Assalamualaikum,
Mengapa wajib berjema'ah? Kerana itulah perintah Allah (a.w) dalam Ayat 103, Surah ali-Imran:
1. Firman Allah (a.w): 'Dan berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah (a.w)(yakni, ugama Allah (a.w), iaitu Islam, yang syariatnya adalah al-Quran dan al-Hadith atau as-Sunnah) secara berjemaah dan janganlah kamu berfirqah-firqah (yakni, berpecah belah dan berpuak-puak atau berkumpulan yang terasing) ... ' [Ayat 103, Surah ali-‘Imran]
Dalam mentafsirkan firman Allah (a.w) ini banyak perbezaan, walaupun amat jelas maksudnya. Ada yg mengatakan 'anuti Islam seluruhnya'! Walhal, Allah (a.w) suruh berjema'ah dalam Islam. Maka dengan itu jugalah Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Diwajibkan atas kamu sekelian berjema'ah, dan jauhi firqah (i.e. perkumpulan atau mazhab).' [Hadith at-Termidzi]. Dan, Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa Allah (a.w) perintah dia laksanakan 'jema'ah' di kalangan umatnya:
2. Diriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sesungguhnya Allah (a.w) redha (yakni, sukakan) bagi kamu tiga perkara: (pertama) tidak menyekutukan akan Dia (Allah (a.w))(yakni, syirik) dengan sesuatu apapun, (kedua) dan bahawa berpegang teguh dengan tali Allah (a.w) (yakni, ugama Allah (a.w), iaitu ugama Islam) secara berjemaah, dan (ketiga) jangan berpecah belah (atau berfirqah-firqah atau bermazhab-mazhab); dan benci Allah (a.w) bagi kamu tiga perkara (iaitu) (pertama) banyak berkata-kata dan bercakap-cakap, dan (kedua) banyak soal (tentang ugamanya) dan (ketiga) pemboros atau membazirkan harta.] [Hadith Muslim]
Hadith di atas memerintahkan umat Islam supaya berjema'ah dan jangan menubuhkan perkumpulan atau firqah atau mazhab. da ulama' menyebutkan 'firqah najiah' yg selemat, tapi mentakrifkan sebagai orang yg majoriti dalam Islam dikala ini! 'Firqah najiah' itu adalah 'ahlus sunnah wal-jama'ah'.
3. Firman Allah (a.w): 'Wahai orang-orang yang beriman taatlah kamu akan Allah (a.w) (yakni, ikuti al-Quran) dan taatlah kamu akan Rasulallah (s.a.w) (yakni, ikuti as-Sunnah) dan (taatkan) ‘uli amri’ dari kalangan kamu (yang memiliki perkara, yakni mereka yang diberikuasa oleh jemaah umat Islam untuk menguruskan hal ehwal jemaah Islam), [Ayat 59, Surah an-Nisa’]
Kemudian,yg lebih jelas lagi adalah hadith berikut daripada Omar b Khattab (r.a):
4. Diriwayatkan hadith daripada Tamin ad-Daramii (r.a) berkata: ‘Telah berkata Omar ibnu Khattab (r.a): ‘Bahawasanya tidak dikatakan Islam seseorang yang mengaku Islam mereka kecuali dengan berjemaah, dan tidak ada dikatakan berjemaah umat Islam itu kecuali dengan beramir atau berimam. Dan tidak ada keamiran atau keimaman kecuali dengan taat (yakni, wujud budaya taatkan amir atau imamnya). Maka barangsiapa yang dijadikan pemimpin (yakni, amir atau imam) untuk memimpin kaumnya (yakni, jemaahnya) atas kefaqihan atau kefahaman (tentang as-Sunnah ugamanya) maka ada kehidupan (yakni, selamat atau berbahagia dan tenteramlah) baginya (yakni, bagi amir atau imam) dan bagi kaumnya (yakni, bagi jemaahnya), dan barangsiapa menjadi pemimpin kaumnya atau jemaahnya atas sifat-sifat selainnya (yakni, seperti jahil dia tentang syariat ugamanya atau atas pertimbangan-pertimbangan lain) adalah rosak bagi amir atau imam itu dan rosak bagi kaumnya atau jemaahnya.’[Hadith sahih ad-Daramiu]
Ada para ulama' yg mempersoalkan hadith ini, kerana bukan Rasulallah (s.a.w) yg bersabda! Walhal, Rasulallah (s.a.w) sudahpun memerintahkan kita supaya 'berjema'ah'. Hanya Omar (r.a), dengan lebih tegas, memberikan ciri 'jema'ah' tersebut dalam konteks Islam, dalam hadith di atas itu. Rasulallah (s.a.w) menyuruh umat Islam supaya ikuti jalan (i.e. sunnah) khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin yg empat selepas beliau. Malah Rasulallah (s.a.w) mengingatkkan yg Islam bahawa kata-kata Omar (r.a) dibenarkan oleh Allah (a.w).
5. Diriwayatkan hadith daripada Abi Zarr (r.a) berkata: ‘Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Bahawasanya Allah (a.w) meletakkan kebenaran atas lisan (yakni, ucapan atau kata-kata) Omar (ibni Khattab) (r.a) berkata dengan lidahnya.’ [Hadith sahih Ibnu Majah]
Rasulallah (s.a.w) sebelum beliau wafat memerintahkan jema'ah Islam supaya selepas ketiaadaan beliau, ikuti sunnah Abu Bakar s-Siddiq dan Omar b Khattab, radiallahu 'anhum.
6. Diriwayatkan hadith daripada Huzaifah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ikutilah dengan dua orang selepas aku (yakni, sesudah ketiadaan aku nanti) Abu Bakar (as-Siddiq) (r.a) dan Omar (ibni Khattab) (r.a).’ [Hadith sahih at-Termidzi]
Malah, Rasulallah (s.a.w) memberitahu para sahabat, jikalah beliau bukan nabi openutup (i.e khtatamal nabiyin) dan ada seorang nabi selepas beliau, maka nabi itu pastilah Omar b Khattab (r.a). Kata-kata Rasulallah (s.a.w) itu adalah benar kerana Rasulallah (s.a.w) berucap hanya dengan sandaran wahyu.
7. Diriwayatkan hadith daripada ‘Uqbah bin ‘Amirin (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Jikalau adalah sesudahku seorang Nabi nescaya dia adalah Omar bin Khattab (r.a).’ [Hadith sahih at-Termidzi]
7. Diriwayatkan hadith daripada ‘Uqbah bin ‘Amirin (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Jikalau adalah sesudahku seorang Nabi nescaya dia adalah Omar bin Khattab (r.a).’ [Hadith sahih at-Termidzi]
Dalam hadith berikut, Rasulallah (s.a.w) menyebutkan apabila ada orang Islam bertiga, sudah wajib bagi mereka mengadakan sistem keimaman dengan mengangkat salah seorang dari mereka bertiga menjadi imam mereka sama ada apabila bermestautin di suatu tempat di bumi Allah (a.w) atau dalam musafir. Jika tidak mengangkat seorang imam di kalangan mereka, 'tidak halal' hidup mereka di bumi Allah (a.w).
Maka dengan itu, seseorang yg Ilsam itu jika berjema'ah dan mada imam di kalangan mereka, barulah hidup mereka sah Islam dan halal hidup mereka di dunia. Bukan sahaja umat Islam wajib berjema'ah dalam Islam, mereka juga wajib mengangkat seorang Imam di kalangan mereka untuk mentadbiruruskan jema'ah umat Islam. Inilah ketetapan hadith-hadith berikut:
8. Di dalam satu riwayat yang lain, bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tidak halal bagi tiga orang di permukaan bumi ini kecuali mengangkat menjadi imam (amir) atas mereka salah seorang daripada mereka.’ [Hadith Imam Ahmad]
9. Diriwayatkan hadith dari Abi Said al-Khudri (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Ketika keluar kamu bertiga di dalam bermusafir (yakni, perjalanan) maka menjadikanlah imam/amir salah seorang daripada kamu.’ [Hadith Abu Daud]
10. Diriwayatkan hadith dari Nafi’ dari Abi Salamah dari Abi Hurairah (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Ketika ada kamu bertiga di dalam musafir (perjalanan) maka menjadikanlah imam/amir salah seorang kamu.’ Berkata Nafi’ (r.a): ‘Berkata aku kepada Abi Salamah: ‘Maka anda/engkau menjadi amir (pengurus) kami.’ [Hadith Abu Daud]
10. Diriwayatkan hadith dari Nafi’ dari Abi Salamah dari Abi Hurairah (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Ketika ada kamu bertiga di dalam musafir (perjalanan) maka menjadikanlah imam/amir salah seorang kamu.’ Berkata Nafi’ (r.a): ‘Berkata aku kepada Abi Salamah: ‘Maka anda/engkau menjadi amir (pengurus) kami.’ [Hadith Abu Daud]
Ketetapan itu menyebutkan jika ada hanya tiga orang Islam di bumi Allah (a.w), mereka wajib menubuhkan satu jema'ah dan mengangkat salah seorang dari mereka sebagai Imam. Ini wajib walaupun setakat mengangkat salah seorang mereka menjadi Imam mereka bertiga kalaupun bermusafir di bum,i Allah (a.w).
11. Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin ‘Amru (r.a) berkata: ‘Bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Tidak halal (yakni, berdosa) bagi tiga orang umat Islam dalam suatu jemaah yang berada di muka bumi ini kecuali melantik imam atas mereka salah seorang daripada mereka (yang bertiga itu).’ [Hadith sahih Imam Ahmad]
[Nota: Kita diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa tidak halal Islam kita semasa hidup kita jikalah jika kita bertiga kita tidak melantik salah seorang antara bertiga itu seorang untuk menjadi pemimpin atau imam. Jika kita gunakan analogi, ayam itu adalah antara haiwan yang pada hakikatnya halal dimakan. Namun, ianya menjadi halal dari segi realitinya apabila disembelih mengikut ketetapan Islam. Ayam tersebut, walaupun halal pada hakikatnya, yakni boleh dimakan oleh orang Islam dagingnya, namun tetap tidak halal jikalah tidak disembelih mengikut ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Begitu juga Islam. Seseorang yang Islam itu betul benar-benar Islam sekiranya dia tidak mengikuti ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan as-Sunnah. Jika tidak halal maka segala ibadah dan amalanya tetap tidak diterima selagi tidak berada dalam jemaah as-Sunnah. Apabila berada dalam jemaah as-Sunnah barulah benar-benar seseorang itu Islam.]
Demikianlah pentingnya 'jema'ah' dalam Islam dan pentingnya dalam suatu jema'ah itu ada seorang pemimpin (i.e. Imam atau Amir), untuk menjadikan kehidupan umat Islam di dunia ini halal di sisis Allah (a.w). Oleh sebab itulah juga pada saat kewafatan Rasulallah (s.a.w), dalam menguruskan persemadian jenazah Rasulallah (s.a.w), mereka gentar takutkan haram kehidupan mereka di dunia kerana ketiadaan Rasulallah (s.a.w) yg memimpin jema'ah umat Islam. Maka dengan itu, orang-orang Ansar (i.e. penduduk asal Madinah) telah melantik Imam mereka, begitu juga orang-orang Muhajirin (i.e. penduduka Mekah yg berhijrah ke Mekah) juga mengangkat seorang Imam, sehinggalah Omar b Khattab (r.a) berbai'at dengan Abu Bakar (r.a) dan sekali gus mengangkat beliau Imam jema'ah Islam, dan akhirnya dipersetujui oleh kumpulan Ansar dan Muhajirin.
Berpandukan nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah ini, kita wajar bertanya: Apakah hidup kita sebagai orang Islam sekarang ini halal atau haram? Halal jika ada seorang Imam di kalangan kita. Haram jika tiada? Adakah boleh seorang Imam itu seorang yg sudah mati, sebagaimana adanya pendapat di kalangan pengikut Imam as-Syafie, bahwwa Imam as-Syafielah Imam mereka? Jika itulah hakikatnya, mengapakan jema'ah Islam setelah mendapat tahu Rasulallah (s.a.w) sudah wafat bergegas mencari seorang untuk dilantik sebagai khalifah atau imam dan berbai'at dengannya? Semua ini kerana ingin menghalalkan kehidupan mereka setelah ketiadaan Rasulallah (s.a.w) yg memimpin jema'ah Islam
Sama-samalah kita renungi. Atau, mungkin para ulama' dan ilmuwan Islam yg berilmu sekarang ini sama-sama fikirkan. Atau mereka menolak wajibnya umat Islam itu berjema'ah dan mengangkat seorang Imam memimpin mereka?
Jazakalahhu khairah
No comments:
Post a Comment