Assalamualaikum,
Sekian lama kita diberitahu bahawa menyentuh wanita (termasuk isteri sendiri, bagi mereka yg sudah berumah tangga) itu membatalkan wudu'. Seperti yg dijelaskan sebelum ini bahawa kalimah 'lamastumun nisa' dalam Ayat 6, Surah al-Maidah [Nota: Yg memberikan ketetapan umu tentang cara beruwudu' dan yg membatalkan wudu'] dan Ayat 43, Surah an-Nisa' [Nota: Ketetapan yg sama diulangi dalam ayat ini], iaitu merujuk kepada 'berjimak' atau 'bersetubuh', bukan sentuhan secara literal. Ini telah kita jelaskan sebelum ini.
Kita telah teliti hadith bahawa Rasulallah (s.a.w) mencium isterinya, kemudian bersolat dia tanpa wudu'. Sekarang kita teliti satu lagi hadith tentang menyentuh wanita itu. Di dalam hadith berikut diceritakan bahawa Rasulallah (s.a.w) sedang mengerjakan Solat Witir (i.e. malam hari) kemudian tiba-tiba Aisyah (r.ah) isterinya berada tidur mengereng terbujur seumpama mayat di depannya yg tidak membolehkan dia Sujud. Maka dikalihkannya Aisyah (r.ah) dengan menggunakan kakinya menolak kaki Aisyah (r.ah) supaya boleh dia Sujud. [Nota: Tidur Aisyah (r.ah) mengereng disebelah kanan dengan lengan kanannya dijadikan bantal di kepalanya, terbujur 'seumpama mayat', i.e. mayat yg diletakkan di liang lahad kubur, mengadap kiblat. Kehadiran Aisyah (r.ah) secara tiba-tiba dalam keadaan tidur terbujur itu menjadi 'asbabal nuzul' ketetapan tentang menyentuh wanita tidak membatalkan wudu'. Jika batal, pastilah Rasulallah (s.a.w) berhenti bersolat, berwudu' semula dan solat semula.]
Diriwayatkan hadith daripada Laith berkata: ‘Memberitahu kepada aku ibnu Lahad, hadith daripada Abdul Rahman bin Qasim, hadith daripada ‘Aisyah (r.ah) berkata: ‘Sesungguhnya ada Rasulallah (s.a.w) ada bersolat, dan aku tidur melintang di depannya seumpama terbujurlah jenazah, sehingga ketika berkehendakkan dia (Sujud pada solat) Witir disentuhnya aku dengan kakinya (yakni, Rasulallah (s.a.w) menolak kaki Aisyah (r.ah) dengan kakinya supaya beralih sedikit untuk membolehkan dia Sujud).’ [Hadith an-Nasa’i, Kitab Bersuci (Wudu’)]
Hadith di atas adalah sandaran dalil as-Sunnah bahawa menyentuh wanita itu tidak membatalkan wudu'. Amin
[Nota: Saudara, lelaki menyentuh wanita yg bukan makhramnya secara senagaja adalah haram, i.e. berdosa, tetapi kalau dia ada wudu' tidaklah batal wudu'nya. Tetapi, kalau lelaki itu menyentuh makhramnya, maka tidak batal wudu' dan tidak pula berdosa. Maka dgn itulah Islam tidak membolehkan seorang lelaki (atau perempuan) bersalaman dgn perempuan (atau lelaki) yg bukan makhramnya, dalam apapun keadaan, spt dalam sesuatu perasmian yg formal atau tidak formal. Contoh: Kita lelaki bersalaman dgn menteri perempuan spt Shahrizat atau Dr Siti Asmah].
Jazakallahu khairah
Dengan dua hadis diatas, dah kira kuat ke yang mengatakan sentuh wanita tak batalwudhu!!! Biar betul ni pak ???
ReplyDeleteTok2 guru kita, ustaz2 yang berbuih cerita kat sekolah, masa nikah kena batal air sembahyang dan seterusnya kena tukar mazhab masa kat mekah takut batal wudhu tu belajar kat mana???
Makin saya baca penulisan dalam blog ni, makin pening pula.
Tapi tuan sentiasa ada dalil hadis, macam mana ni????
Assalamu'alaikom, Tuan Abi Ayyub, saya dulu pun macam tuan juga. Confused.
ReplyDeleteWaktu saya menunaikan haji pada 1992 dulu, saya mula bertanya kenapa tak ada baca qunut bila solat subuh dan kenapa kena tukar mazhab kalau nak pastikan tak batal wudhu' jika bersentuh perempuan sungguh pun isteri? dan banyak lagi
Jawapan2 kepada 2 soalan di atas pun buat saya pening logiknya. Mana taknya? Allah SWT satu, Nabi Mohamad SAW satu, Quran satu, agama Islam satu. jadi macam mana ibadah dilakukan masa haji di Mekah & Madinah berbagai2 cara? Mana yang betul? kan pening dibuat? jawapan yang diberi olih uztaz tabung haji dan yang rakan2 yg lebih tua pun tidak memuaskan.
Saya balik dan mula mencari jawapannya. Saya jumpa macam2 jawapan tapi akhirnya 10 tahun kemudian ( 2002) baru saya jumpa hadith Nabi SAW, " Aku tinggalkan kalian 2 perkara, Quran & Sunnah ku. Jika kalian ikut kandungan dalam 2 perkar tersebut, nescaya kalian akan selamat selama2nya, di dunia dan di akhirat".
Jadi kalau nak tahu dan paham isi Quran & hadith, kenalah cari guru yang pakar dalam hal ini. Baca dari buku pun tak sesuai untuk memahami isi Quran & Hadith. Hadir seminar atau taskira pun tak sesuai.
Dan di sini saya ingin menasihati tuan supaya mesti berguru. Mengaji cara yang betul ialah secara MANQUL - man (orang ) qul ( yang berkata )yakni berguru yang ada ASNAT - bersambung sampai nabi SAW dan MUTASIR - haq yang benar.
Mengaji terus menerus dan akan terjawablah segala kemuskilan tuan. Kalau tuan sudah bersedia untuk mendapatinya yakni Ilmu Quran & Hadith, saya bolih bantu. Saya tinggal di Shah Alam dan e-mail saya : orbee007@hotmail.com
Insya'allah semuga kita bertemu.