Wednesday, December 16, 2009

Makan daging unta dan minum susu unta batal wudu'

Assalamualaikum,
Antara perkara yg membatalkan wudu' itu telahpun kita teliti sebelum post ini. Mungkin ada diantara kita yg belum terserempak dengan ilmu mengenai sesuatu kita akan anggap sesuatu ketetapan itu janggal atau susah nak dipercayai. Tambahan pula, apabila kita diajarkan mengenai perkara sebaliknya sekian lama. Atau, kita diberitahu kerapkali sesuatu ketetapan Islam itu. Contoh: Menyentuh wanita (isteri atau siapa saja) tidak membatalkan wudu'. Namun, menyentuh wanita yg bukan mahram kita tetaplah mendapat dosa. Ketetapn ini adalah berlainan daripada apa yg kita diajarkan sekian lama.)
Kita lihat pula satu lagi ketetapan yg mungkin tidak relevan bagi kita yg berada di rantau ini, tetapi lebih relevan bagi mereka yg berada di persekitaran perkara yg disebutkan; iaitu: pertama, memakan daging unta membatalkan wudu'; dan kedua, minum susu unta juga membatalkan wudu'.
Di dalam Islam dan syariatnya yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w), kita diberitahu ketetpan terperinci mengenai segala sesuatu yg perlu diperjelaskan, termasuklah prkara wudu'. Kadang-kadang sesuatu ketetapan itu tidak dapat dirasionalisasikan dengan logik fikiran manusia. Namun, kita wajib yakin bahawa ilmu Allah (a.w) itu tidak ada siapa yg boleh tandingi. Malah ilmu Rasulallah (s.a.w) tentang Islam itupun tiada siapa boleh tandingi. Kerana segala sesuatu yg dikatakan olehnya dan yg dilakukan olehnya adalah bersandarkan wahyu Allah (a.w).
1. Diriwayatkan hadith daripada Bara’ bin ‘Azib (r.a) berkata: ‘Ditanya Rasulallah (s.a.w) daripada urusan dari daging unta?’ Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Hendaklah wudu’ kamu kerana (memakan) nya.’ [Hadith Ibnu Majah]
2. Diriwayatkan hadith daripada Jabir bin Samurah (r.a) berkata: ‘Diperintahkan kami oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa kami hendaklah berwudu’ dari memakan daging unta dan tidak (perlu) wudu’ kami dari memakan daging kambing.’ [Hadith ibnu Majah]
3. Diriwayatkan hadith daripada Abdillah bin Abdillah, bekas hamba kepada Bani Hashim (dan adapun Abdillah itu seorang yang dipercayai. Dan adapun dia mengambil darinya ini hadith). Diberitahu hadith daripada Abdul Rahman bin Abi Laili (r.a), hadith daripada Usaidi bin Hudairin (r.a), berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Jangan berwudu’ (yakni, tidak batal wudu’) dari meminum susu kambing, dan berwudu’lah dari meminum susu unta.’ [Hadith ibnu Majah]
Hadith di atas itu memberikan ketetapan Rasulallah (s.a.w) bahawa minum susu kambing tidak membatalkan wudu’. Namun di dalam lain-lain hadith disebutkan bahawa sekiranya kita minum susu lembu, kerbau atau kambing, hendaklah kita brkumur-kumur membersihkan bekas susu dalam mulut kita. Tapi, tak perlu berwudu' semula. Tetapi, jika kita minum susu unta maka batal wudu’. Ketetapan yang sama disebutkan dalam hadith berikut pula, dengan ditambah pula bahawa jika kita makan daging unta, batal wudu' kita.
4. Diriwayatkan hadith daripada ‘Ata’ bin Saib (r.a) berkata: ‘Aku mendengar Muharib bin Disar berkata dia: ‘Aku mendengar Abdullah bin ‘Amru (r.a) berkata: ‘Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) telah bersabda dia: ‘Wudu’lah dari memakan daging unta, dan tidak wudu’ (yakni, berwudu’ semula atau batal wudu’ dahulu) dari memakan daging kambing. Dan berwudu’lah (yakni, wudu’ batal bila minum susu unta) dari meminum susu unta, dan tidak perlu wudu’ dari meminum susu kambing. Dan solatlah di dalam kandang kambing, dan jangan bersolat di dalam kandang unta.’ [Hadith ibnu Majah]
Di dalam hadith terebut disebutkan juga bahawa jika kita tiada tempat yg sesuai untuk bersolat, terutama semasa musafir, kita dibolehkan bersolat di kawasan kandang kambing (atau lembu) tetapi tidak dibenarkan bersolat di kawasan kandang unta.
Mungkin ada diantara kita yg mempersoalkan ketetapan ini. Atau, menganggapnya agak anih pula. Tetapi, dalam Islam apabila ketatapan dibuat di dalam al-Quran dan as-Sunnah, orang Islam yg beriman wajib 'dengar ketetapan, dan taatkan ketetapan' tersebut.
Mungkin nampak tidak relevan bagi kita, kerana tiada unta atau kandang unta di Malaysia. Namun, sejak akhir-akhir ini, orang yg berada dikalangan kita, ketika nak kerjakan korban, telah mengorbankan unta. Maka pastilah ada yg berkesempatan dapat makat daging unta atau minum susu unta. Mereka wajarlah faham ketetapan Islam dalam prkara ini.
Bagi mereka yg pernah mengerjakan haji dan/ umrah, melawat ladang ternakan unta, di Mekah atau Madinah, beli susunya dan minum. Kemudian mereka bersolat tanpa mengambil wudu' semula. Maka, rugilah kerana solatnya tidak sah, kerana wudu'nya batal. Alhamdulillah, kita telah mendapat secebis ilmu tambahan yg haq, untuk panduan kita. Manalah tau nanti kita pula berpeluang makan daging unta dan minum susu unta.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment