Assalamualaikum,
Alhamdulillah, kita telahpun tahu bagaimana berwudu' - panduan tentang rukun, proses dan kaedahnya yg betul - berpandukan ketetapan as-Sunnah. Penulis ingin memperingatkan pembaca sekali lagi bahawa cara dan kaedah berwudu' yg tidak menepati atau sejajar dengan kaedah dan cara yg dicontohkan (i.e. ditunjukkan) oleh Rasulallah (s.a.w) tidak sah. Dengan lain perkataan, wudu' yg berlainan dari wudu' cara Rasulallah (s.a.w) tidak diterima dan tidah sah. Jika tidak sah, maka segala amalan dan ibadah yg mensyaratkan wudu' yg sah juga batal dan tidak sah dan tidak diterima. Oleh itu, eloklah kita ulangi proses dan kaedahnya.
Cara Rasulallah (s.a.w) berwudu' adalah seperti berikut:
1. Berniat dalam hati (tanpa menzahirkan niat)
2. Menyebut kalimah 'Bismillah' (bukan 'Basmalah'), cukup boleh didengar oleh telinga kita sendiri, apabila memulakan proses wudu'
3. Membasuh kedua-dua tangan sampai ke bahagian pergelangannya, mula dengan tangan kanan, kemudian kiri (3 kali)
4. Berkumur-kumur sambil bersekali memasukkan air (i.e. menghisap air) ke dalam hidung, kemudian serentah menyemburkannya dari mulut dan hidung keluar (3 kali)
5. Membasuh muka dengan meratakan air pada kawasan dahi, pipi, sebelah telinga dan kawasan di bawah dagu (3 kali)
6. Membasuk kedua-dua tangan supaya sampai air melebihi kawasan siku, mulai dengan tangan kanan, kemudian tangan kiri (3 kali)
7. Menyapu air wudu; dengan kedua-dua telapak tangan bahagian kepala, dimulakan dari bahagian atas dahi ditarik kedua-dua tangan ke belakang sampai ke bahagian tengkuk, kemudian mengembalikan kdua tangan ke depan semula, sampai bahagian atas dahi (sekali)
8. Membasuh kedua-dua kaki sampai ke bahagian atas kedua buku lali, kaki kanan dahulu, kemudian kaki kiri, dan pastikan bahagian tumit dikenai air (sekali)
9. Menamatkan proses wudu' dengan membaca dua kalimah syahadah (dan, kalau mau, doa pendek wudu', dengan syarat mengangkat kedua-dua tangan sebagaimana berdoa.
Mengikut ketetapan as-Sunnah, itulah proses wudu' terbaik, sebagaimana dibuat oleh para rasul dan nabi ketika berwudu', termasuklah Rasulallah (s.a.w) sendiri.
Wudu' paling minima dan wudu' itu sah, adalah membasuh muka, kedua tangan, dan kedua kali sekali atau dua kali basuhan.
Sesiapa yg berwudu' dengan sedemikian proses dan kaedah, maka gugurlah dosa-dosa kecil yg dilakukannya dalam tempoh antara dua wudu'. Maka bersihlad dia dari dosa-dosa kecil.
Kalau saudara ingin mendapat pahala tambahan, sebagaimana yg dicontohkan oleh Bilal b Rabah (r.a), muazzin Nabi (s.a.w), dan perbuatan itu disahkan oleh riaksi Rasulallah (s.a.w), bolehlah kerjakan dua rakaat Solat Sunat Wudu'.
Mudah-mudahan, setelah mendapat ilmunya mengenai proses dan kaedah berwudu', ini kita dapat melakukannya mulai dari sekarang. Jika dulu tidak berwudu' tidak menepati kaedah di atas, eloklah mulai saat ini, kita perbetulkan. Kitalah yg menentukan apakah wudu' kita sah atau sebaliknya. Amin
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment