Monday, December 28, 2009

Jema'ah Islam: Sifat-sifat Pemimpin

Assalamualaikum,
Kita telah teliti dalam post sebelum ini bahawa ciri-ciri Imam yg wajar dipilih oleh jema'ah adalah:
1. Orang yg disukai rukyah dan Imam pula sukakan rukyahnya
2. Imam yg sentiasa mendoakan kebaikan terhadap rukyahnya, dan rukyahnya sentiasalah mendoakan Imam mereka
3. Orang yg kaya dan dermawan, janga pilih orang kaya tetapi bakhil
4. Orang yg sering memusyawarahkan segala sesuatu mengenai ketetapan atau perintahnya, dan jangan pilih Imam yg merundingkan hal ehawal jema'ahnya dengan isteri untuk mendapat cadangan atau pandangan.
Wala apapun sifat-sifat Imam itu, rukyah kekal diwajibkan taat - dengar suruhannya dan taatkan suruhannya, asalkan ketetapannya tidak bercanggah dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Ketetapan Imam yg bercanggah dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah adalah suatu kemaksiatan, yg wajib tidak diendahkan dan tidak ditaati.
Rasulallah (s.a.w) menyebutkan dalam hadith berikut ciri yg mungkin wujud pada Imam yg tidak baik dalam konteks keadilan dalam Islam:
Diriwayatkan hadith dari Dabbah b Mihsani al-‘Anaziyi hadith dari Ummu Salamah, isteri Nabi (s.a.w), hadith dari Nabi (s.a.w) sesungguhnya bersabda: ‘Innahu yusta’malu ‘alaikum umarau fat’rifuna wa-tunkiruna fahman karaha faqad bari-a waman Ankara faqad salima walakin man radhiya wataba’a.’ [Maksud: Bahawasanya akan diperbuat (yakni, dijadikan) atas kamu sekelian beberapa imam tahu kamu dan ingkar kamu, maka barangsiapa benci maka lepas tangan dia (yakni, terlepas dari dosa) dan barangsiapa ingkar maka sungguh-sungguh selamat dia, akan tetapi barangsiapa redha (yakni, suka) dan mengkuti mereka.’] Berkata mereka: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w) apakah tidak membunuh kami akan mereka?’ Bersabda Nabi (s.a.w): ‘La ma sallu ai man kariha biqalbihi wa-ankara biqabihi.' [Maksud: Jangan! Apa-apa bersolat mereka (bersama kamu sekelian); adapun yang dibolehkan (atas) orang benci dengan hatinya dan ingkar dengan hatinya (bukan ingkar atau benci dengan perlakuannya terhadap pemimpin).] [Hadith Muslim]
Hadith di atas menyebutkan bahawa sekiranya rukyah tahu keburukan sesuatu ketetapan Imam dan dia ingkar (i.e. tidak ikut), maka mereka selamat. Rukyah diperintahkan oleh Rasulallah (s.a.w) membencinya dalam hati, tidak membencinya dengan melakukan sesuatu yg boleh merusakkan dia. Di dalam hadith yg lain disebutkan bahawa rukyah yg ikuti dan bantu pula laksanakan ketetapannya, maka Imam dan rukyahnya tidak diakui oleh Rasulallah (s.a.w) umatnya, i.e. tidak diktiraf umat Muhammad (s.a.w) )yakni, bukan Islam). Maka tempatnya di neraka. Inilahyg disebutkan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Jabir b Abdullah (r.a) bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda kepada Ka’ab b Hujrah: ‘A’azaka-allahu min imaratis-sufahai.' [Maksud: Semoga melindungi Allah (a.w) akan engkau dari imam yang ‘bodoh’.] Berkata (yakni bertanya) Ka’ab: ‘Dan apakah (atau, siapakah) imam yang ‘bodoh itu?’ Bersabda Nabi: ‘Umara-u yakunu ba’di la yaqtaduna bilhadyi wala yastannuna bisunnati faman soddaqahum bikazibihim wa-a’anahum ‘ala zulmihim faulaika laisu minni wa-lastu minhum wala yardu ‘ala haudhi waman lam yusadiqhum bikazibihim walam yu’inhum ‘ala zulmihim faulaika minni wa-ana minhum wa-sayaridu ‘ala haudhi.' [Maksud: Beberapa imam akan ada mereka sesudahku tidak mengikuti (yakni, menunjuk dengan petunjukku (yakni, tidak mentadbirurus jemaahnya berpandukan as-Sunnah) dan tidak menjalankan (yakni, mengerjakan atau melaksanakan pengurusan jema’ahnya) dengan sunnahku. Maka barangsiapa membenarkan mereka dengan pendustaan mereka dan menolong akan mereka atas penzaliman mereka, maka mereka itu bukan dari golonganku dan bukanlah aku dari golongan mereka, dan tidak akan datang mereka ke telaga (al-Kautharku); dan barangsiapa yang tidak membenarkan pendustaan mereka dan mereka (pula) tidak menolong mereka atas kezaliman mereka, maka mereka itu dari golonganku dan aku dari golongan mereka dan akan datang mereka ke telagaku (al-Kauthar).] [Hadith Imam Ahmad]
[Nota: Ka’ab b Hujrah ketika itu baru berusia 9 tahun apabila Nabi (s.a.w) memberi nasihat kepadanya. Sila rujuk Surah al-Kauthar yg telah kita bincangkan dahulu. Rasulallah (s.a.w) dikurniakan Allah (a.w) di akhirat kelak telaga al-kauthar yang gayung penyiduk airnya lebih banyak dari bintang-bintang di langit. Semasa perhimpunan di padang makhsyar kelak, semua manusia yang dilahirkan dalam Islam atau zaman Islam akan berjalan untuk meinum dan bermandi manda dalam telaga tersebut. Sesiapa yang minum airnya tidak akan merasa haus selama-lamanya. Ingatlah ketika itu matahari didekatkan Allah (a.w) sejengkal di atas kepala, manakala bumi pula terhampar berupa tembaga. Begitulah siksanya terdedah kepada panas terik. Dengan itulah disebutkan bahawa manusia akan berpeluh ada yang sampai peluhnya menghapusi paras hidungnya, dan lemas dia. Air telaga al-kautharlah yang dapat membantu manusia ketika itu. Namun, sesiapa yang tidak diakui oleh para malaikat yang menjaga telaga sebagai umat Muhammad (s.a.w), tidak dibenarkan menghampirinya dan minum akan airnya. Antara mereka yang dihalang menghampiri telaga tersebut adalah orang yang tidak berpandukan hidupnya kepada as-Sunnah. Dan, juga mereka yang mencemari as-Sunnah dengan tambahan atau pembaharuan dalam perkara ugama, yakni berbuat dan beramal dengan bid’ah, tidak diakui tergolong sebagai umat Muhammad (s.a.w) (i.e. terkeluar dari Islamtanpa disedari).
Begitu jugalah ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut. Malangnya, hari ini ramai umat Islam meremehkan isu 'bid'ah' ini, sehinggakan ramai yg berpegang dengan apa yg mereka kata 'bid'ah hasanah', walhal Rasulallah (s.a.w) menyebut dan memberi ketetapan bahawa setiap bid'ah adalah suatu kesesatan (i.e. kebatilan). Sila rujuk hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari ‘Asim al-‘Adawiyi hadith dari Ka’ab b Hujrah berkata: ‘Keluar atas aku Rasulallah (s.a.w) dan adapun aku (ketika itu) berusia 9 tahun, maka bersabda dia: ‘Innahu satakuna ba’di umara-u man soddaqahum bikazibihim wa-a’anahum ‘ala zulmihim falaisa minni wa-lastu minhu wa-laisa biwaridin ‘alaiya haudhi; waman lam yusoddiqhum bikazibihim walam yunihum ‘ala zilmihim fahua minni wa-ana minhu wahua waridun ‘alaiya haudhi.' [Maksud: Bahawasanya akan ada sesudahku beberapa imam (yakni, pemimpin jemaah), barangsiapa membenarkan mereka dengan pendustaan, mereka dan menolong pada mereka atas kezaliman mereka, maka bukanlah dia dari golonganku dan bukanlah aku dari golongan mereka dan tidaklah (bersama-sama) dengan orang-orang yang datang ke telagaku (al-Kauthar); dan barangsiapa yang tidak membenarkan mereka dengan pendustaan mereka dan tidak menolong mereka atas kezaliman (penzaliman) mereka, maka dia dari golonganku dan aku dari golongan mereka dan dia akan datang atasku di telagaku (al-Kauthar).] [Hadith an-Nasa’i, Kitab Bai’ah]
NOta: ‘Pendustaan’ dalam konteks Islam adalah membuat sesuatu yang tidak ditunjukkan atau dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), yakni as-Sunnah. ‘Penzaliman’ dalam konteks Islam adalah membuat atau melakukan sesuatu yang ditegah oleh Allah (a.w) (yakni, ketetapan al-Quran) atau ditegah oleh Rasulallah (s.a.w) (yakni, bertentangan dengan as-Sunnah). Dalam hadith tentang asbabul nuzul Surah al-Kauthar, yg telah kita lihat sebelum ini, Rasulallah (s.a.w) dikurniakan Allah (a.w) Telaga al-Kauthar di mana di akhirat kelak semasa manusia berhimpun untuk mendapatkan Kitab Catatan Amalan masing-masing akan terasa begitu lapar dan haus, maka sesiapa yang tergolong dalam umat Muhammad (s.a.w) (yakni, berpandukan kepada as-Sunnahnya semata-mata), maka mereka diakui oleh para malaikat yang menjaga telaga tersebut, maka dibenarkan minum airnya. Sesiapa yang minum airnya maka tidak akan haus mereka selama-lamanya.
Diriwayatkan hadith dari Tariq b Syihab bahawasanya seorang lelaki bertanya kepada Nabi (s.a.w), dan sungguh-sungguh (ketika itu) Nabi (s.a.w) sedang meletakkan kakinya ke tempat kaki (pelana) kudanya: ‘Apakah jihad yang lebih baik (pahalanya)?’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Kalimatul haqqi ‘inda sultanin ja irin.' [Maksud: Kalimah-kalimah (atau, kata-kata) yang haq (benar) di sisi pemimpin (yakni, menasihatkan pemimpin) yang melanggar (atau menyimpang atau menyeleweng dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah). [Hadith an–Nasa’i]
[Nota: Pemimpin itu melanggar atau menyimpang atau menyeleweng apabila dia membuat ketetapan atau keputusan yang bertentangan dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Hadith ini menjelaskan 'pendustaan' dan 'penzaliman' itu merujuk juga kepada Imam yg memerintahkan rukyahnya beramal dengan sesuatu yg bersifat 'bid'ah. Bid'ah adalah melangar ketetapan Allah (a.w) dan keettapan as-Sunnah. Ianya suatu keengkaran terhadap Allah (a.w).
Yg terbaik dilakukan oleh rukyah terhadap Imam mereka yg meneyeleweng adalah menasihatkannya. Namun seperti biasa perbuatan sedemikian mengandungi risiko yg tinggi, kerana mungkin terus dizalimi oleh Imam. Malah mereka yg mempelajari sejarah kepimpinan Islam zaman lampau akan menemui begitu ramainya rukyah yg dibunuh atau dipenjarakan oleh Imam kerana ingkar dan kerana membantah ketetapan atau perintah Imam.
Jazakalallahu khairah

1 comment:

  1. Salam,

    Maklumat ini perlu dijadikan bahan rujukan dalam kursus untuk melatih semua pegawai2 supaya mereka tahu tanggungjawab umpama sebagai seorang pengembala atas pegembalaannya. Tak akan ada perkara2 negatif saperti rasuah, pecah amanah, curi tulang dsb.

    Di dalam arena politik juga lebih2 lagi aspek ini diperlukan agar mereka tidak akan merebut2 kuasa dan akhirnya mereka hidup aman damai tanpa iri hati antara satu sama lain, malah bolih menjalankan tugas & tanggungjawab masing2 dengan terbaik.

    ReplyDelete