itu kepada rambut. Mereka beramal dan beribadah tetapi tidak ada pahala kerana tidak diterima Allah (a.w). Perbuatan yang sia-sia semata-mata. Lebih bahaya sudah pasti, mengikut hadith itu, terkeluar dari Islam dan menjadi kafir.]
Kita akan teliti kemudian nanti bahawa mereka yg mengamalkan sesuatu yg bid'ah tidak dibenarkan oleh Allah (a.w) menghampiri Telaga al-Kauthar di padang makhsyar kelak. Mreka tidak diterima Allah (a.w) sebagai umat Muhammad (s.a.w). Tidak diakui umat Muhammad (s.a.w) bererti tidak diterima sebagai orang Islam, wal iyazubillah.
Semoga kita diberi petunjuk oleh Allah (a.w) untuk mengikuti al-Quran dan as-Sunnah, insya Allah. Amin
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment