Assalamualaikum,
Kita orang Melayu yg kononnya Islam dikejutkan dengan berbagai-bagai berita ngeri dan sensasi seolah-olah orang Melayu bukanlah Islam sebenarnya! Sering kita membaca berita tentang ibubapa yg sumbang mahram dengan anaknya sendiri, abang atau adik lelaki sumbang mahram dengan kaka atau adik perempuan sendiri, ibu melakukan seks dengan anak lelaki, ibu bapa mendera anak-anak sendiri, bayi yg dilahirkan diluar nikah oleh anak-anak remaja dibuang dalam jamban atau tong sampah, anak gadis belasan tahun mengadakan seks beramai-ramai dengan rakan taulan sebaya dan sebagainya. Tidak pula kita terbaca tentang masyarakat Cina atau India yg melakukan jenayah sebaagaimana dilakukan oleh orang Melayu.
Apabila ditanya sahabat handai, mereka membuat spekulasi bahawa orang Cina dan orang Indiapun buat juga tapi tak jadi berita sensasi, katanya. Kalau orang Melayu buat, kerana Melayu Islam, dan Islam memandu penganutnya dengan lebih terpimpin dalam serba serbinya, maka bermoral dan tertib serta terpandu, pasti tidak atau kurang melakukan jenayah sedemikian, katanya lagi. Tambahan pula katanya, bagi orang Cina dan India itu, seks bebas pra-perkahwinan adalah satu syarat dalam permulaan mencari kesesuaian rakan kongsi rumah tangga. Maka dengan itu ada ibu bapa Cina dan India yg membenarkan anak perempuannya keluar bebas mencari pasangan dan menutup mata apabila mereka melakukan seks pra-nikah dalam proses mencari jodoh. Maka dengan itu ada ibubapa Cina dan India yg membenarkan anak remaja mereka membawa ke rumah teman dan tidur di rumah mereka.
Hari ini ibubapa Melayupun ada yg membiarkan anak gadis mereka berkeliaran keluar malam dengan teman lelaki sampai larut malam sampai jam 2 atau 3 pagi! Anak muda zaman ini amat kreatif dalam perkara seks bebas ini. Kita akan dapati ramai anak gadis yg membawa beg-belakang yg diisi dengan pakaian persalinan apabila keluar rumah. Remaja Melayu kini meniru kelakuan remaja Barat dengan menindik pusat, malah kemaluannyapun! Remaja memakai pakaian yg ketat sehingga menampakkan susuk dada mereka, sudah menjadi biasa. Ada yg memakai baju yg singkat sehingga jelas kelihatan buah dada mereka atau perut mereka. Anak muda zaman ini boleh melakukan seks bebas di tanah perkuburan Cina atau India, yg tidak pernah diziarahi oleh jabatan ugama seperti JAIS atau JAWI. Mereka boleh lakukan seks dalam kereka di taman bunga diatas motorsikal, di dalam kebun sawit, atau diatas pasir tepi pantai dalam gelap, di dalam hutan rekreasi, di hutan-hutan lipur yg dibangunkan oleh kerajaan. Malah, mereka tidak perlu ke hotelpun ... !
Ada juga rakan yg mengatakan bahawa oleh kerana akhbar dikuasi oleh pemodal bukan Melayu maka mereka memang suka memburuk-burukkan perkara kecil melibatkan orang Melayu, supaya akhirnya masyarakat majmuk Malaysia mempersoalkan kewibawaan orang Melayu sebagai pemimpin yg boleh diharap dan dipercayai. Ada juga betulnya pendapat sedemikian. Katanya lagi, berita-berita sensasi tentang Melayu yg kecil dibesar-besarkan. Ada juga rakan yg berkata, pemberita Melayu sendiri sukakan sensasi sebegini. Maka dengan itu katanya, tidak hairan jabatan ugama seperti JAIS dan seumpamanya suka mengintip muda-mudi melakukan pergaulan bebas atau melakukan pelbagai maksiat di tempat-tempat tersusuk ataupun tidak. Malah mereka seronok sampai memvideokan 'mangsa' mereka. Mereka merasa seronok dan teruja pula!
Ada rakan yg berkata semua ini berlaku kerana semakin runtuhnya kawalan ibubapa terhadap anak-anak mereka, terutama yg remaja. Mereka tidak ambil tahu atau tidak kisah di mana anak-anak mereka berada dan dengan siapa gadis mereka lepak. Tambahnya lagi, ini berlaku kerana mudamudi Melayu kini jahil tentang ugama mereka. Malah ibubapa merekapun jahil! Anak muda Melayu sekarang juga, katanya, anggapkan Islam hanya label ugama dan mereka sebenarnya mencontohi prilaku orang-orang Kristian, Budha atau apa-apa ugama, kerana mereka berpandangan semua ugama itu sama. Dan ugama tersebut tidak mengongkong!
Soalnya?
Salah siapa? Salah remaja? Salah ibubapa? Salah orang-orang ugama? Salah kemipinan masyarakat?
Penulis mempersalahkan para ulama' dan ilmuwan Islam! Kerana mereka diberikan ilmu mengenai Islam dan mereka diberi kefahaman mengenai Islam lebih dari orang lain. Mereka wajib ilmukan masyarakat! Tambahan pula, mereka digaji oleh masyarakat (i.e. kerajaan) untuk mengilmukan orang Islam dan membimbing mereka supaya lebih terpandu dalam hidup sebagai seorang Islam. Mereka sewajibnya membimbing masyarakat dan ibubapa orang Islam dalam mendisiplin diri dan kerluarga mereka. Tapi, rata-rata mereka yg memegang jawatan keugamaan di mana-mana tidak memainkan peranan. Mereka lebih seronok memainkan peranan yg ada ciri-ciri glamour - dalam upacara atau ritiual besar-besaran atau pembesar, polemik atau presentasi untuk dunia dan wilayah atau serantau tentang satu tajuk yg batil pula, bercakap dan berwawancara dalam TV dan lain-lain media. Mereka sendiri tidak mahu membuat sesuatu yg boleh menggugat kedudukan mereka dalam masyarakat.
Ilmu mengenai Islam dan syariatnya di Malaysia semakin jauh dari pandangan umat Islam, semakin diketepikan oleh kepimpinan Melayu dan kepimpinan Islam. Ilmu mengenai al-Quran dan as-Sunnah tidak pernah diberi keutamaan oleh kerajaan - pusat dan negeri - semenjak sekian lama. Tidak ada paksaan supaya anak-anak Melayu dimestikan masuk sekolah ugama, malah sekolah ugama kurang segala serbinya berbanding dengan sekolah biasa. Semakin tenatlah masyarakat Melayu dalam ugamanya apabila kerajaan memberhentikan pembelajaran tulisan dan bacaan Jawi semenjak 25 tahun yg lalu. Tanpa kefahaman menulis dan membaca Jawi lebih sulitlah bagi orang Melayu belajar sendiri al-Quran dan as-Sunnah. Lebih parah lagi, pihak pengurusan ugama Islam tidak pernah mengutamakan pengajaran ilmu as-Sunnah, walhal ilmu as-Sunnahlah yg membolehkan banyak panduan hidup dan panduan amalan serta ibadah yg wajib dan sunat dalam Islam dan syariatnya! Semua ini berlaku kerana pihak yg bertanggungjawab tentang Islam dan umahnya alpa dan tutup sebelah mata. Mereka lupa betapa besarnya beban tanggungjawab atas bahu mereka dan mereka akan ditanya di akhirat kelak apakah yg telah mereka lakukan untuk membetulkan segala kemungkaran dan kesilapan ini?
Memang Rasulallah (s.a.w) telah memberitahu kita bahawa tahun (hari) ini lebih buruk dari tahun (hari) kelmarin, dan tahun (hari) esok akan lebih buruk dari tahun (hari) ini. Namun mereka yg mempunyai tanggungjawab janganlah merasa selesa duduk dikerusi empuk, diberi gaji lumayan, kereta resmi, elaun yg banyak serta gelaran yg hebat...Lebih teruk lagi kalau mereka tidak mahu berusaha membetulkan kepincangan masyarakat, mengapakah dihalang orang atau pihak lain yg ingin menyumbang tenaga dan harta untuk membantu 're-align' akidah dan amalan orang Islam ke jalan yg dituntut oleh Allah (a.w) berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah? Mengapa perlu mereka di kawal atau dihalang?
Semoga umat Islam, terutama mereka yg bertanggung jawab, mula bangun dari tidur dan mimpi mereka di atas tilam dan bantal empuk mereka ... Amin.
Jazakallahu khairah
Assalamu'alaikom,
ReplyDelete1. Apa yg dikatakan memang benar dan merunsingkan bagi sesiapa yang benar2 ambil kisah ( dibaca yang BERIMAN )
2. Peranan Kerajaan - soalan pertama adakah betul Malaysia ini sebuah negara Islam? Atau setakat rhetoric saja tanpa mengambarkan perlaksanaan misalnya hukum2 Islam yang haq bersandarkan Ilmu Quran & Hadith. Kita telah diberitahu bahawa sebagai seorang Islam yang beriman perlu ta'at kepada Allah, Rasul dan Pemerentah. Siapa kah pemerentah yang dimaksudkan? Tidak lama dahulu ada timbul kes dimana mahkamah syarie telah menjatuhkan hukum sebat kepada seorang wanita yang telah didapati bersalah kerana minum arak secara terbuka. Tapi yang anda telah tahu ramai yang mempertikaikan hukum itu termasuk kerajaan. Yang menjadi tanda tanya kenapa hukum sebat yang dijatuhkan olih mahkamah sivil yang lebih dahsyat tidak pula dipertikaikan lansung termasuk human right group. Tutup aurat adalah hukum Allah tapi semua orang termasuk Kerajaan bukan saja tutup mata malah akan menghukum pula kepada sesiapa yang berani memberi teguran berkenaan isteri2 menteri yang terang2 tidak menutup aurat ketika bersama di upacara resmi. ( ibarat " macam ketam nak mengajar anaknya berjalan lurus )
bersambung ... part 2