Thursday, December 10, 2009

Jahilke atau cari publisiti??

Assalamualaikum,
Hari ini (10 Dis. 09) penulis terbaca satu lagi kisah kemampuan Melayu moden. Kali ini cerita yg tersiar dalam banyak akhbar - Utusan Malaysia, Berita Harian, Kosmo dan sebagainya - tentang tuntutan oleh seorang isteri (katanya isteri kedua) seorang lelaki Kelantan supaya mahkamah syaria'ah mengesahkan perkahwinan pertama mereka tahun 2005. Mereka dilapurkan berkahwin di selatan Thailand kemudian.
Isteri berumur 44 tahun dan si suami berumur 41 tahun.
Adakah suami dan isteri itu kedua-dua jahil tentang Islam dan syarat berkahwin ikut Islam? Takda ke orang menasihatkan mereka?
Isteri berkata dia kahwin dengan suaminya secara batin di sebuah rumah di Damansara (?) tanpa wali, tanpa saksi, dan tanpa dokumen, hanya disaksikan oleh Allah (a.w)! Kemudian mereka melakukan persetubuhan sebagaimana suami isteri, jadi sahkan perkahwinan itu. Kalau betullah begitu caranya, semua lelaki atau perempuan yg mengadakan persetubuhan telah melangsungkan perkahwinan, kerana mereka disaksikan Allah (a.w), kemudian mereka bersetubuh, sahlah dan halallah persetubuhan mereka serta perkahwinan mereka asalkan si perempuan dan si lelaki bertukar-tukar 'vow' (akad)! Demikianlah si isteri dan si suami itu telah berakad sendiri kahwin tanpa saksi kecuali Allah (a.w).
Peristiwa ini menunjukkan begitu beraninya orang Melayu (dua-dua pakai jubah dan bayu putih labuh dalam gambar) mempermain-mainkan Islam. Betapa berani pula mereka menjatuhkan kedudukan Allah (a.w) dalam kes ini.
Hanya orang Melayu yg dungu tak berakal saja yg sanggup melakukan sedemikian, kemudian bertopengkan Allah (a.w) sebagai saksi perbuatan durjana mereka. Apalah nak jadi kepada Melayu dan Islam.
Dahlah ulama'nya menghadkan kebebasan berdakwah dan mengajarkan orang Melayu yg jahil ilmu, mereka tak mahu ajar sendiri, tapi larang orang lain ajarkan, dan kerana tidak mengilmukan manusialah, maka terjadilah kes-kes sebegini.
Semoga Allah (a.w) tidak turunkan siksa dan bala kepada kita kerana kedurjanaan segelintir orang yg meniru perangai Dajjal, syaitan, ketua-ketua jahiliah yg lalu-lalu. wal iyazubillah.

2 comments:

  1. Jahil Ilmulah tu. Nak kata publisiti pun apa yang mereka nak dapat. Kalau di negara barat bolih jual cerita hot macam ni kepada "News of the World" dapat juga bayaran beratus ribu. Di sini hapak pun tak dapat.

    Mungkin mereka dah sedarlah kesilapannya tu dan nak dengar pendapat orang ramai macam anda sebab yang berkuasa menyampaikan ilmu pun susah nak cari. Masing2 akan keluar pendapat/tafsiran sendiri. Yang mencari pun binggunglah, mana satu yang betul. Yang ada ilmu nak dakwah dilarang pula. Mesti ada tauliah. Orang Islam sama Islam bertengkar, kafir mengafir pula dengan cara terbuka atas sebab ego politik dan kuasa dunia. Ulama2 sendiri tak berani nak mengatakan kebenaran nanti terjejas pula imej dan kedudukan nanti, terutama antara ulama.

    Keadaan ini sungguh menyedihkan lagi memalukan kerana orang bukan Islam pun akan bingung di buatnya dan musu Islam akan ketawa terbahak2 melihat lakunan drama sedemikian.

    Akhir sekali kita tak payah risau bagi orang yang beriman atas agama yang benar dengan merujuk kepada ajaran Allah & Rasul ( Quarn & Hadith. Ikutlah perentah Allah " jagalah dirimu dan ahli2mu dari api neraka". Yang tak nak ikut, kita salute mereka dan berkata " Si labu terjun dengan labu2nya" dan disambut " Biarkan.. biarkan"

    Ini pertanda akhir zaman dah dekatlah itu.

    ReplyDelete
  2. Maaf...ada pembetulan-

    "Si Luncai terjun dengan labu2nya" dan disambut dengan " Biarkan..biarkan "

    ReplyDelete