Monday, December 7, 2009

Mendoakan Pengantin Baru

Assalamualaikum,
Orang Melayu memang suka hadhir jemputan majlis perkahwinan. Lebih istimewa tempat majlis di adakan majlis lebih berbangga dia. Isterinya pun akan bercakaplah dengan geng-gengnya pengalamannya dalam majlis pekahwinan yang diadakan dihotel yang mewah dan standard, spt The Palace of the Golden Horses, Sunway Lagoon Resort Grand Ballroom etc. Kemudian semua akan memberi greeting kpd Raja dan Permaisuri Sehari dengan ucapan atau kata-kata: 'Selamat Pengantin Baru' atau ditambah dengan kalimah 'Tahniah' dan macam-macam lagi.
Rugilah kita yang menjemput dan rugilah kita yang dijemut dalam banyak perkara. Pertama-tamanya pasangan pengantin tidak mendapat keberkatan kerana perkahwinan adalah suatu ibadah dalam Islam. Rugi pula kerana kurang keberkatan apabila majlis tersebut diadakan secara besar-besaran yang mengakibatan pemborosan wang ringgit bayaran kepada pemilik dewan-dewan canggih tersebut, kerana hiasan yang membazir dan makanan yang berlebih-lebihan. Rugi kerana banyak perkara timbul pula rasa riak dan bangga diri - oleh orang yang mengadakannya dan orang yang menghadirinya. Ramailah yang menunjuk-nunjukkan kekayaan dan kemwahan masing-masing, dengan perhiasan permata berlian, emas dan perak dan fesyen pakaian. Dalam berpakaian pula ramailah yang mendedahkan aurat mereka dan menunjukkan keistimewaan dirinya dari pakaian yang berfesyen moden dan berpakaian nipis sehingga ternampaklah peha, betis dan lengan wanita-wanitanya, rantai di kakinya dan sanggul-sanggul rambutnya didandan khas untuk majlis tersebut.
Demikianlah keadaannya. Itu satu bahagian dari kerugian yang diperolehi oleh yang mengundang dan yang diundang.
Yang penulis ingin ceritakan kali ini adalah ucapakan yang disampaikan kepada kedua pengantin dan kepada keluarga mereka. Ucapan itu jika dilakukan bersandarkan Islam dan syariatnya, khususnya as-Sunnah, mendapat keberkatan kepada keluarga pengantin, dan pengantin dan juga kepada yang mengucapkannya. Islam menyuruh kita ucapkan kepada kedua pengantin atau keluarganya ucapan: 'Barakallahu laka' [Maksud: Semoga memberkati Allah (a.w) akan kamu], seperti yang diebutkan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Thabit hadith dari Anas (r.a) berkata: 'Melihat aku Nabi (s.a.w) atas Abdul Rahman b 'Auf bekas-bekas warna kekunungan (di atas pakaiannya), maka bersabda Nabi (s.a.w): 'Apa ini warna-warna?' Berkata Abdul Rahman (kepadanya):'Aku berkahwin dengan seorang perempuan dengan mas kahwinnya dengan emas seberat sebiji kurma.' Maka bersabda (Rasulallah (s.a.w) mengucapkan doa): 'Barakallahu laka' [Maksud: Semoga memberkati Allah (a.w) atas kamu] dan bergembiralah.' [Hadith Bukhari, Kitab Doa]Itulah sebaik-baik ucapan kepada pengantin baru. Dalam Islam atas sesuatu yang menggembirakan atau yang menyulitkan sentiasalah saudar Islam dan iman yang mendoakan kesejahteran dan pertambahan nikmat ke atas mereka. Kitamendapat pahala yang besar dalam Islam dan orang yang kita ucapkan juga mendapat keberkatan kerana kita doakan kebaikan baginya.
Mengucapkan 'Selamat Pengantin Baru' tidak mendapat ganjaran pahala apa-apa, sebaliknya mengucapkan kalimah-kalimah yang dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) pasti mendapat ganjaran pahala yang besar pula. Semoga, mulai dari saat ini kita, sebagai umat Islam yang beriman, yang inginkan sebanyak mungkin pahal, jadikanlah amalan ajaran as-Sunnah di atas ajaran as-Sunnah itu sebagai amalan lazim kita, insya Allah. Amin

Jazakallahu khairah.

No comments:

Post a Comment