Monday, December 21, 2009

Solat mengikut as-Sunnah

Assalamualaikum,
Kita telah teliti sabda Rasulallah (s.a.w) tentang suruhan beliau mengenai solat, iaitu: 'Sollu kama -raaitumuni usalli' [Maksud: Berolatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat] [Hadith Bukhari]. Hadith penuhnya, yg boleh di dapati dalam Kitab Sahih Bukhari, adalah berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Qilabah (r.a) bahawa Malik (r.a) menceritakan kepadanya dengan berkata: ‘Kami datang kepada Nabi (s.a.w) (untuk belajar ilmu syariat uagama Islam) sedangkan kami pemuda-pemuda yang hampir sebaya. Kami tinggal bersama beliau (yakni, belajar dengan beliau) selama dua puluh malam. Rasulallah (s.a.w) sangat halus perwatakannya. Sebab itu, setelah beliau mendengar bahawa kami ingin bertemu (yakni, merindui) dengan keluarga kami, beliau menanyakan kepada kami tentang keluarga yang kami tinggalkan. Lalu kami ceritakan kepada beliau. Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Kembalilah kamu kepada keluarga kamu dan tinggallah bersama mereka, ajarkanlah dan suruhlah mereka.’ (Kata Malik: ‘Disebutkan oleh beliau beberapa hal, ada yang kami ingat dan ada yang tidak ingat kami. Diantara sabda beliau:) ‘Sollu kama ra-aitumuni usalli’ [Maksud: Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat] [Nota: sengaja dituliskan kerana ramai para ulama' dan penceramah menyebutnya dalam kuliyah Maghrib atau Subuh, tetapi kekal melakukan sesuatu atau mengajarkan sesuatu yg bertentangan dengan pesanan Rasulallah (s.a.w) ini], apabila tiba waktu solat hendaklah azan salah seorang di antara kamu, dan yang paling tua (hendaklah) menjadi imam.’ [Hadith Bukhari]
Di dalam hadith ini seorang pemuda bernama Malik menceritakan kepada Abi Qilabah, bahawa dia bersama-sama rakan-rakannya yg lain belajar tentang Islam dan syariatnya dengan Rasulallah (s.a.w), kemudian apakala ramai rakannya teringat dan merindui kampong halaman dan keluarga, maka Rasulallah (s.a.w) telah menasihatkan mereka supaya kembali (i.e. balik kampong masing-masing), dan ajarkan keluarga mereka apa yg mereka telah diajarkan dan suruh keluarga merela kerjakan apa yg telah diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w). Dalam menyebut apa-apa yg diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w) itu, yg paling dia ingat adalah kalaimah-kalimah tersebut: 'Sollu kama ra-aitumuni usalli' itu. Maka dengan itulah, bagi mereka yg benar-benar faham tentang syariat Islam, khususnya syariat melibatkan solat itu, mereka hendaklah kaji dan fahami bagaimana Rasulallah (s.a.w) bersolat.
Sehubungan itulah Allah (a.w) perintahkan kita dalam segala perbuatan hendaklah kita lakukan hanya dengan ilmu: 'Wa-la taqfu ma laisa bihi ilmun' [Maksud: Janganlah kamu lakukan sesuatu yg kamu tiada ilmu mengenainya] [Ayat 36, Surah al-Isra'] dan Rasulallah (s.a.w) berpesan: 'Al-ilmu qabla amal' [Maksud: Beramallah hanya dengan ilmu.] [Hadith at-Termidzi]. Janganlah ikuti atau dengar cakap si-anu dan sipolan tanpa menyemak ilmunya. Yg rugi kita. Memang yg mengajarkan kita yg salah, dan dia rugi, malah kita pula mengamalkan sesuatu yg batil yg diajarkannya, maka kita berdoa dan mengirim dosa padanya, tanpa mengurangi sedikitpun dosa kita, wal iya zubillah. Semamang yg mengajar kebatilan itu rugi, tapi kita juga rugi - sama-sama rugi. Kalau kita ajarkan yg haq, kita dapat pahala, kita untung, yg belajar dengan kita dapat pahala, dia untung, dan dia pula mengirimkan pahala kepada kita, tanpa menjejaskan pahala dirinya, masya Allah!
Mulai hari ini dan saat ini, mudah-mudahan kita dapat benar-benar beramal hanya dengan ilmu yg haq. Semaklah semula solat kita. Apakah kita telah bersolat menepati as-Sunnah? Amin
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment