Wednesday, December 16, 2009

Batalkah wudu' jika kita tidur?

Assalamualaikum,
Kita tengok pula ketetapan Islam tentang wudu' jika kita tidur atau tertidur. Tidur batalkah wudu'?
Ramai antara kita yg sudah bersolat masih berwudu' dan menunggu pula untuk brsolat semula pada waktu solat selepasnya, katalah dalam kes sudah mengerjakan Solat 'Asar kemudian menunggu Solat Maghrib pula.
Di bawah ini dituliskan empat buah hadith yang menyebutkan tentang ketetapan as-Sunnah apakala kita telah berwudu’ dan kemudian kita tertidur. Apa jadi pada wudu’? Dua hadith yang mula-mula (#1 dan #2) itu khusus bagi Rasulallah (s.a.w) sahaja, kerana terdapat banyak hadith sahih menyebut kelebihan Rasulallah (s.a.w) bahawa walaupun dia tidur hanya matanya yang lelap (yakni, tertutup) tetapi hatinya jaga (yakni, fikiran atau otaknya berjaga dan sentiasa dia ingatkan Allah (a.w)).
Justeru itu, tidur dalam wudu’ tidak membatalkan wudu’ bagi Nabi (s.a.w). Namun bagi, orang Islam biasa (seperti penulis dan saudara) apabila tidur atau tertidur, walaupun wudu' belum batal,akan terbatallah wudu’kita:
1. Diriwayatkan hadith daripada Aswad, daripada Aisyah (r.ah) berkata: ‘Adapun Rasulallah (s.a.w) tidur dia hingga berdengkur. Kemudian bangun dia maka bersolat dia, dan tidak berwudu’ dia.’ [Hadith ibnu Majah]

2. Diriwayatkan hadith daripada Ibrahim, daripada ‘Alaqamah, daripada Abdillah (r.a) berkata bahawasanya Nabi (s.a.w) tidur sehingga berdengkor dia, kemudian bangun dia dan bersolat dia.’ [Hadith ibnu Majah]
Dua hadith di atas tidak trpakai kepada selain Rasulallah (s.a.w). Walaupun begitu, di dalam hadith #3 dan #4 berikut dijelaskan bahawa jika tertidur dan kita tidur itu dalam keadaan duduk, maka wudu’ tidak batal. Tetapi jika tertidur melentang atau terbaring, selain duduk, maka batallah wudu’ dan hendaklah berwudu’ semula:

3. Diriwayatkan hadith daripada Said bin Jubairin, daripada Ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Adapun tidur dia demikian dan dia (dalam keadaan) duduk. Yakni, kata Ibnu Abbas (r.a), Nabi (s.a.w) (yang tidur berkeadaan duduk itu). [Hadith 
ibnu Majah]

4. Diriwayatkan hadith daripada Ali bin Abi Thalib (r.a) berkata bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Bahawa mata itu bertalian (yakni, ada hubungan rapat fisiologinya) dengan dubur. Maka barangsiapa tidur maka berwudu’lah (semula).’ [Hadith ibnu Majah]
Dua hadith di atas menjelaskan kettapan Islam bahawa jika kita masih ada wudu', kemudian kita tertidur atau sengaja tidur, maka wudu' kita secara otomatis batal. Kita perlu wudu' semula untuk bersolat. Walau bagaimanapun, jika kita tertidur dalam keadaan duduk, wudu' kita tidak batal, kecualilah kita terkentut atau terkeluar mani, walaupun tidak disengajakan.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment