Thursday, January 14, 2010

Solat: Terlewat hampir-hampir luput waktu?

Assalamualaikum,
Dalam blog ini penulis utamakan panduan segala sesuatu dalam Islam - dalam konteks ibadah dan amalan - cara dan kaedah mengerjakannya berdasarkan semata-mata ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Itulah panduan yg haq dalam segala sesuatu dalam Islam. Penulis tidak akan beritahu pembaca kata-kata atau cakap-cakap atau panduan manusia, walaupun ulama' sekalipun, selagi ulama' yg dirujuk tidak memberikan sandara nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah. Oleh yg demikian, pembaca dan pengikut blog tidak perlu ragu tentang kesahihan yg disebutkan.
Dalam konteks solat, ramai diantara kita yg kesibukan sehingga telah hampir luput waktu sesuatu solat itu, baru kita teringat hendak mengerjakannya! Dalam Islam adalah tidak wajar seseorang Islam yg nginkan kerahmatan Allah (a.w) itu senagaja melambat-lambatkan tugas mengerjakan solatnya bila tiba waktunya, sama ada secara berjema'ah atauun, jika tidak dapat berjema'ah, bersolat bersendirian. Pahala solat itu, selain ketertiban dan keikhlasan mengerjakannya, bergantung juga kepada menghormati waktunya. Namun, jika dalam keterpaksaaan, kita terlewat, dan hampir luput waktunya, apakah yg perlu kita lakukan?
Kita lihat hadith berikut yg memberikan kita panduan mengenai permasalahan kita ini.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa mendapat satu rakaat dari solat Subuh sebelum bahawa terbit matahari, maka sungguh-sungguh mendapat (dia) solat Subuh, dan barangsiapa mendapat satu rakaat dari solat ‘Asar sebelum bahawa terbenam matahari, maka sungguh-sungguh mendapat (dia) solat ‘Asar.’ [Hadith Muslim, Kitab Solat]
Dalam kes ini adalah merujuk kepada Solat Subuh, kerana solat inilah yg sering tertinggal oleh orang Islam kerana terlewat bangun tidur. Mengikut hadith di atas, Rasulallah (s.a.w) memberikan ketetapan bahawa jika kita terlewat, hendaklah kita segera kerjakan dan jika kita dapat sempurnakan satu rakaat solat Subuh, i.e. apabila sempat kita selesaikan rakaat pertama, kemudian naik matahari, yakni luput waktu Subuh, hendaklah kita teruskan rakaat keduanya dan 'salam'. Kita tetap dikira telah mendapat keseluruhan solat Subuh itu, walaupun matahari sudah terbit ketika kita berada pada rakaat kedua.
Yg harus diingatkan adalah walaupun kemudahan sedemikian diberikan oleh Islam kepada kita, tidaklah kita menjadikan amalan biasa mensolatkan solat-solat kita pada waktu-waktu yang hampir kepada waktu haram bersolat. Di dalam hadith lain disebutkan bahaw salah satu sifat munafiq itu mengerjakan solat pada saat-saat waktunya hampir luput.
Waktu-waktu yg haram dikerjakan solat adalah tiga, iaitu:
1. Ketika matahari terbit (sunrise) dan nak naik - di pagi hari;
2. Ketika tegak matahari (mid-noon) - ketika nak bermula waktu Zohor; dan
3. Ketika terbenam matahari (i.e. Sunset) - ketika nak bermula waktu Maghrib.
Dalam ketiga-tiga ketika ini Islam melarang kita mengerjakan solat. Jika tidak kesempatan, lebih baik menunggu antara 15 atau 20 minit, apabila masuk waktu, maka kita solatlah dengan mendahulukan solat fardu yg tertinggal (i.e. terlewat) tadi itu, kemudian baru dikerjakan solat fardu yg kemudiannya. Contoh: Jika kerana sebab yg amat terdesat tak sempat Solat 'Asar, dan kita berada di saat waktu haram, dan akan tiba waktu Maghrib. Kita tunggu dahulu, kemudian apabila masuk waktu Maghrib, kita wudu' dan solatkan 'Asar dahulu, kemudian kita solatkan Solat Maghrib.
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment