Assalamualaikum,
Di dalam Islam itu mendidik anak-anak bukan sahaja suatu kewajipan, tetapi adalah juga merupakan pelaburan untuk kebajikan ibubapa di akhirat kelak. Hari ini begitu ramai ibubapa yg langsung tidak mengendahkan anak-anak - tidak berusaha mendidik mereka tentang Islam dan tuntuannya, membiarkan mereka bebas dan liar berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa dinasihati, membiarkan anak-anak peremuan 'meronda' dengan teman lelaki sampai larut malam, dsbgnya.
Di dalam al-Quran, Allah (a.w) peringatkan kita dalam ayat-ayat berikut:
1. Ayat 6, Surah at-Tahrim: 'Wahai orang-orang yg beriman! Jagalah diri kamu dan ahli-ahli (i.e. keluarga) kamu dari neraka ...'
Kita bertanggungjawab terhadap diri kita dan anak bini kita supaya menyediakan diri mereka menjadi hamba Allah (a.w) yg taat. Jika kita tiada ilmu untuk mengilmukan mereka tentang Islam dan syariatnya, dapatkanlah orang yg berilmu mengajar dan mendidik mereka. Kia sebagai ibu bapa perlu didiki diri dahulu supaya kita berada di landasan yg haq tentang Islam.
2. Ayat 9, Surah al-Munafiqun: 'Wahai orang-orang yg beriman janganlah kamu jadikan harta kamu dan anakpinak kamu penghalang bagi kamu mengingati Allah (a.w) ...)'.
Hari ini mungkin 9 daripada 10 ibubapa yg memiliki anak, tidak dapat mengawal perilaku anak-anaknya. Ibubapa abaikan tanggungjawab mereka. Pihak berkuasa Islam juga abaikan tanggungjawab mereka dalam menyediakan dan memberikan kemudahan pendidikan Islam yg menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Orang Islam semakin terasing dari tuntutan Islam. Anak-anak muda semakin sebati meniru carahidup orang bukan Islam dalam banyak perkara. Semua ini kerana kejahilan ugama dan kemandulan program pengilmuan yg boleh menyedarkan mereka akibatperbuatan mereka.
Orang Islam yg kaya dan mewah juga menghadapi fitnah atau cubaan yg hebat kerana kecetekan ilmu ugama dan kerana ketipisan keyakinan mereka tentang akibat buruk g akan menimpa mereka kerana tidak menginfaq fi sabilillah. Mereka yg kaya di dunia akan muflis di akhirat sekiranya mereka luapa memnafaatkan keyaan mereka demi Islam.
3. Ayat 15, Surah at-Taghabun: 'Sesungguhnya harta kamu dan anakpinak kamu adalah fitnah (i.e. cubaan) bagi kamu dan di sisi Allah (a.w) itu (yakni, mematuhi ketetapan Allah (a.w) itu ada) pahala yg amat besar (yakni, balasan syurga yg penuh kenikmatan)'.
Bagi mereka yg tahu kemanfaatan yg boleh memberi mereka tiket ke syurga melalui anakpinak mereka serta melalu harta kekayaan mereka, mereka amat beruntung. Namun, jika jahil, anakpinak dan hartalah benar-benar menjadi fitnah, yg pasti mengirim mereka ke neraka dengan mudah, tanpa mereka sedari. Insya Allah kita akan teliti dengan terperinci kelak bagaimana harta dan kemewahan itu merupakan pedang bermata dua - ia boleh merosakkan kita dan boleh menguntungkan kita, jika kita tahu bagaimana bertindak.
Hadith di bawah ini mungkin dapat menggerakkan hati kita untuk membimbing dan membentuk anak kita untuk menjadi orang yg soleh, yg sentiasa mendoakan kesejahteraan kedua ibubapanya. Dan, kerana itu kedua ibubapanya dimsukkan Allah (a.w) ke dalam syurga.
Diriwayatkan hadith daripada abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sesungguhnya nescaya mengangkat Allah (a.w) darjat kalangan hambanya yang soleh (maksudnya: ibubapa) di dalam syurga’, maka berkata hamba tersebut ‘Ya Allah! Apa dia ini?’ (yakni, merasa pelih dan tidak percaya dia kerana dinaikkan taraf syurganya begitu tinggi berbanding dgn amalannya semasa di dunia) Maka berfirman Allah (a.w) ‘(Dapat kamu masuk ke syurga ini) Dengan meminta ampun bagi kamu (dari dosa-dosa kamu oleh) anak-anak kamu bagi kamu.’ [Hadith Imam Ahmad bin Hanbal]
kerana doa anak-anak yg diprkenan atau dikabulkan Allah (a.w) dapat kedua ibubapanya masuk syurga, walaupun dalam keadaan biasa mungkin tidak dapat.
Mudah-mudahan snapshots al-Quran ini dapat membuka sedikit minda kita, memberikan kita peringatan dalam membentuk tindak tanduk kita di masa depan, dalam mengurus keluarga dan harta. Mudah-mudahan snapshots ini mampu membuka ruang dalam jiwa kita supaya membuat perubahan minda untuk menjamin kesejahteraan akhirat kita. Sehari di akhirat adalah 1,000 tahun kiraan waktu dunia. Kita hidup tidak lebih seminit dalam jangka waktu akhirat (i.e. apakala dinilai dalam konteks waktu di akhirat). Mudah-mudahan kita dapat bangun dari lena di dunia.Amin
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment