Wednesday, December 23, 2009

Dr Asmadi bercakap ... dan kata as-Sunnah?

Assalamualaikum,
Hari ini penulis terbaca tulisan Dr Asmadi Mohamed Naim, Prof Madya UUM, yg menulis dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini (23 Disember 2009) dalam ruangan 'Agama' bertajuk: 'Golongan Ahlussunnah menurut Imam al-Baghdadi'.
Beliau merengkaskan rumusan pendapat Imam al-Baghdadi, katanya, dalam kitabnya 'al-Farq Baina al-Firaq'. Imam al-Baghdadi, katanya, menyebutkan terdapat 8 golongan orang Islam yg termasuk dalam golongan 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu. Penulis tak nak turunkan apa yg ditulis beliau dalam post ini. Saudara boleh beli Utusan Malaysia atau layari 'utusan malaysia. com', semak dan baca sendiri. Pada penulis tulisannya menarik kerana melambangkan ikutan majiriti ilmuwan Islam di malaysia hari ini.
Kemudian Dr Asmadi membuat rumusan dengan kata-kata berikut: 'Rupanya, ramai sebenarnya yg diiktiraf Ahlussunah. Ia beberbeza dengan pandangan yg meminoritikan dan mengeksklusifkan AWSJ hanya untuk golongannya sahaja, dengan tuduhan sesat dan bid'ah pada perkara remeh-remeh seperti qunut, talkin, zikir selepas solat, berdoa beramai-ramai dan sebagainya.' Kemudian Dr Asmadi menyebutkan pandangan al-Baghdadi tentang perkara-perkara 'cabang'. Pun pembaca boleh baca sendiri. Mungkin Dr Asmadi muatkan tulisan beliau ini dalam blognya: 'drasmadinet.blogspot.com? Tak pula penulis semak.
Membaca tulisan beliau ini jelaslah bahawa beliau meneruskan tradisi seorang akademik yg melihat sesuatu bersandarkan kajian, analisis dan pendapat manusia. Kedua, beliau adalah 'darah dagingnya' pengikut dan penyokong kuat para ulama' dan ilmuwan arus perdana yg berpegang kepada fahaman mazhab. Maka dengan 'salutan kulit kemazhaban' itu, mana mungkin beliau boleh terlepas dari unbiasness melihat Islam dan syariatnya secara objektif bersandarkan al-Quran dan as-Sunnah semata-mata! Malah bukan Dr Asmadi sorang saja berpendirian sedemikian. Ramai lagi. Mungkin orang macam Dr Asri dan Dr Abdullah Yasin mungkin berbeza perdapat. Tak taulah. Yg pasti majoriti para akademik seperti beliau berpegang kuat kepada fahaman kemazhaban, khususnya as-Syafie. Kemudian, anihnya, bila mereka ke Madinah atau Mekah untuk menunaikan haji dan umrah terpaksa berpayah Tawaf dengan mendedahkan sebahagian besar tubuhnya, maka terpaksa berwudu' kerapkali kerana terbatal wudu', maka mereka bertaklid kepada mazhab lain yg berpandangan tidak batal wudu' apabila bersentuhan dengan perempuan (atau perempuan menyentuh lelaki)! Tak ganjillah bila Tabung Haji dan tok-tok gurunya atau mutawifnya menyuruh umat Islam Malaysia bertaklid sedemikian ketika berada di Mekah atau di Ka'abah!
Mengapakah kita perlu bersusah? Walhal sekiranya kita berilmu dan mempelajari as-Sunnah (dari a-z), sudahpun ada ketetapan as-Sunnah bahawa menyentuh perempuan tidak membatalkan wudu', tetapi jika kita (lelaki) sengajakan, kita berdosa kecuali perempuan yg menyentuh atau disentuh itu makhram kita? Islam itu mudah, tapi orang Islam yg menyulitkannya dengan pendapat dan kebijaksanaan fikiran mereka. Kalau ikut saja apa kata Rasulallah (s.a.w) bukankah mudah?
Cuba kita lihat beberapa perkara:
1. Orang Islam diperintahkan supaya 'taatkan Allah (a.w)' (i.e. ikuti ketetapan al-Quran) dan 'taatkan Rasulallah (s.a.w)' (i.e. ikuti ketetapan as-Sunnah) (Ayat 13, Surah an-Nisa')
2. Orang Islam itu diperintahkan ambil pakai dan terima segala sesuatu yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) dan tinggalkan yg ditegahnya (Ayat 7, Surah al-Haysr)
3. Rasulallah (s.a.w) berpesan supaya kita pegang dengan teguh al-Quran dan as-Sunnah kerana itulah Islam dan syariatnnya yg diwariskan oleh Rasulallah (s.a.w) kepada kita, yg pasti menjamin kita tidak sesat mencari 'siratul mustaqim' dan berjaya mendapat kerahmatan Allah (a.w), i.e. syurga [Hadith]
4. Rasulallah (s.a.w) memberi kita tahu bahawa sebaik-baik kalam atau tulisan itu adalah 'Kalam Allah (a.w)' (i.e. al-Quran) [Nota: mengapa kita merujuk kepada tulisan manusia?] dan sebaik-baik hidayah itu adalah 'hidayah Muhammad (s.a.w)' (i.e. petunjuk as-Sunnah) [Nota: Mengapakah kita tolak 'petunjuk Rasulallah (s.a.w)' dan terima pandangan manusia, sama ada ulama' atau tidak?]
5. Rasulallah (s.a.w) menyuruh kita yg Islam kalau hendak tambahan dalam amalan dan ibadah - tak cukup yg ada - dalam bentuk, cara dan kaedah mengamalkan Islam, mengapa tidak ikut sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin, yg telah diendorse oleh Rasulallah (s.a.w) sebagai sebahagian daripada apa yg disebut beliau 'as-Sunnah'?
6. Adakah mana-mana ketetapan al-Quran dan as-Sunnah itu mengklasifikasikan sesuatu ketetapan sebagai 'pokok' dan 'cabang'? Siapa yg memandai-mandai membahagi-bahagikan ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya kepada 'pokok' dan 'cabang'? [Nota: Bukankah Allah (a.w) di dalam al-Quran melarang sesiapapun membahagi-bahagikan uagamanya atau ketetapan al-Quran?]
7. Adakah dalam as-Sunnah bahawa Rasulallah (s.a.w) menyebutkan ada dua bentuk atau kategori 'bid'ah' - 'bid'ah dolalah' dan 'bida'ah hasanah'? [Nota: Bukankah Rasulallah (s.a.w) menyebut kalimah 'kullu' (i.e. 'tiap-tiap' atau semua pembaharuan adalah 'bida'ah'?]
8. Rasulallah (s,.a.w) memberitahu bahawa sesiapa yg mengamalkan sesuatu amalan atau ibadah (atau tergolong juga, bentuk-bentuk amalan, cara dan kaedah beramal dan beribadah) yg tidak didatangkan darinya atau dibawakan olehnya atau dicontohkan (i.e. didemokan) oleh beliau adalah 'bid'ah', dan jika amalan atau ibadah sedemikian dikerjakan, adalah ditolak atau tidak diterima Allah (a.w.)?
9. Bukanlah Rasulallah (s.a.w) menyebut bahawa terdapat 73 golongan atau firqah umat Islam, semuanya berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, tetapi 72 golongan atau firqah (i.e. golongan majoriti) gagal dapat syurga, sebaliknya masuk neraka, dan yg berjaya hanya satu golongan, iaitu 'ma ana 'alahi wa-ashabi' (i.e. Sunnah Rasulallah (s.a.w) dan sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin' yg empat). Jelasnya, golongan minoriti. [Nota: Golongan 8 yg disebutkan oleh al-Baghdadi dan Dr Asmadi sebagai golongan-golongan ASWJ itu adalah golongan majoriti!]
Jika kita perhalusi ketetapan as-Sunnah tentang bab 'pembaharuan dalam perkara ugama' atau bid'ah ini, kita merasa gerun dan pada waktu yg sama merasa sedih kerana begitu 'kecilnya' perkara yg boleh memansuhkan keIslaman seseorang, selalu diremehkan tetapi berat akibat dan padahnya, wal iya zubillahi min zalik! Sedih kerana begitu susah bagi para ulama' dan ilmuwan Islam terima ketetapan as-Sunnah yg simple dan straight forward, tetapi berpayah mencari kepastian dari pendapat dan pandangan manusia lain.
Allah (a.w) beritahu kita bahawa Rasulallah (s.a.w) adalah 'uswatun hasanah' (model ikutan terbaik). Selain Allah (a.w), Rasulallah (s.a.w) sahaja yg tahu secara sempurna dan haq tentang Islam dan syariatnya, dan dia mencontohkan segala sesuatu. Mengapakah kita perlu mencari yg lain? Mengapa kita jadikan orang lain model-model ikutan kita?
Pastilah ianya perkara 'hidayah'. Allah (a.w) yg memberikan hidayah kepada sesiapa yg Dia kehendaki, dan menyesatkan sesiapa yg Dia kehendaki!
Mudah-mudahan Allah (a.w) sentiasalah memelihara iktiqad dan aqidah kita dan memberi hidayah serta memelihara keIslaman kita supaya kekal berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, tidak dipengaruhi oleh pendapat manusia, dan kekal tergolong dalam golongan yg satu yg berjaya mendapat syurga dan terselamat dari neraka, insya Allah. Amin
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment