Assalamualaikum,
Kita telah diberitahu oleh Allah (a.w) dalam firmanNya pada Ayat 56, Surah az-Zariat: [yg maksudnya: Tidaklah Aku (Allah (a.w)) jadikan jinn dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri kepadaKu.] Tugas kita sebagai manusia, selain mensyukuri segala kurniaan Allah (a.w), yang paling utama peluang hidup di dunia dan diberi Allah (a.w) rezki, adalah mentaati perintahNya dan mentaati suruhan RasulNya dan menjaga ketetapan-ketetapanNya dan ketetapan-ketetapan RasulNya. Apabila akur dengan perintah dan suruhan tersebut, maka Allah (a.w) anugerahkan kesudahan yang baik,iaitu syurga. Inilah yang dijanjikan oleh Allah (a.w) dalam Ayat 13, Surah an-Nisa. Sebaliknya pula, jika kita ingkar akur dengan ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w), Allah (a.w) pasti akan campakkan ke dalam neraka dan disiksa. Inilah janji Allah (a.w) dalam Ayat 14, Surah an-Nisa'. Kemudian, Allah (a.w) perintahkan kita supaya ikuti contoh Rasulallah (s.a.w) dalam memperhambakan diri kita kepada Allah (a.w). Inilah perintah Allah (a.w) dalam Ayat 7, Surah al-Haysr. Firman Allah (a.w): [Yg maksudnya: Apa-apa yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) hendaklah kamu ambil (yakni, terima dan laksanakan), dan apa-apa yang ditegah oleh Rasulallah (s.a.w) hendaklah kamu tinggalkan (yakni, jangan kerjakan atau jangan buat).] [Ayat 7, Surah al-Haysr].
Ayat 7, Surah al-Haysr ini adalah nas dan dalil al-Quran bahawa as-Sunnah (yakni, sunnah Rasulallah (s.a.w) dan sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin) hendaklah kita jadikan panduan hidup serta panduan amalan dan ibadah. Kita diperintahkan ambil segala sesuatu perintah dalam as-Sunnah itu sekuat mampu kita (dan larangan hendaklah ditinggalkan tanpa pengecualian). Perintah ini meliputi segala sesuatu - tentang bentuk-bentuk ibdah dan amalan, cara dan kaedah mengamalkannya. Pendeknya, jika tiada dalam ketetapan as-Sunnah kita tidak boleh lakukan. Jika kita lakukan maka ia menjadi kebatilan iaitu berupa bid'ah, tahyul, kurafat atau taklid, semuanya membatalkan amalan dan mendatangkan dosa.
dalam solat Rasulallah (s.a.w) memberi kita tahu dengan sabdanya: Sabda Rasulallah (s.a.w): 'Sollu kama ra-aitumuni usalli' [Yg bermaksud: Bersolatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat.] [Hadith Bukhari] Pendeknya apabila kita bersolat, kita tidak boleh mencontohi orang lain, ulama'ke atau orang biasake! Hanya contoh solat Rasulallah (s.a.w) yang wajib kita contohi, sejajar dgn sabda itu. Sesuai dengan ketetapan ini, kita akan teliti banyak perkara, bagaimana Rasulallah (s.a.w) mengerjakan solat - solat fardu dan solat sunat, bagaimana kelakuan beliau dalam setiap rukun dan tertibnya. Jika solat kita menepati solat Rasulallah (s.a.w) solat kita itu diterima Allah (a.w). Begitu jugalah lain-lain amalan dan ibadah wajib mahupun sunat.
Jika kita usahakan mempelajari ilmu as-Sunnah kita akan tahu secara terperinci bagaimana hendak bersolat mencontohi solat Rasulallah (s.a.w). Dan, kita akan dapati begitu banyaknya perbezaan atau kelainan dalam solat yang kita kerjakan selama ini. Semuanya kerana kita kerjakan amalan berdasarkan tunjuk ajar orang tanpa ilmu dan kita pula tidak menyemak ilmunya, tetapi terus melakukan sesuatu, termasuk solat, dalam kejahilan. Jika demikian, soalnya: Adakah solat kita itu sah? Adakah diterima Allah (a.w)? Jawapannya: Tidak!
Rasulallah (s.a.w) memberi kita tahu dalam riwayat Imam Bukhari dengan sabdanya: (Man akhdatha fi amrina haza malaisa minhu fahua raddu) [Yg bermaksud: Barangsiapa mengadakan pembaharuan dalam perkara aku (yakni, Islam dan syariatnya) yang ianya (yakni, yang dikerjakan) bukan daripadaku (yakni, didatangkan daripadaku), maka dia (yakni amalannya) ditolak.] [Hadith Bukhari]
dan sabda beliau mengikut riwayat Imam Muslim pula, iaitu: Sabda Rasulallah (s.a.w):(Man ‘amala ‘amilan laisa ‘alaihi amruna fahua raddu) [yg bermaksud: Barangsiapa beramal dengan apa-apa amalan selain daripada perkara atau urusanku (yang didatangkan oleh aku, Nabi), maka dia (yakni, amalannya) ditolak] [Hadith Muslim].
'Pembaharuan dalam perkara' adalah bid'ah. Solat yang dicemari oleh bid'ah tidak diterima Allah (a.w). Maka sia-sia sajalah kita mengerjakan solat. Sudahlah solat tidak diterima, mendapat dosa pula. Malah lebih bahaya dari itu, kerana apabila kita teliti as-Sunnah kita akan diberitahu bahawa mengerjakan bid'ah menyebabkan kita terkeluar dari Islam tanpa kita sedari. Amat bahaya. Maka dengan itulah Allah (a.w) mengingatkan kita dalam al-Quran dengan firmanNya: 'wala taqfu ma laisa bihi ilmun. [Yg bermaksud: Dan janganlah kamu lakukan apa-apa yang kamu tiada baginya (yakni, perlakuan itu) ilmu mengenainya’ [Ayat 36, Surah al-Israk].
Insya Allah kita akan teliti sedikit demi sedikit cara solat Rasulallah (s.a.w) supaya kita terpandu, berjaya mempastikan solat kita diterima Allah (a.w) dan terjauh dari tersingkir daripada menjadi orang Islam yang beriman, sebaliknya jatuh kafir dan gagal mendapat syurga Allah (a.w) dan terjerumus ke dalam neraka Allah (a.w).
Jazakallahu khairah
Interesting subject to read. Hope more people who are seeking the truth must be informed about this information. Your writing will definitely enlighten many to understand the true teaching of Islam.
ReplyDelete