Assalamualaikum,
Sebelum kita pergi jauh dalam menyemak ilmu kita tentang Islam dan syariatnya, elok kita fahami beberapa hakikat berikut, yg perlu kita sentiasa ingati sebagai latarbelakang. Pertama, Allah (a.w) itu Tuhan alam semesta, dunia dan selepasnya. Manusia itu adalah hambaNya. Allah (a.w) itu wujud dalam alam yang ghaib, yakni tiada siapa melihat dan mengetahui sifat-sifatnya selain sifat-sifat yang disebutkan oleh Allah (a.w) sendiri di dalam al-Quran. Atau, sifat-sifat yang disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam al-Hadith melalui wahyu Allah (a.w). Antara sifat-sifat Allah (a.w) tersebut adalah sifat-sifat yang bertepatan dengan nama-nama Allah Aja Wajal (a.w), iaitu Asmaul Husna. Tuhan, iaitu Allah (a.w) itu wujud sebelum wujudnya tujuh lapis langit dan bumi dan segala makhluk di dalamnya (konsep al-Awalu). Dan, Allah (a.w) juga bersifat al-Akhiru apabila semua yang ada di dunia dan di langit musnah, yakni apabila Qiamat dunia, Allah (a.w) tetap kekal. Allah (a.w) menjadikan manusia yang pertama, Nabi Adam (a.s), kemudian isterinya, Hawa (a.s), dari tulang rusuk Adam. Kemudian Allah (a.w) mengembangkan manusia melalui hubungan kedua ibu bapanya.
Kedua, Allah (a.w) memiliki kuasa yang sebenarnya, kerana walau apapun berlaku kepada dunia dan manusia, Allah (a.w) kekal hidup. Yang membezakan keimanan di kalangan manusia adalah keyakinan mereka tentang kewujudan Allah (a.w) dan alam ghaib yang mereka yakin melalui ilmu yang disampaikan kepada mereka daripada Allah (a.w) melalui utusan-utusan Allah (a.w) semenjak manusia pertama Adam (a.s) dan isterinya, Hawa (a.s). Manusia tidak mungkin Islam apabila mereka percaya kepada pandangan manusia bahawa manusia itu wujud melalui proses evolusi, iaitu pendapat manusia, seumpama Charles Darwin (melalui karangannya ‘The origin of the Species’).

Ketiga, Allah (a.w) melantik manusia pilihanNya untuk menjadi Rasul bagi menyampaikan ugamaNya, Islam, serta menyampaikan perintahNya terhadap hambaNya, manusia. Rasul adalah orang perantaraan antara manusia dengan Tuhan mereka, Allah (a.w). Perintah Allah (a.w) itu disampaikan melalui wahyu dan melalui perantaraan Jibrail (a.s), ketua atau penghulu kepada semua malaikat, yang merupakan makhluk Allah (a.w) yang sentiasa taat kepadaNya dan menjalankan segala perintahNya.
Keempat, manusia yang Islam itu wajib ingatkan hakikat bahawa mereka dijadikan oleh Allah (a.w), yakni diberi kesempatan hidup, semata-mata untuk mengabdikan diri (i.e. pendeknya beribadah) kepadaNya. Kehidupan itu dan segala sesuatu yang manusia mendapat manfaat dari kehidupannya, adalah nikmat yang dikurniakan oleh Allah (a.w). Sebagai mensyukuri nikmat tersebut, manusia wajib melakukan segala sesuatu yang disuruhNya dan meninggalkan segala sesuatu yang ditegahNya.
Kelima, manifestasi pengabdian manusia terhadap Allah (a.w) adalah melalui amalan dan ibadah harian ataupun berkala yang dikerjakan oleh mereka, sebagai tanda kesyukuran mereka terhadap pencipta mereka. Kesyukuran kerana diberi kesempatan hidup dan menerima pelbagai nikmat selainnya. Dan, sebagai membalas kembali segala nikmat yang diterimanya sepanjang hayatnya di dunia, dengan mengerjakan apa yg disuruh dan meninggalkan yg ditegah.
Keenam, manusia menjalani kehidupannya dengan berpandukan kepada perintah Allah (a.w), iaitu ‘taatkan Allah (a.w)’ (yakni, ikuti ketetapan al-Quran) dan ‘taatkan Rasulallah (s.a.w)’ (yakni, ikuti ketetapan as-Sunnah). Manusia Muslim itu, selain memandu kehidupan mereka berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, mereka juga wajib berada dalam suatu jemaah umat Islam. Tanpa berjema'ah belum boleh dikira Islam [Hadith]. Maka dengan itu, mereka wajib ‘taatkan ulil amri’ (i.e. mereka yg berkuasa menguruskan jema'ah Islam) mereka. Ulil amri diwajibkan mentadbiruruskan jemaah berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Tiada panduan lain.
Ketujuh, semua manusia akan mati setelah habis tempoh yang ditetapkan oleh Allah (a.w) baginya – kadar umurnya – dan, tertakluk kepada apa yang dilakukannya semasa hidupnya, mereka akan menjalani hukuman semasa di kubur, sebelum menjalani hukuman ketika qiamat dunia, dalam alam akhirat. Ada dua saja kesudahan manusia setelah matinya di akhirat kelak iaitu baik amalannya masuk syurga dan buruk amalannya masuk neraka [al-Quran]. Yang berjaya masuk syurga hanyalah mereka yang Islam yang menepati ketetapan keIslaman yang dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), iaitu mereka yang menepati ciri-ciri atau spesifikasi Islam ‘as-sunnah wal-jamaah’ – taatkan Allah (a.w) (yakni, ikuti al-Quran), taatkan Rasulallah (s.a.w) (yakni, ikuti ketetapan as-Sunnah), taatkan ‘ulil amri’ (yakni, kepimpinan) jemaah mereka, dan berada dalam jemaah Islam (i.e. as-sunnah wal-jamaah). Ketaatan kepada 'ulil amri' dibatasi oleh hakikat bahawa hanya jika 'ulil amri' itu menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, i.e. tidak melanggar atau bercanggah dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, hendaklah ditaati 'ulil amri'. Segala ketetapan 'ulil amri' yg bersifat maksiat - bertetentang dengan al-Quran dan as-Sunnah - tidak wajr di dengar dan tidak perlu ditaati oleh jema'ah umat Islam. ‘ulil amri’ yang mentadbiruruskan jemaah Islam yg menyimpang dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah di akhirat kelak tidak mencium bau syurga. Perintah, termasuk ijtihad 'ulil amri', selain al-Quran dan as-Sunnah adalah batil. ‘Ulil amri’ - hiraki pentadbiran jema'ah umat Islam - wujud kerana Islam ada ugama yg wajib dianuti secara berjema'ah. Tanpa, jema'ah segala amalan dan ibadah umat Islam tidak mendapat ganjaran pahala dan tidak diterima Allah (a.w). [Nota: Insya Allah akan kita teliti hakikat ini kemudian nanti]. Kita akan perjelaskan juga maksud serta manifestasi konsep ‘as-sunnah wal-jamaah’ ini kemudian, kerana konsep ini banyak disalahfaham dan disalahtafsir oleh majoriti umat Islam, termasuk para ulama' dan ilmuwan Islam, sama ada yg mengaji di pondok atau yg mengaji di menara gading institusi tertinggi akademik Islam sendiri.
Kedelapan, dunia akan qiamat dan manusia akan dibangkitkan dan berhimpun di padang makhsyar untuk menerima Kitab Catatan Amalan masing-masing. Jika amalan kebaikan mengatasi amalan keburukan semasa di dunia, maka Kitab diberikan di sebelah kanan. Mereka ini berjaya mendapat syurga. Jika sebaliknya mereka menerima Kitab di sebelah kiri. Mereka ini akan masuk neraka. Sesiapa yang tidak Islam, yakni tidak mengakui Allah (a.w), Tuhan mereka yang Esa, tidak akui dan terima Muhammad (s.a.w), Rasul atau Utusan Allah (a.w) kepada manusia, adalah tidak Islam. Mereka akan masuk neraka secara otomatis, tanpa dihisab [al-Quran]. Orang yang syirik, yakni mengakui ada kuasa ketuhanan selain Allah (a.w), akan masuk neraka. Mereka yang berpura-pura Islam, iaitu orang munafiq, juga akan masuk neraka. Mereka ini berada di bahagian terkebawah jurang neraka, lebih hina dari yang musyrik dan kafir.
Kesembilan, manusia yang mengakui dirinya Islam – yakni yakin mereka bahawa Allah (a.w) yang ghaib itu Tuhan mereka yang Esa dan Muhammad (s.a.w) itu Utusan atau Rasul Allah (a.w) yg memimpin mereka dalam Islam, akan mendapat syurga, setelah dibersihkan dari dosa akibat perbuatan buruk mereka di dunia. Jelasnya, semua orang Islam akan masuk neraka dahulu kecuali mereka yang tidak berdosa. Semua yg Islam tetapi tidak tergolong dalam golongan 'ahli as-Sunnah wal-jama'ah' akan masuk neraka [al-Quran dan as-Sunnah]. Segala dosa melayakkan mereka yang melakukannya disiksa dalam neraka untuk sesuatu tempoh yang lamanya hanya Allah (a.w) yang tahu dan menentukan. Dosa hanya terampun dengan kehendak Allah (a.w) apabila manusia memohon keampunan dari Allah (a.w), yakni, mereka bertaubat, dan Allah (a.w) berhaq menerima taubat manusia atau sebaliknya. Namun, Allah (a.w) memberitahu manusia bahawa Dia (Allah (a.w)) adalah Zat yang Maha Memberi Ampun. Jika dosa kita tidak diampunkan Allah (a.w), tetap melalui tempoh siksaan dalam neraka. Namun, mereka yang yakin dengan kewujudan Allah (a.w) dan mengakui dalam hati kecilnya bahawa 'tiada tuhan selain Allah (a.w)' akan mendapat syurga akhirnya.

Mudah-mudahan semua pengikut serta pembaca blog ini ingat selalu sembilan perkara ini apabila meneliti fakta, nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah yg dibicarakan dalamnya. Mudah-mudahan pembaca dalam menatapi blog ini membuka minda dan hati, supaya memudahkan dimasukkan hidayah Islam yg haq ke hati sanubari, insya Allah. Amin
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment