Sunday, December 6, 2009

Syarat sahnya Wudu' dan Solat

Assalamualaikum,
Kali ini kita pelajari ilmunya mengenai empat prinsip utama masing-masing menyentuh Wudu' dan Solat. Kita teliti hadith di bawah ini:
Diriwayatkan hadith daripada Abdil Muhaini b 'Abbas b Sahil b Saidi, hadith daripada bapanya hadith daripada datuknya, hadith daripada Nabi (s.a.w) bersabda: 'Tidak ada solat (i.e. diterima) bagi orang yang tiada wudu' baginya (yakni, solatnya); tidak ada (i.e. tidak diterima) wudu' baginya bagi orang yang tidak menyebut nama Allah (a.w) (yakni, 'Bismillah') atas wudu'nya; dan tidak ada solat (i.e. tidak diterima) bagi orang yang tidak berselawat atas Nabi (s.a.w); dan tidak ada (i.e. tidak diterima) solat orang yang tidak kasihkan orang Ansar.] [Hadith ibnu Majah, Kitab Solat]
[Nota: Zaman Rasulallah (s.a.w) dan halifah yg empat, orang-orang Mekah yg berhijrah ke Madinah adalah golongan 'muhajirin' dan orang Madinah adalah golongan 'ansar']. Hadith ini pendek tetapi kompak. Ada empat ketetapan dan prinsip dalamnya; iaitu: pertama, Solat seseorang itu tidak sah, yakni diterima Allah (a.w) tanpa dia berwudu'; kedua, tidak sah wudu'nya jika dia tidak menyebut kalimah 'Bismillah' semasa berwudu'; ketiga, tidak sah solatnya tanpa membaca selawat atas Nabi (s.a.w); dan keempat, tidak (juga) diterima solatnya jika dia tidak mengasihi orang Ansar (yakni, orang-orang Islam yang asal (i.e. bermestautin) di Madinah).
Kita telahpun teliti sebelum ini bahawa tiada nas dan dalil al-Quran mahupun as-Sunnah bahawa ketika hendak mengambil wudu' kita zahirkan 'niat' dengan menyebut 'Nawaitu wudu' ...' atau 'Nawaitul hadathil asghari ...', dan seumpamanya. 'Kalimah niat' ini diajarkan kepada kita oleh nenek moyang dan tok-tok guru (atau ustaz dan ustazah) ketika kita masih kecil. Dan, kita telah lakukan sehingga sekarang, sehinggalah kita mendengar hadith di atas atau hadith-hadith lain yang menyebutkan semasa berwudu' kita disuruh sebut/baca 'Bismillah'. Wudu' tidak sah tanpa menyebut 'Bismillah'. Selain rukun-rukun solat yang kita telahpun tahu, kita diperingatkan bahawa tanpa membaca selawat dalam Tahiyat Awal dan Tahiyat Akhir, solat kita tidak sah. Sememangnya dalam kalimah-kalimah yang kita baca semasa Tahiyat Awal dan Tahiyat Akhir telahpun termasuk kalimah-kalimah 'selawat atas Nabi (s.a.w) ' itu, kita hanya tahu ketetapan as-Sunnah mengenainya dalam hadith ini.
Di bahagian akhir hadith tersebut disebutkan kewajipan mengasihi orang-orang Ansar. Orang Ansar zaman Rasulallah (s.a.w), setelah beliau berhijrah dari Mekah ke Madinah, adalah orang-orang iman di Madinah dan orang-orang yang datang dari Mekah mengikuti Hijrah Nabi (s.a.w) ke Madinah adalah disebut 'Muhajirin'. Oleh kerana ketetapan as-Sunnah itu adalah 'timeless', yakni tidak diljumudkan oleh masa dan zaman, diijtihadkan melalui 'qias'. Jika kita bersolat di qariah lain, maka solat kita sah jika kita mengasihi (atau, tidak menyimpan rasa benci kepada) orang-orang iman di qariah tempat kita berada semasa solat. Ini tidaklah ganjil kerana dalam Islam, semua yang Islam itu adalah saudara kita dalam Islam [Nota: Ayat 10, Surah al-Hujurat dan Ayat 12, Surah al-Hujurat]. Maka tidak wajarlah kita benci membenci orang-orang iman lain, terutama orang iman di qariah yang kita berada sementara.
Demikianlah cantiknya Islam itu. Islam mengutamakan ukhuwah dan persaudaraan, antaranya sifat saling hormat menghormati sesama Islam adalah utama sehinggakan, rasa benci tersebut boleh membatalkan solat kita. Tambahan pula, kita di dalam menganuti Islam dilarang oleh Allah (a.w) memutuskan silatur rahim. Sesiapa yg memutuskan silatur rahim sesama Islam, dia tidak mencium bau syurga di akhirat kelak. Walhal, bau syurga boleh dicium sejauh 70 tahun perjalanan! kalaulah kita tidak mencium bau syurga pastilah kita tidak akan masuk syurga. 

Jazakallahu khairh

No comments:

Post a Comment