Assalamualaikum,
Membaca al-Quran itu sendiri mendatangkan banyak pahala, maka dengan itu jugalah sesiapa yg mengajarkannya dan belajar al-Quran mendapt pahala. Diberikan contoh pahalanya di dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Masud (r.a) berkata: ‘Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitab Allah (a.w) (yakni, al-Quran) maka baginya dengan membacanya itu satu ‘hasanah’ (kebaikan) dan satu kebaikan itu sepuluh seumpamanya. Tidak aku katakana 'alif lam mim' itu satu huruf, dan akan tetapi 'alif' satu huruf, dan 'lam' satu huruf dan 'mim' satu huruf.’ [Hadith at-Termidzi, hasan gharib] Fikirkanlah. Jika setiap hurup satu pahala (kebaikan bagi kita) apatah lagi membaca beberapa halaman ataupun sesuatu surah al-Quran.
Kita telah diberitahu sebelum ini, dalam post yg lalu, sesiapa yg belajar satu ayat al-Quran - belajar membacanya, memahaminya dan hafal akan dia - kita mendapat ganjaran pahala seumpama bersolat 100 rakaat solat sunat. Fikirkanlah betapa besarnya pahala selain pahala bagi setiap hurup yg kita baca. Kita juga telah diberitahu dalam post yg lalu bahawa mempelajari satu bab as-Sunnah - katalah bab mengenai 'Wudu' - kita mendapat pahala melebih pahala mengerjakan 1,000 rakaat solat sunat! Namun, segala-galanya tertakluk kepada keimanan kita. kalau iman kita nipis apapun yg dipesankan oleh Rasulallah (s.a.w) tidak kita endahkan.
Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a), hadith daripada Abi Musa as-Syaari (r.a), kata (Abi Musa) hadith daripada Nabi (s.a.w) yang bersabda: ‘Gambaran seorang yang beriman yang membaca al-Quran itu adalah seperti buah limau. Dimakan dia sedap dan baunyapun sedap (menyerbak). Dan gambaran orang beriman yang tidak membaca al-Quran seperti buah tamar (kurma), dimakan sedap dan tidak mengeluarkan bau. Dan gambaran orang munafiq yang membaca al-Quran seperti bunga, baunya sedap dan pahit bila dimakan. Dan gambaran orang munafiq yang tidak membaca al-Quran itu seperti buah hanzalah (sejenis buah seperti labu atau timun atau peria) dimakan pahit dan tidak pula mengeluarkan bau.’ [Hadith Ibnu Majah].
Hadith di atas memberikan satu perbidalan dalam mempelajari ilmu al-Quran itu. Hadith itu menggambarkan tiga kategori orang Islam. Yg pertama yg Islam kemudian membaca al-Quran, kedua Islam tetapi tidak membaca al-Quran; dan yg ketiga Islam tetapi munafiq. Ingatlah bahawa orang mufaqi itu sebenarnya tidak Islam sebagaimana dijelaskan di dalam al-Quran orang munafiq itu tidak mendapat syurga, malah dimasukkan ke dalam neraka di bahagian terkebawah sekali. Malah lebih hina kerana berada di dasar neraka, manakalornag musyrikpun di atas mereka.
Mudah-mudah kita diberi kesempatan dan keinginan untuk membaca al-Quran ketika lapang atau kita melapangkan masa untuk membaca al-Quran. Ditakuti kita Islam lahiriah sahaja, hakikatnya kita munafiq, wal iyazubillah.
Jazakalahhu khairah
Masya'allah, banyaknya maklumat yang berguna bagi orang yang nak cari ilmu Quran & Hadith. Masaalahnya, ramai masih berada dalam kejahilan kerana banyak sumber ilmu agama di pasaran bercelaru dan mengelirukan pembaca. Apa taknya jika jabatan agama saperti JAIS hanya nak tangkap orang yang menyampaikan ilmu Quran & Hadith hanya kerana tak ada tauliah. ( berita di akhbar yang sedang hangat diperbahaskan ). Dengan mind-set sedemikian, JAIS telah gagal untuk memperjuangkan pengajaran ilmu Quran & Hadith kepada masyarakat yang mencari2 ( sampai jumpa Rasul Melayu pun ada ). Inikah caranya jabatan agama saperti JAIS yang dipertanggungjawab untuk menyebar dan memurnikan ajaran Islam?
ReplyDeleteTindakan ke atas Dr Asri sudah tentu memberi taparan kuat dan cabaran kepada JAIS ( satu pertembungan saperti buku dengan ruas ) yang sekarang berada dalam perhatian masyarakat umum. Mereka perlu memberi penerangan yang munasabah dan jelas tentang matlamatnya, strateginya dan tindakan2 dengan pendekatan yang berkesan. Di harap mereka janganlah main lagu yang lama dengan berselindung disebalik tabir kekebalan kuasanya.Ramai dah meluat.
Fikirlah strategi baru. Carilah pendekatan yang lebih berkesan. Ada rancangan untuk menyampaikan ilmu Allah dengan mendekati orang yang sedang mencari2 atau membantu yang sedang hanyut dalam arus kejahilan.
Syabas kerana blog ini sungguh padat dengan ilmu Quran & Hadith yang haq untuk menjadi sumber rujukan kepada sesiapa yang ingin mempelajarinya untuk amalan harian dalam usaha menuju jalan ke syurga.
Mungkin Pegawai JAIS patut baca tak?