Assalamualaikum,
Apabila kita mempelajari as-Sunnah kita akan diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa seseorang yg terbaik akhlaknya dan menjaga dirinya dari membuat kesalahan itu masih melakukan sejumlah 2,500 dosa-dosa kecil sehari semalam! Justeru itu, kita yg bukanlah seorang Islam yg terbaik pastilah melakukan dosa-dosa yg jauh lebih banyak. Para ulama' memberitahu kita bahawa kita boleh menghapuskan dosa-dosa kita itu dengan berbagai cara, antaranya ketika mengambil wudu', ketika mengerjakan solat-solat sunat, ketika berbuat baik kepada orang lain dsbnya, maka akan terhakislah dosa-dosa tersebut. Rasulallah (s.a.w) memberitahu mengucapkan istighfar sebanyak mungkin setiap hari akan mengkifarahkan dosa-dosa kita itu.
Orang Islam itu digalakkan sentiasalah memohon keampunan kepada Allah (a.w) setiap masa dan ketika, pagi petang, siang dan malam. Kerana, sebagai manusia sudah pastilah kita sering melakukan pelbagai dosa – yang besar dan yang kecil, yang jelas dan yang tidak terang (i.e. tidak diketahui), yang sengaja dan yang tidak disengaji – maka berdosalah kita. Mengucapkan kalimah ‘astaghfirullah’ adalah proses bertaubat memohon Allah (a.w) ampuni dosa kita. Di dalam sepotong hadith, kita juga sering diperingatkan oleh para ulama semasa kuliah Maghrib dan kuliah Subuh, bahawa Rasulallah (s.a.w) ‘maksum’ (yakni, tidak berdosa) memohon keampunan Allah (a.w) tujuh puluh (70) kali sehari. Inikan pula kita, yang pastinya sentiasa melakukannya.
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Abbas (r.a) berkata bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Sesiapa yang mempebanyakkan (membaca) ‘istighfar’, (i.e. kalimah ‘Astagh firullahil azim; Allazi lailaha ilallah, hual haiyul qaiyum wa atubu ilaika’) maka Allah (a.w) akan memberikannya jalan keluar dari segala kesempitan, kesukaran, dan memberikannya rezki dari arah yang tidak disangka-sangka, diperhitungkan.’ [Hadith Imam Ahmad]
Selain mengucapkan istighfar memohon Allah (a.w) leburkan dosa kita, hadith di atas memberikan pula kemanfaatan yang lain pula, iaitu:
· Pertama, kita dikurniakan Allah (a.w) jalan untuk menyelesaikan pelbagai kesukaran yang kita tempohi dalam hidup kita;
· Kedua, kita diberi laluan untuk mencari jalan penyelesaian kepada segala bentuk kesempitan yang kita hadapi; dan
· Ketiga, kita diberikan Allah (a.w) sumber-sumber atau tambahan rezki dari sumber atau punca - kita tidak ketahui atau yang tidak kita sangkapun.
Bagi kita yg sering meinum di kedai kopi India Muslim kita sering terbaca 'ayat 100 dinar'. Kini orang Melayupun sudah meniru perbuatan kaum India Muslim itu dengan memaparkannya di kedai-kedai atau warung makanan dan minuman mereka. Sebenarnya, tiada sandaran as-Sunnah mengenai, namun masyarakat telah diajarkan amalan ini beberapa generasi mak sudah menjadi kelaziman dan telah diyakini tentang manfaatnya.

Begitulah utamanya dan bermanfaatnya kalimah ‘istighfar’ kepada kita. Untuk mendapat kurniaan Allah (a.w) wajarlah kita jadikan sabda Rasulallah (s.a.w) itu panduan kita setiap masa.
Mudah-mudahan kita berkesempatan mengamalkan pesanan Rasulallah (s.a.w) ini. Insya Allah, Amin
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment