Assalamualaikum,
Oleh kerana ramai pihak yg suka bercakap tentang 'ahlus sunnah wal-jama'ah', malah ramai pula para ilmuwan dan akedmik Islam yg membuat penyelidikan yg bertahun-tahun dan secara terperinci serta melihat fikiran cerdik pandai zaman semasa dan zaman silam, tentang topik ini elok kita teliti apa Allah (a.w) (i.e. al-Quran) kata dan apa Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah) kata. Kerana kalaulah kita kaji pandngan dan pendapat manusia tak akan berkesudahan dan tidak akan terjumpa apa kita nak cari! Jika ada 1,001 orang manusia yg memiliki macam-macam kelayakan duniwai mereka, maka terdapat 1,001 macam pendapat dan takrifan serta hujjah mereka tentang golongan 'ahlus sunnah wal-jama'ah' ini..
Sebenarnya, jika kita teliti ilmu yg haq - iaitu al-Quran dan as-Sunnah - dan kita teliti sumber ilmu yg haq - iaitu 51 kitab-kitab himpunan hadith (termasuk Kuttubul Sittah, yg kita semua tahu, malah pelajari pula), kita akan dapat jawapanya dengan amat jelas! Kita tak perlu sebijak personaliti yg bijak atau dianggapkan bijak oleh pengkaji dan penyelidik untuk dapat tahu dan faham siapakah golongan 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu!
Kita mulakan perbincangan kita tentang tajuk ini dengan meneliti firman Allah (a.w) berikut:
[Maksud: Dan berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah (a.w)(yakni, ugama Allah (a.w), iaitu Islam, yang syariatnya adalah al-Quran dan al-Hadith atau as-Sunnah) secara berjema'ah dan janganlah kamu berfirqah-firqah (yakni, berpecah belah dan berpuak-puak atau bermazhab-mazhab atau berkumpulan yang terasing) dan ingatlah akan nikmat Allah (a.w) atas kamu ketika ada kamu (sebelum datangnya Islam) bermusuh-musuhan dalam hati-hati kamu antara satu sama lain (yakni, sebelum datangnya Islam atau Rasulallah (s.a.w) diutuskan membawa ugama Islam, bilamana masyarakat Islam itu berpuak-puak, berperang antara satu puak dengan puak yang lain, bermusuh-musuhan sesama sendiri dan antara puak-puak atau kelompok, yakni mereka adalah masyarakat jahiliah) maka Allah (a.w) menjadikan kamu dengan nikmatnya (yakni, ugama Islam) kamu semua bersaudara (yakni, satu umat atau ummah) dan adalah kamu atas tepi jurang Neraka (yakni, tanpa Islam itu dan jika mereka tidak Islam sudah pastilah mereka mengalami neraka dunia kerana persengketaan dan permusuhan sesama mereka dan apabila mati dimasukkan ke dalam neraka kerana mengkufuri Allah (a.w) dan syirik terhadap Allah (a.w)), maka menyelamatkan (Allah (a.w) sekelian kamu) darinya (yakni, jurang Neraka itu), maka demikian itulah Kami (Allah (a.w)) terangkan bagi sekelian kamu tanda-tanda (kebesaran Allah (a.w)) mudah-mudahan kamu sekelian (umat Islam) mendapat hidayah (i.e. petunjuk, yakni beriman dan mengikuti perintah Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w)).] [Ayat 103, Surah ali-Imran]
Yg penting kita ambil perhatian adalah dua ketetapan dalam ayat tersebut, khususnya kalimah-kalimah berikut:
1. '... berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah (a.w)(yakni, ugama Allah (a.w), iaitu Islam, yang syariatnya adalah al-Quran dan al-Hadith atau as-Sunnah) secara berjema'ah...'
2. '... janganlah kamu berfirqah-firqah (yakni, berpecah belah dan berpuak-puak atau bermazhab-mazhab atau berkumpulan yang terasing)...'
Kita disuruh mengamalkan Islam secara berjema'ah dan kita ditegah atau dilarang berfirqah atau bermazhab (Nota: Mazhab adalah satu bentuk kelakuan berfirqah]
Apa pula ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah? Kita diberitahu dalam as-Sunnah bahawa Rasulallah (s.a.w) memberitahu umatnya seperti hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sesungguhnya Allah (a.w) redha (yakni, sukakan) bagi kamu sekelian (i.e. umat Islam) tiga perkara: (pertama) tidak menyekutukan akan Dia (Allah (a.w))(yakni, tidak syirik) dengan sesuatu apapun, dan (kedua) bahawa berpegang teguh dengan tali Allah (a.w) (yakni, ugama Allah (a.w), iaitu ugama Islam yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w)) secara berjemaah, dan (ketiga) jangan berpecah belah (atau berfirqah-firqah atau bermazhab-mazhab); dan benci Allah (a.w) bagi kamu tiga perkara (iaitu) (pertama) banyak berkata-kata dan bercakap-cakap, dan (kedua) banyak soal (tentang ugamanya) dan (ketiga) pemboros atau membazirkan harta.’ [Hadith Muslim]
Di dalam hadith di atas itu, ketetapan yg disampaikan Rasulallah (s.a.w) itupun jelas dan tidak kontroversial sedikitpun! Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa Allah (a.w) sukakan tiga perkara jika diamalkan oleh hambaNya yg Islam: iaitu
1. Jangan syirik (i.e. menduakan Allah (a.w), yakni mengambil sesuatu yg lain memiliki kuasa ketuhanan dan disembah;
2. Supaya umat Islam anuti Islam secara berjema'ah
3. Umat Islam jangan berfirqah-firqah (i.e. bermazhab-mazhab).
Jika kita yg Islam amalkan sedemikian Allah (a.w) sukakan kita. Tambahan pula Rasulallah (s.a.w) mengatakan bahawa Allah (a.w) bencikan hamabaNya yg Islam tiga perkara, iaitu:
1. Banyak bercakap-cakap (i.e. berpolemik, berdiskusi, berdebat, berseminar, mencari pelbagai hujjah untuk menegakkan sesuatu yg batil atau apakala diberitahu sesuatu ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, dibahaskan pula dan dicari pula pendapat orang lain mengenainya)
2. Banyak soal (i.e. jangan banyak cerewet) tentang ugama (i.e. bila disebutkan begitu dan begini dalam al-Quran dan bila disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w) sesuatu, jangan banyak soal sebagaimana umat-umat zaman sebelum Islam menyoal para rasul dan nabinya). Maka dengan itulah Allah (a.w) sebut dalam al-Quran seseorang yg iman itu apakala diberitahu sesuatu ketetapan itu dia berkata 'sami'na wa-ato'na' [Maksud: Kami dengar dan kami taat].
3. Boroskan harta (i.e. membazirkan anugerah rezki yg dikurniakan Allah (a.w) kepada kita dengan membelajakannya pada jalan yg batil dan kemudian bakhil untuk tujuan fi sabilillah pula)
3. Boroskan harta (i.e. membazirkan anugerah rezki yg dikurniakan Allah (a.w) kepada kita dengan membelajakannya pada jalan yg batil dan kemudian bakhil untuk tujuan fi sabilillah pula)
Maka dengan itulah, Rasulallah (s.a.w) memberitahu umatnya bahawa d akhir zaman kelak, i.e. sekarang sudahpun bermula, umat Islam akan berpecah-pecah dan tidak lagi mengamalkan Islam secara berjema'ah. Maka mereka gagal mendapat syurga.
Diriwayatkan hadith daripada Abi ‘Amirin Hauzani (r.a) katanya hadith daripada Muawiyah bin Abi Sufiyan (r.a), berkata (‘Amirin): ‘Bahawasanya berdiri Abu Sufiyan (i.e. berkhutbah) di kalangan kami, maka berkata dia (Muawiyah)(ketika itu Muayiwah adalah Amirul Mukminin (Amir) atau pemimpin jema'ah Islam selepas Ali (r.a)): ‘Ingatlah bahawasanya Rasulallah (s.a.w) telah berdiri di kalangan kami (i.e. suatu masa dahulu), maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ingatlah sesungguhnya barangsiapa sebelum kamu sekelian daripada ahli-ahli kitab (yakni, kaum Yahudi dan Nasrani) berpecah belah (yakni, berfirqah-firqah dan bermazhab-mazhab) mereka dalam ugamanya, dan bahawasanya ini ugama Islam berpecah (yakni, berfirqah-firqah pengikut-pengikutnya) atas 73 golongan, 72 golongan (masuk) di dalam Neraka, dan satu golongan (sahaja) masuk Syurga, dan golongan ini (adalah mereka yang Islam) dalam berjemaah (yakni, mengamalkan syariat Islam secara berjemaah) [Hadith sahih Abu Daud]
Di dalam hadith lain disebutkan bahawa golongan yang satu itu adalah mereka yang beramal dan beribadat berpandukan jalan atau sunnah Rasulallah (s.a.w) dan jalan atau sunnah sahabat yang empat, atau khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin, yang berpandukan dua sumber ilmu dan amalan iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Mereka yg menjadikan al-Quran dan as-Sunnah panduan hidup serta panduan ibadah dan amalan mereka, mereka akur dengan perintah dan suruhan terhadap segala sesuatu bersandarkan firman Allah (a.w) dan sabda Rasulallah (s.a.w); dan dimensi kedua adalah mereka anuti Islam secara berjema'ah.
Di dalam hadith lain disebutkan bahawa golongan yang satu itu adalah mereka yang beramal dan beribadat berpandukan jalan atau sunnah Rasulallah (s.a.w) dan jalan atau sunnah sahabat yang empat, atau khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin, yang berpandukan dua sumber ilmu dan amalan iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Mereka yg menjadikan al-Quran dan as-Sunnah panduan hidup serta panduan ibadah dan amalan mereka, mereka akur dengan perintah dan suruhan terhadap segala sesuatu bersandarkan firman Allah (a.w) dan sabda Rasulallah (s.a.w); dan dimensi kedua adalah mereka anuti Islam secara berjema'ah.
Ketaatakan golongan 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu adalah pertama-tamanya kepada Allah (a.w) dan kepada Rasulallah (s.a.w). Malah ketaatan terhadap Rasulallah (s.a.w) itu amat kritikal kerana jika mereka mentaati Rasulallah (s.a.w) sudah pasti mereka taatkan Allah (a.w), mengikut firman Allah (a.w) berikut:
Allah (a.w) berfirman: 'Mai uti’ir rasula faqad ata’allaha.' [Maksud: Barangsiapa taatkan Rasulallah (s.a.w) (yakni, mentaati Rasulallah (s.a.w) adalah dengan mengikuti as-Sunnah) sungguh-sungguh mereka telah mentaati Allah (a.w) …’ [Ayat 80, Surah an-Nisa’]
Apakah sebenarnya yg dikatakan 'berjema'ah' dalam Islam itu? Kita mulakan dengan meneliti firman Allah (a.w) dalam ayat al-Quran berikut:
Allah (a.w) berfirman: [Maksud: Wahai orang-orang yang beriman taatlah kamu akan Allah (a.w) (yakni, ikutilah ketetapan al-Quran) dan taatlah kamu akan Rasulallah (s.a.w) (yakni, ikutilah ketetapan as-Sunnah) dan ‘uli amri’ (yang memiliki perkara, yakni golongan yang memimpin) dari kalangan kamu, maka jika berselisihan kamu di dalam sesuatu (perkara mengenai ugama dan syariat Islam) maka kembalilah kepada Allah (a.w) (yakni, merujuk semula kepada al-Quran) dan RasulNya (yakni, merujuk semula kepada as-Sunnah atau al-Hadith) jika adalah kamu beriman dengan Allah (a.w) dan hari Akhirat, demikian itu lebih baik (bagi kamu) dan itulah sebaik-baik keputusan.] [Ayat 59, Surah an-Nisa’]
Ayat 59, Surah an-Nisa' in mengulangi Ayat 13, Surah an-Nisa': iaitu umat Islam itu taatkan Allah (a.w) (i.e. ikuti ketetapan al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti ketetapan as-Sunnah), tetapi tiada dalam Ayat 13 Surah an-Nisa' tersebut kerana ditambah dengan kalimah-kalimah 'taatkan ulil amri'. Dengan lain perkataan, umat Islam itu diwajibkan mentaati Allah (a.w) (i.e. ikuti ketetapan al-Quran) dan mentaati Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti ketetapan as-Sunnah), seperti dalam firman Allah (a.w) dalam Ayat 13, Surah an-Nisa dan diberitahu, jika engkar dan melanggar perintah-perintah Allah (a.w) dan Raulallah (s.a.w), maka hukumnya masuk neraka, firman dalam Ayat 14, Surah an-Nisa'. Dalam Ayat 59, Surah an-Nisa' itu, Allah (a.w) perintahkan kita yg Islam ini mentaati juga 'ulil amri' (i.e. mereka yg diberikuasa atau berkuasa terhadap jema'ah Islam). Tiada 'ulil amri' jika tiada 'jemaah Islam', kerana 'ulil amri' mentadbiruruskan jema'ah umat Islam. Jema'ah ini adalah suatu perkumpulan yg formal dan memiliki identiti serta ciri-ciri tertentu berdasarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, bukanlah bermaksud 'keseluruhan manusia yg menganuti Islam'! Ciri-ciri khusus berjema'ah itu adalah seperti berikut:
1. Ada kepimpinan yg disebutkan secara generic dalam al-Quran sebagai 'ulil amri' (i.e. hiraki kepimpinan yg diketuai oleh seorang 'Imam' atau 'Amir'
2. Ada perjanjian taat setia antara Imam atau Amir dengan 'rukyah' (i.e. rakyat atau jema'ah) yg disebut di dalam al-Quran dan as-Sunnah 'bai'at' (i.e. ikrar taat setia)
3. Rukyah atau jema'ah menjadikan pegangan harian mereka 'sami'na wa-ato'na mas-tota'na' [Maksud: deklarasi: 'Aku dengar' (yakni, dengar nasihat dan ketetapan Imam atau Amir), 'aku taat' (yakni, taatkan perintah dan ketetapan Imam atau Amir 'sekuatmampu'] Namun ketaatan kepada Imam atau Amir (i.e. ulil amri) itu tidaklah 'absolute', sebagaimana ketaatan kepada Allah (a.w) dan ketaatan kepada Rasulallah (s.a.w). Kerana, ketetapan Imam atau Amir tidak boleh mengatasi ketaatan kepada Allah (a.w) dan RasulNya. Maka dengan itulah dalam Ayat 59, Surah an-Nisa', bahagian keduanya, menyebut bahawa jika berlaku atau timbul perselisihan atau perbezaan pendapat antara Imam atau Amir dengan rukyah, maka keputusan menegnainya atau jalan penyelesaian kepada pertelingkahan itu adalah merujuk kembali kepada ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah). Allah (a.w) memberitahu itulah keputusan terbaik dan sebaik-baik penyelesaian terhadap sebarang perselisihan pendapat atau pandangan, bagi mereka yg inginkan kejayaan akhirat baginya.
Yg utama kita fahami adalah Imam atau Amir yg memimpin jema'ah orang iman itu adalah sebagaimana yg diperjelaskan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa mentaati aku (yakni, mentaati ketetapan as-Sunnah) maka sungguh-sungguh dia mentaati Allah (a.w), dan barangsiapa menentang aku (yakni, menentang atau tidak menerima ketetapan as-Sunnah) maka sungguh-sungguh dia menentang Allah (a.w), dan barangsiapa mentaati amirku (yakni, pemimpin umat Islam) maka sungguh-sungguh dia mentaati aku dan barangsiapa menentang amirku maka sungguh-sungguh dia menentang aku.’ [Hadith Bukhari, Kitab Akhkam (yakni Hukum) & juga hadith Muslim]
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata hadith daripada Nabi (s.a.w) yang bersabda: ‘Barangsiapa taatkan aku maka sungguh-sungguh dia taatkan Allah (a.w), dan barangsiapa menentang aku maka sungguh-sungguh dia menentang Allah (a.w), dan barangsiapa taatkan amirku (yakni, mereka yang dilantik amir) maka sungguh-sungguh dia taatkan aku, dan barangsiapa menentang amirku maka sungguh-sungguh dia menentang aku.’ [Hadith Muslim]
Hadith-hadith di atas ini megulangi ketetapan Allah (a.w) dalam Ayat 80 Surah an-Nisa' dan memberitahu kita bahawa sesiapa yg telah dilantik atau diangkat menjadi Imam atau Amir oleh kita dalam jema'ah orang Iman itu, kita wajib taatkan dia. Namun, jika perintah atau ketetapan Imam atau Amir bercabnggah dengan perintah dan ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan Rasulallah n(s.a.w) (i.e. as-Sunnah), maka kiat sekali-kali tidak dibenarkan taatkan Imam atau Amir yg membuat arahan atau perintah sedemikian! Inilah panduan hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Ibni Omar (r.a) katanya daripada Nabi (s.a.w) sesungguhnya telah bersabda: ‘Wajib atas setiap orang Islam itu mendengar dan taat (akan amir atau imamnya) di dalam apa-apa yang dia merasa senang (yakni, perintah yang disukainya) dan benci (yakni, perintah yang tidak disukainya), kecuali apabila diperintahkan (oleh amirnya) dengan membuat maksiat (i.e. sesuatu perkara yang tiada dalam al-Quran dan as-Sunnah), maka jika diperintahkan berbuat maksiat maka janganlah engkau dengar dan janganlah engkau taat (akan perintah dan suruhan mereka, i.e imam atau amir).’ [Hadith Muslim]
Buat masa ini, kita harus fahami Ayat 59, Surah an-Nisa' itu bahawa kita sebagai anggota jema'ah umat Islam' wajib taatkan Imam atau Amin (i.e. ulil amri) selagi ketetapannya tidak bercanggah dengan ketetapan al-Quran dn as-Sunnah. Jika bertentangan dengan as-Sunnah atau terdapat pertikaian atau perselisihan pendapat tentang sesuatu, jema'ah umat Islam wajib rujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah. Jema'ah tidak boleh merujuk kepada imam atau amir untuk menyelesaikan masa'ah atau perselisihan!
Hari ini ada pihak - termasuk ulama' atau mereka yg disanjung sebagai ilmuwan mentafsirkan bahawa 'ulil amri' itu adalah para ulama' arus perdana yg umat Islam majoriti ikuti nasihat dan fatwa mereka! Pendapat ini tidak betul. Pertama, seperti yg telah dijelaskan, ulil amri' adalah keseluruhan hirarki kepimpinan jema'ah Islam dari yg atas, iaitu Imam atau Amir, sehinggalah penasihat mereka, yakni para ulama', sehinggalah orang yg diberi tuga mengilmukan anggota jema'ah disesuatu unit pentadbiran jema'ah seperti wilayah, desa atau kampong. Kedua, ketaatan trhadap 'ulil amri' itu hendaklah tertakluk kepada ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Contoh, kalau seorang Imam menyuruh melakukan atau mengamalkan 'bid'ah', yg sememangnya ditegah oleh as-Sunnah, maka suruhan itu tidak perlu didengar dan dipatuhi.Buat sementara waktu kita tutup perbincangan kita setakat ini dahulu. Kita akan sambung kemudian, insya Allah.
Semoga pembaca yg sudi ikuti blog ini dapat sedikit kefahaman tentang pa yg dimaksudkan 'anuti Islam secara berjema'ah' itu. Kerana 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu memiliki dua dua ciri utama: iaitu, ikut al-Quran dn as-Sunnah semata-mata; dan anuti Islam secara berjema'ah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment