Wednesday, December 23, 2009

Peringatan yg haq #3

Assalamualaikum,
Umat yg Islam dan beriman itu telah diperingatkan bahawa jika mereka ikuti ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan ikuti ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah) berdasarkan Ayat 13, Surah an-Nisa', mereka berhaq mendapat syurga. Sebaliknya, jika mereka engkarkan Allah (a.w) (i.e. tidak ikuti al-Quran) dan engkarkan Rasulallah (s.a.w) (i.e. tidak ikuti as-Sunnah) dan melanggar ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w), berdasarkan Ayat 14, Surah an-Nisa', itu pasti dimasukkan ke dalam neraka.
Peringatan yg haq #3 adalah umat Islam itu wajib ikuti as-Sunnah - mentaati Rasulallah (s.a.w) bermaksud ikuti perintah dan suruhannya dan tinggalkan tegahannya. Allah (a.w) perintahkan manusia: Apa-apa yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) hendaklah kamu ambil (i.e. terima, jadikan panduan amalan dan ibadah serta panduan hidup), dan apa-apa yg ditegahnya hendaklah kamu tinggakan (i.e. jangan sekali-kali kerjakan atau lakukan); ketetapan Ayat 7, Surah al-Haysr. Dengan lain perkataan kita yg Islam itu diwajibkan berpandukan kepada as-Sunnah - panduan hidup dan panduan amalan dan ibadah orang yg benar-benar beriman.
Rasulallah (s.a.w) itu membawakan ugama Allah (a.w), ugama yg haq bagi manusia, dan ugama Islam ini mengatasi lain-lain ugama., seperti firman Allah (a.w) berikut:
Firman Allah (a.w): [Maksud: ‘Dialah (Allah (a.w)) yang mengutuskan RasulNya dengan (membawa) petunjuk (yakni, al-Quran dan as-Sunnah) dan ugama yang benar (yakni, Islam) supaya menjadikannya mengatasi lain-lain (ugama) (yakni, ugama Islam mengatasi) kesemuanya, walaupun dibenci (atau tidak disukai oleh) orang-orang musyrik (yakni, kafir)].’ [Ayat 9, Surah as-Sof]
Orang yg benar-benar beriman itu akan akur dengan perintah dan suruhan Allah (a.w),mengulangi ketetapan Allah (a.w) dalam Ayat tidak banyak bicara dan soal, tidak berhujjah mengubah ketetapan as-Sunnah. Maka Rasulallah (s.a.w) memberitahu, sesiapa yg taatkannya pasti sudah mentaati Allah (a.w), seperti ketetapan firman Allah (a.w) dalam Ayat 80, Surah an-Nisa'.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa mentaati aku maka sungguh-sungguh dia mentaati Allah (a.w). Dan, barangsiapa engkar (atau, melanggar) perintahku, maka sesungguhnya dia derhaka kepada Allah (a.w)... ’ [Hadith Bukhari]
Tambahan pula, Allah (a.w) telah istiharkan bahawa Rasulallah (s.a.w) itu adalah 'uswatun hasanah', sebagainmana dalam firman Allah (a.w) berikut:
Firman Allah (a.w): [Maksud: Sesungguhnya adalah bagi kamu sekelian pada Rasulallah (s.a.w) itu contoh terbaik bagi barangsiapa yang mengharapkan ganjaran (pahala) dan balasan hari akhirat dan sentiasalah dia mengingati Allah (a.w) banyak-banyak] [Ayat 21, Surah al-Ahzab]
Allah (a.w) perintahkan Rasulallah (s.a.w) memberitahu umatnya bahawa jika mereka 'kasihkan Allah (a.w)', i.e. benar-benar inginkan 'ar-rahim' Allah (a.w) dan kerahmatan Allah (a.w) di akhirat nanti, wajib mereka ikuti Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti as-Sunnah).
Firman Allah (a.w): [Maksud: Katakan olehmu (wahai Muhammad (s.a.w) (kepada manusia)! Jika ada kamu kasihkan Allah (a.w), maka ikutilah aku (Rasulallah (s.a.w)), maka Allah (a.w) akan mengampuni dosa-dosa kamu …) [Ayat 31, Surah ali-Imran].
Menyedari bahawa umatnya pasti tidak mampu mengerjakan segala sesuatu yg beliau kerjakan (i.e. ibadah dan amalkan dan jalani peradaban 'uswatul hasanah' itu), maka beliau berikan 'rukhsyah', i.e. kelonggaran, iaitu buat atau ikut sekuat mampu apa-apa yg diamalkannya. Tapi, yg ditegah hendaklah ditinggalkan. Dan, apa-apa yg tidak diajarkannya jangan kerjakan. Inilah ketetapan hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Biarkanlah (yakni, tinggalkan) apa-apa yang aku tinggalkan (yakni, biarkanlah apa-apa yang tidak disuruh buat), maka sesungguhnya telah rosak (sebagaimana) rosaknya barangsiapa (yakni, kaum-kaum) yang ada sebelum kamu sekelian kerana memperbanyakkan soal (terhadap nabi-nabi mereka) dan berbanyak perselisihan di kalangan mereka atas nabi-nabi mereka (yakni, apa-apa yang disampaikan oleh nabi-nabi zaman mereka). Maka ketika memerintah aku kepada kamu sekelian maka kamu sekelian ambillah apa-apa (yang diperintahkan) semampu kamu, dan ketika melarang aku atas kamu sekelian dari sesuatu maka hendaklah kamu tinggalkan (atau hentikan).’ [Hadith Ibnu Majah]
Yg ditegah oleh Rasulallah (s.a.w) itu, antara lain, adalah 'membuat pembaharuan dalam perkara ugama' atau rengkasnya 'bid'ah'. Demikianlah sabda beliau berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Aisyah (r.ah) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘[Maksud: Barangsiapa memperbaharui perkaraku (yakni, syariat Islam itu) yang tiada daripadaku (yakni, yang bukan didatangkan atau dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w)), maka (amalan) dia ditolak.’ [Hadith Ibnu Majah & Bukhari]
dan juga ketetapan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Aisyah (r.ah) bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: [Maksud: Barangsiapa beramal dengan suatu amalan selain daripada perkara atau urusanku (yang tidak didatangkan oleh aku), maka dia ditolak] [Hadith Muslim].
Banyaknya penyimpangan yg berlaku di zaman ini adalah kerana kurangnya atau semakin pupusnya para 'ulama' dan 'ilmuwan' dalam Islam (i.e. mereka yg faqih dengan ilmu al-Quran dan as-Sunnah). Maka dengan itu manusia berjumpa dengan orang-orang yg dianggap berilmu, tetapi sebenarnya jahil. Inilah yg digambarkan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin ‘Amru bin ‘As (r.a) berkata: ‘Bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Sesungguhnya Allah (a.w) tidak mencabutkan (menghapuskan) ilmu (mengenai syariat ugama Islam itu) dengan mencabutnya (daripada dada manusia), dan akan tetapi (Allah (a.w)) mencabutkan ilmu dengan mematikan para ulama’ (orang yang berilmu menegnai al-Quran dan as-Sunnah). Maka jika tidak ditinggalkan ilmu oleh orang ‘alim (yakni, orang yang berilmu mengenai al-Quran dan as-Sunnah), (maka) mengambil manusia pendapat-pendapat dari orang-orang yang jahil (yakni, mereka yang tidak faqih dan alim dalam Ilmu al-Quran dan Ilmu al-Hadith) maka ditanya manusia (yakni, untuk mendapatkan panduan dan bimbingan mengenai Islam) kepada mereka (yakni, untuk fatwa dan pelbagai ketetapan dan ketentuan Islam, dan umunya urusan ugama Islam daripada mereka untuk mendapat panduan dan bimbingan, walhal mereka sendiri jahil tentang Ilmu al-Quran dan Ilmu as-Sunnah itu) maka memberi fatwa mereka (orang yang jahil yang nasihat atau pandangannya didapatkan oleh masyarakat Islam) dengan tiada ilmu (tanpa, asas Ilmu al-Quran dan Ilmu al-Hadith). Maka sesat mereka (yakni, mereka sendiri sudahlah sesat) dan mereka menyesatkan orang lain (yakni, orang yang memohon panduanpun disesatkan pula).’ [Hadith Ibnu Majah]
[Nota: Istilah ‘orang alim’ atau ‘orang berilmu’ itu merujuk kepada mereka yang faqih dengan syariat Islam sebagaimana yang terdapat di dalam al-Quran dan asSunnah. Ini adalah selaras dengan sabda Rasulallah (s.a.w) mengikut hadith yang dirujuk dalam blog ini, iaitu ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap orang Islam yang beriman itu tiga, dua daripadanya adalah Ilmu al-Quran dan Ilmu al-Hadith (as–Sunnah). Di Malaysia ini, tidak ramai mereka yang benar-benar ‘berilmu’ atau ‘alim’, yakni mereka yang faqih dalam al-Quran dan as-Sunnah.
Di dalam blog ini penulis definasikan konsep ‘Ulama’ atau ‘orang ‘alim’ itu sebagai mereka yang faqih dalam Ilmu al-Quran dan Ilmu al-Hadith. Seseorang itu belum dapat diiktiraf sebagai ‘ulama’ atau ‘orang ‘alim’ selagi dia tidak menguasai ‘Kuttubul Sittah’ itu. Sekurang-kurangnya mereka yang khatam dan menguasai Ilmu al-Quran (bacaan, tafsiran dan syarahnya bersandarkan al-hadith) dan khattam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim, secara berguru. Justeru itu, mereka boleh dianggap hampir faqih dengan Islam dan syariatnya bersandarkan al-Quran dan as-Sunnah.
Kita diperingatkan pula dalam hadith berikut - tentang orang yg berilmu dan orang yg jahil:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa meminta petua (yakni, fatwa mengikut istilah semasa mengenai Islam dan syariatnya) dengan petua yang tidak betul (yakni, tidak berpandukan al-Quran dan al-Hadith atau as-Sunnah) maka apa-apa dosa orang-orang yang mengamalkannya (yakni, yang mengamalkan petua tersebut) adalah di atas bahu mereka (yakni, dosa yang mengamalkan petua tersebut ditanggung oleh) yang memberi petua (yang mengajarkannya).’ [Hadith Ibnu Majah]
Mudah-mudahan mereka yg mengakui dirinya 'alim' dan 'berilmu' itu berjaga-jagalah, supaya tidak menerima kiriman dosa sampai kiamat dunia, wal iyazubillahi min zalik. Biarlah kita menerima kiriman pahala mengajarkan yg haq, iaitu yg diasaskan kepada al-Quran dan as-Sunnah, bukan kebijaksanaan manusia, yg belum tentu sumber ilmunya ...Amin
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment