Assalamualaikum,
hari ini Jum'at 1hb Muharram 1431 -tahun baru umat Islam. Sudah 1430 tahun Rasulallah (s.a.w) berhijrah dari Mekah ke Madinah untuk mengembangkan Islam apabila masyarakat Arab Kuraisy menentang pengajaran ugama yg haq di Mekah. Rasulallah (s.a.w) menjadikan Madinah pusat dahwah dan pengembangan ugama Islam. Masyarakat Madinah lebih receptif untuk menerima Islam berbanding dengan masyarakat Arab Mekah.
Kita di Malaysia memperingatkan hijrah Rasulallah (s.a.w) dengan mengadakan pelbagai ritual - ritual yg tidakpun disuruh oleh Islam kita buat - dengan mengadakan perakan besar-besaran. Hari inilah pihak berkuasa akan mengumumkan tokoh-tokoh 'Maal Hijrah'. Selain 'tokoh-tokoh' yg berugama Islam, ada juga orang China atau India, yg tidak Islam, akan dianugerhakan ketokohan tersebut. Ini agak anih kerana adakah mereka telah menyumbang kepada bersemaraknya aqidah Islam dan pembangunan umat Islam yag beriman dan bertaqwa?
Yg utama pada kita adalah kita hendaklah menyemak semula ilmu serta amalan kita, apakah kita telah berhijrah atau melangkah lebih jauh dalam menguasai ilmu mengenai Islam? Apakah kita telah membuat anjakan paradigma untuk menjadi orang Islam yg lebih baik, berbanding tahun sebelumnya? Apakah kita telah melakukan sesuatru untuk fi sabilillah - dengan harta dan kekayaan kita atau dengan keringat dan titik peluh kita untuk memberi kefahaman kepada orang Islam tuntutan Islam yg haq?
Anjakan paradigma kita dalam Islam sepatutnya bermula dengan mempelajari ilmu mengenai Islam dan syariatnya supaya kita lebih terpandu dalam hidup kita sebagai orang Islam yg beriman dan mengerjakan amal dan ibadah yg menepati ketetapan Allah (a.w), iaitu kita benar-benar faham tentang Islam dan syariatnya yg haq. Kefahaman ini hanya didapati apabila kita mengilmukan diri kita dalam dua ilmu yg haq iaitu ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah. Itulah sahaja ilmu yg wajib kita pelajari, kuasai dan fahami. Itu sajalah panduan yg haq bagi seseorang yg Muslim dan beriman.
Allah (a.w) berfirman: '... wala taqfu ma laisa bihi ilmun ... [Maksud: Janganlah kamu lakukan (atau kerjakan atau buat sesuatu) perlakuan yg kamu tiada ilmu mengenainya terlebih dahulu] [Ayat 36, Surah al-Isra'].

Kemudian, Rasulallah (s.a.w) pula bersabda memberi kita tahu lakukan perkara yg sama:
Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Al-ilmu qabla amal' [Maksud: Beramallah hanya dengan ilmu] [Hadith at-Termidzi].
Maksudnya, hendaklah kita belajar, tahu ilmunya dan barulah kita kerjakan sesuatu, terutama amalan dan ibadah, dalam Islam, kelak kita akan ditanya di akhirat. Jika kita lakukan sesuatu,maka akan membahayakan aqidah serta menghapuskan ganjaran pahala segala amalan kita!
Islam bukanlah ugama yg boleh kita anuti dengan cara ikut-ikutan, atau kita kerjakan sesuatu kerana majoriti orang kerjakannya, atau kerana itulah yg kita warisi dari nenek moyang kita. Islam hendaklah dianuti dengan berpandukan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Panduan selainnya adalah batil, dan membahayakan aqidah keIslaman kita.
Mudah-mudahan kita sempat melapangkan masa demi kesejahteraan akhirat kita dengan mempelajari ilmu al-Quran dan as-Sunnah daripada guru atau mubaligh yg faham dan faqih tentang kedua-dua ilmu tersebut. Amin

Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment