Assalamualaikum,
Tulisan bekas Mufti Perlis dan Dr Ridhuan Tee dalam Mingguan Malaysia hari ini Ahad, 13 Disember 2009, menarik dan harus dibaca oleh semua mereka yg mengakui dirinya ulama' atau ilmuwan Islam di Malaysia khususnya.
Dr Asri merujuk kepada beberapa pandangan pemikir tersohor Islam tentang konsep 'ijma'. sebagai sumber ketiga hukum atau perundangan atau ketetapan Islam. Seperti biasa Dr Ridhuan membicarakan tindaktanduk parti politik atau ahli-ahli politik 'ultra kiasu' (= chauvinis) di Malaysia, khususnya DAP dan segelintir pemimpin Gerakan dan MCA dan juga MIC.
Komen saya adalah sememangnya pemimpin Melayu dan 'nasionalis' Melayu kini sudah pupus, dan kalau adapun dah lumpuh, atau sudah di'beli' oleh orang-orang sedemikian. Jika tidak masakan mereka lebih suka menganianya bangsa sendiri dan mengambil bangsa lain menjadi kawan akrab!
Saya tertarik dengan tulisan Dr Asri kerana beliau rajin membuat penyelidikan tentang pendapat dan pandangan para ulama' dan ilmuwan yg kefahman mereka tentang Islam dan syariatnya memang terkenal dan boleh dipercayai. Sewajarnyalah Dr Asri berbuat begitu, kerana beliau seorang akademik. Lagipun, penulis dapati dalam begitu ramai para ilmuwan yg menonjolkan diri mereka dalam media - termasuklah media letronik - bercakap tentang Islam dan syariatnya, Dr Asri lebih memahami apa yg penulis sering tonjolkan dalam blog ini, iaitu pertama, ilmu yg haq dipelajari, dikuasai serta difahami dan dijadikan panduan oleh orang Islam di mana-mana, adalah al-Quran dan as-Sunnah; kedua, apakah sebenarnya maksud frasa 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu; dan ketiga, siapakah sebenarnya yg berhaq diiktiraf atau digolongkan sebagai pengikut atau golongan 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu.
Saudara,
Kesilapan kebanyakan para ulama' atau ilmuwan Islam hari ini adalah: kesilapan pertama, mereka menerima sebagai dogma sandaran aqidah mereka ajaran mazhab, khususnya faham Mazhab as-Syafie, walhal apabila diteliti dan dihalusi ajaran Imam as-Syafie, nyata beberapa perkara. Pertama, beliau tidak secara khusus atau secara sengaja ingin menubuhkan satu perkumpulan, iaitu mazhab. Kedua, Imam as-Syafie adalah seorang daripada 49 ulama' muhadithin (i.e. pengumpul hadith), sebagaimana Imam Bukhari dan Muslim yg ramai para ulama' dan ilmuwan Malaysia kenal, dan Imam an-Nasa'i, at-Termidzi, Abu Daud dan ibnu Majah - yg terkenal dengan kitab-kitab hadith mereka, iaitu Kuttubul Sittah. Imam as-Syafie sendiri memberitahu dalam kitabnya 'al-Umm' bahawa jikalah apa yg diajarkan olehnya bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah, maka buanglah pandangannya dan ambillah apa yg ditetapkan oleh al-Quran dan as-Sunnah. Di dalam blog ini penulis cuba jelaskan bahawa 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu adalah mereka yg berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan hidup orang iman dan mereka juga 'anuti Islam secara berjema'ah'. Sila rujuk potongan hadith yg dimuatkan dalam blog ini. Insya Allah kita akan teliti pula apakah yg dimaksudkan 'anuti Islam secara berjema'ah' di lain-lain kesempatan.
Saudara, kesilapan kedua, tiada dalam Islam ikutan kemazhaban. Malah pengumpul hadith yg diketahui oleh pengkaji hadith adalah berpegang kuat kepada al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan hidup Muslim dan Mukmin serta panduan ibadah dan amalan dalam Islam. Ketiga, ramai para ulama' arus perdana menyatakan bahawa sumber hukum dalam Islam itu adalah empat, iaitu al-Quran, as-Sunnah, 'ijtihad ulil amri' dan 'qias'. Dalam konteks 'ijtihad', apa yg disebutkan oleh Dr Asri itu boleh diterima, walaupun bukanlah sebenarnya 'ijtihad ulil amri'.
Saudara Uthman al-Muhammady dalam suatu tulisannya mengertikan 'ulil amri' itu sebagai golongan para ulama' as-Syafie dalam konteks fahaman Islam di Malaysia. Sememangnya dalam tadbirurus 'jema'ah Islam', para ulama' dan ilmuwan Islam adalah termasuk dalam hiraky 'ulil amri' yg diketuai oleh seorang pemimpin, yg selepas kewafatan Rasulallah (s.a.w) dan khulafah ar-rasyidin al-mahdiyin yg empat itu, digelar dengan berbagai-bagai gelaran, antaranya, khalifah, imam, 'amirul mukimin' atau al-malik (i.e. raja atau sultan), atau amir, dan seumpamanya. Di bawah pemimpin utama ini akan terdapat para penasihat dan ilmuwan yg menasihati mereka. Dalam ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, Ayat 59, Surah an-Nisa' menyebutkan bahawa: Jema'ah umat Islam diwajibkan mentaati 'ulil amri'. Namun ketaatan itu dibatasi oleh ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan Rasulallah (s.a.w)(i.e. as-Sunnah). Maka dengan itu di dalam ayat tersebut, Allah (a.w) memerintahkan umat Islam bahawa sekiranya timbul perselisihan atau percakaran dalam pendapat mengenai sesuatu, maka 'ulil amri' dan ahli jema'ah umat Islam, diwajibkan merujuk kebali kepada al-Quran dan as-Sunnah. Tidak boleh merujuk kembali kepada 'ulil amri'. Maka dengan itu jugalah, Rasulallah (s.a.w) dalam banyak hadith memerintahkan umat Islam jika 'ulil amri', khususnya imam atau amir yg mengetuai 'Jema'ah Umat Islam' memerintahkan rukyahnya (i.e. rakyatnya) supaya melakukan sesuatu yg bersifat maksiat (i.e. bertentangan dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah), maka perintah atau suruhan 'ulil amri' itu tidak perlu didengar dan tidak perlu di taati. Jika ditaati maka mereka mengiyakan sesuatu yg batil, dan sama-sama akan dimasukkan ke dalam neraka.
Semoga sama-sama kita fahami ketetapan Islam agar tidaklah kita bercakap dan melakukan sesuatu yg menyimpang dan bertentangan dengan ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya. Adalah lebih baik bagi kita mengikuti apa-apa yg ditetapkan di dalam al-Quran dan as-Sunnah. Itu sajalah yg haq. Itulah jalan singkat atau jalan pintas ke syurga. Dan, dalam pada itu sekiranya kita telah melakukan sesuatu yg menyalahi ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w), atas sebab apa sekalipun, Allah (a.w) menyuruh kita kembali ke pangkal jalan dan memohon keampunan dariNya. Sesungguhnya Allah (a.w) itu Zat Yg Maha Pengampun dan Allah (a.w) sentiasalah kasihkan hambaNya. Allah (a.w) tidak mengampuni hanya dosa 'syirik' - yakni, menduakan Dia dalam segala sesuatu. Lain-lain dosa boleh diampunkan olehNya jika kita sesali perbuatan kita dan pohonkan keampunanNya,jika kita memperbaiki diri dan iman kita, dan jika dikehendakiNya.
Maka dengan itulah juga Allah (a.w) memberi ketetapan yg pasti dalam Ayat 13, Surah an-Nisa', sesiapa yg taatkan Allah (a.w) (i.e. ikuti al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti as-Sunnah) pasti mendapat syurga. Sebaliknya, Ayat 14, Surah an-Nisa', jika tidak ikuti, masuk neraka.
Mudah-mudahan kita mulakan tekad dan keazaman untuk menjadi seorang Islam yg baik menepati Ayat 13, Surah an-Nisa', itu. Amin
Jazakallahu khaira
No comments:
Post a Comment