Thursday, December 17, 2009

Solat: Suruh dan didik anak-anak

Assalamualaikum,
Sebelum kita teliti seterusnya secara terperinci ibadah solat, elok kita ingatkan diri kita tentang tanggungjawab mengajar, mendidik dan menyuruh anak-anak kita mengerjakan solat, i.e. bagi mereka yg ada anak atau yg akan mendapat anak atau ada anak-anak saudara, suruhlah bapa dan ibunya ajarkan anak-anaknya bagaimana nak solat.
Diriwayatkan hadith daripada Abdul Malik bin Rabi’i bin Saburah hadith daripada bapanya hadith daripada datuknya berkata: ‘Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Perintahkanlah oleh kamu akan anak-anak kamu dengan (mengerjakan) solat ketika baligh (yakni, sampai umur) tujuh tahun (7), dan ketika baligh (yakni, sampai umurnya) sepuluh (10) tahun, maka pukullah atasnya (jika tidak mengerjakan solat).’ [Hadith Abu Daud]
Rasulallah (s.a.w) nasihatkan kita supaya ajarkan anak-anak bagaimana bersolat ketika umurnya mencapai 7 tahun. Dan, ketika sampai umurnya 10 tahun, kalau mereka tidak mahu mengerjakan solat, maka hendaklah di pukul (i.e. dirotan).
Yg utama diajarkan adalah menghafalkan surah-surah pendek (i.e. Juzz 'Amma, yakni Juz 30 al-Quran), kemudian mengajarkan mereka cara dan kaedahnya, rukun-rukunnya (i.e. rukun qauli, rukun fe'li dan rukun qalbi ketika solat), tasbih dan lain-lain bacaan, tertibnya, tomakninah antara rukun fe'linya; tentang termasuk wudu', Solat Jum'at, solat jama' dan qasar, solat-solat sunat yg utama spt Solat Tahajud, Solat Witir, Solat Tasbih, Solat Duha, Solat Taubah, dan solat-solat sunat yg dijemaahkan, spt Solat Aid, Solat Jenazah, dll
Kalau mereka masih kecil, mudah bagi mereka untuk menghafal surah-surah pendedk al-Quran. Kalau dah menjadi tabi'i mereka bersolat, maka insya Allah amalan tersebut akan berterusan sampai ke tua.
Mudah-mudahan kita menyedari tanggungjawab kita terhadap anak-anak kita, khususnya mendidik mereka mengerjakan ibadah wajib, terutama solat. Amin

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment