Saturday, December 12, 2009

Keluar dari Islam jika ...?

Assalamualaikum,
Secebis lagi hadith untuk panduan kita bersama. janganlah kita remehkan peringatan Rasulallah (s.a.w) dalam hadith ini:
Diriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah (r.a) mengatakan bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa datang kepada dukun (Kahin) dan membenarkan apa-apa yang dicakapkannya, atau datang (menyetubuhi) isterinya ketika haid atau datang (menyetubuhi) isterinya melalui duburnya, (i.e. meliwat) maka sungguh-sungguh lepas daripada apa-apa yang diturunkan Allah (a.w) atas Muhammad (s.a.w) (yakni, keluar daripada menjadi umat Muhammad (s.a.w), i.e. Islam).’ [Hadith Abu Daud]
Hadith ini menyebut dua perlakuan yg menjadikan kita syirik, terkeluar dari Islam, sama ada disedari atau tanpa disedari, iaitu:
1. Orang yg menggunakan khidmat seorang 'kahin' (i.e. pawang atau dukun atau bomoh) untuk sesuatu, termasuk menyembuhkan penyakit, membuat ramalan dsbnya; dan
2. Suami yg menyetubuhi isterinya ketika isterinya haid dan menyetubuhi isteri melalui duburnya (i.e. meliwat isterinya)
Mudah-mudahan pesanan Rasulallah (s.a.w) ini kekal menjadi panduan kita setiap masa. Apabila kita perlukan sesuatu bantuan atau pertolongan, mintalah (i.e. berdoalah) pada Allah (a.w). Janganlah kita menjadi umat Nabi Lot (a.s) yg sukakan dubur daripada farji isterinya (lebih-lebih lagi dubur lelaki pula, homoseks). Amin

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment