Assalamualaikum,
Orang Islam itu digalakkan sentiasalah memohon keampunan kepada Allah (a.w) setiap masa dan ketika, pagi petang, siang dan malam. Kerana, sebagai manusia sudah pastilah kita sering melakukan pelbagai dosa – yang besar dan yang kecil, yang jelas dan yang tidak terang (i.e. tidak diketahui), yang sengaja dan yang tidak disengaji – maka berdosalah kita. Mengucapkan kalimah ‘astaghfirullah’ adalah proses bertaubat memohon Allah (a.w) ampuni dosa kita. Di dalam sepotong hadith, kita juga sering diperingatkan oleh para ulama semasa kuliah Maghrib dan kuliah Subuh, bahawa Rasulallah (s.a.w) ‘maksum’ (yakni, tidak berdosa) memohon keampunan Allah (a.w) tujuh puluh (70) kali sehari. Inikan pula kita, yang pastinya sentiasa melakukan.
Disebutkan dalam hadith lain bahawa seseorang Islam yang tinggi mertabat keimanan dan ketaqwaannyapun melakukan sebanyak 2,500 dosa-dosa kecil sehari semalam. Inikan pula manusia yang sumpama kita ini pastilah berlipat ganda pula dosa yang kita lakukan. Maka wajarlah kita beristighfar sebanyak yang termungkin dan termampu,
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Abbas (r.a) berkata bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Sesiapa yang mempebanyakkan (membaca) istighfar, maka Allah (a.w) akan memberikannya jalan keluar dari segala kesempitan, kesukaran, dan memberikannya rezki dari arah yang tidak disangka-sangka, diperhitungkan.’ [Hadith Imam Ahmad]
Selain mengucapkan istighfar memohon Allah (a.w) leburkan dosa kita, hadith di atas memberikan pula kemanfaatan yang lain pula, iaitu:
• Pertama, kita dikurniakan Allah (a.w) jalan untuk menyelesaikan pelbagai kesukaran yang kita tempohi;
• Kedua, kita diberi laluan untuk mencari jalan penyelesaian kepada segala bentuk kesempitan yang kita hadapi; dan
• Ketiga, kita diberikan Allah (a.w) sumber-sumber atau tambahan rezki dari sumber atau punca - kita tidak ketahui atau yang tidak kita sangkapun.
Dimensi manfaat atau kefadhalan ketiga itu seumpama ‘ayat seribu dinar’ yang sering dipamirkan oleh pengusaha kedai, terutama kedai makan India dan seumpamanya.

Mudah-mudahan kita berkesempatan menjadi suatu kelaziman mengamalkan isi kandungan pesanan Rasulallah (s.a.w) ini, insya Allah. Amin
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment