Sunday, December 20, 2009

Wudu' dan Mandi Junub

Assalamualaikum,
Sebelum ini kita telah tahu bahawa perempuan yg haid itu tidak dibolehkan bersolat (dan juga berpuasa), dan selepas habis haidnya, hendaklah dia mandi junub kemudian solat. Kita telahpun tahu, dalam post yg lalu, bagaimana kaedah atau cara mandi junub itu. Kali ini kita lihat pula sepotong hadith yg menyebut tentang mandi junub secara rengkas, dan meneliti beberapa aspek perlakuan yg penting diberi perhatian ketika mandi.
Diriwayatkan hadith dari Hisyam b 'Urwat dari bapanya hadith dari Aisyah (r.ah) yang berkata bahawasanya Nabi (s.a.w) adapun dia ketika mandi junub memulakan dengan membasuh kedua-dua tangannya (sampai ke pergelangan tangannya), kemudian dia berwudu' sebagaimana hendak berwudu' untuk bersolat, kemudian memasukkan jari-jarinya ke dalam dalam air (i.e. air yg digunakan untuk mandi) maka diselah-selahnya jari-jari tangannya ke pangkal rambutnya (supaya rata air kena pada kulit kepalanya). Kemudian dituangkannya air ke atas kepalanya tiga cedokan (atau tuangan air) [Nota: Dijelaskan bahawa tuangan air ke atas kepalanya itu tiga kali, sekali dari bahagian sebelah kanan, sekali dari bahagian sebelah kiri, dan sekali dari bahagian sebelah tengah kepalanya], kemudian meratakan air atas badannya keseluruhannya (i.e. seluruh badannya).' [Hadith an-Nasa'i]
Hadith ini juga menjelaskan bahawa proses mandi junub itu mengandungi dua proses utama, iaitu: pertama, berwudu', dan kedua, mandi. [Nota: Sebelum apa-apa hendaklah kita berniat dalam hati tanpa menzahirkan niat, dan memulakan dengan menyebut kalimah 'Bismillah', seperti yg kita telahpun tahu sebelum ini] Kita memulakan wudu' dengan membersihkan kemaluan dari sisa-sisa mazi dan mani serta lendir (jika selepas jimak) dan bekas-bekasa atau kesan-kesan darah (jika haid), dan kemudian membasuh kedua-dua tangan sampai ke pergelangannya (3 kali). Kemudian berwudu' mengikut kaedah berwudu' biasa yg telahpun kita diberitahu sebelum post ini, seolah-olah untuk bersolat. Kemudian mandi.
Bagaimana mandi? Proses dan kaedah mandi itu pula merangkumi tiga perlakuan:
1. Memulakan proses mandi itu dengan mencelupkan kedua-dua tangan dalam air mandi/wudu', kemudian menselah-selahkan jari-jari kita ke pangkal rambut supaya rata air itu kena pada kulit-kulit kepala yg berambut.
2. Setelah mencedok air, dituangkan air tiga kali atas kepala, mula-mula dari bahagian kanan, kedua dari sebelah kiri, dan ketiga dari sebelah kanan kepala.
3. Meratakan air ke badan supaya semua bahagian tubuh badan kena air.
Setelah selesai bolehlah kita membaca dua kalimah syahadah, sebagaimana kita baca ketika selesai berwudu' itu. Dan, jika mau, ditambah dengan doa wudu' dengan mengangkat kedua belah tangan sebagaimana berdoa.
Perhatian: Proses ini hendaklah dilakukan dengan cermat, terutama menyisih-nyisihkan rambut dan mengenakan air ke kulit kepala - sekali atau dua atau tiga - asalkan kita yakin kulit kepala sudah mengenai air. Kemudian, hendaklah dituangkan air atas kepala tiga kali, bahagian kanan, kiri dan tengah kepala. Tanpa proses ini tidak sahlah mandi junub sebagaimana tidak sahnya mandi junub tanpa dimulakan dengan mengambil wudu', kerana wudu' adalah sebahagian daripada syarat mandi. Kedua-dua kaki boleh di basuh dalam berwudu' itu, atau ketika mandi (i.e. kedua kaki adalah anggota wudu' ke-empat).
Mudah-mudahan sudah jelas kepada kita bagaimana mandi junub (bagi perempuan dan bagi lelaki). Sekiranya, kita, kerana tidak tahu ilmunya masa dahlu, mandi junub tidak menepati spesifikasi ini, mintalah keampunan kepada Allah (a.w), kita akan diamaafkan. Dan, mulai dari sekarang setelah kita tahu ilmunya mengikut syariat Islam, maka amalkanlah. Amin
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment