Saturday, December 19, 2009

Wudu': Keluar mazi dan mani?

Assalamualaikum,
Kita telahpun teliti cara dan kaedah berwudu' berdasarkan ketatapan as-Sunnah. Kita juga wajar ambil ingatan bahawa wudu' yg tidak sejajar dengan apa yg ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w) tidak sah. Antara yg utama kita perbetulkan adalah menyapu anggota wudu' yg ketiga, i.e. kepala kita. Sekian lama kita mengamalkan berwudu' cara yg diajarkan oleh tok-tok guru dan nenek moyang kita, iaitu menyapu sebahagian kepala sahaja atau membasahkan beberapa helai rambut saja. Yg sebetulnya adalah menyapu atau mengusap seluruh kepala.
Kita juga telah teliti bagaimana kaedah menyapu kepala itu. Dan, kita juga telah lihat cara Imam as-Syafie menyapu kepalanya. Juga, kita telah tahu apa-apa yg membatalkan wudu' (spt terkentut, tertidur). Sekarang kita teliti pula satu aspek lain yg membatalkan wudu'.
Adakah terbatal wudu' jika, atas sebab-sebab tertentu, keluar mazi dari kemaluan kita? Dan, adakah terbatal wudu' kerana sesuatu sebab yg menyebabkan keluar air mani? Cuba kita lihat hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Ali (b Abi Thalib) (r.a) berkata: 'Adapun aku seorang lelaki yg mudah keluar mazi.' Maka bersabda Rasulallah (s.a.w) kepadaku: 'Ketika melihat kamu mazi, maka basuhlah zakar kamu, dan berwudu'lah (semula) sebagaimana berwudu' engkau untuk solat; dan ketika terpancut air (i.e. keluar mani), maka mandi junublah engkau.' [Hadith an-Nasa'i, Kita Toharah (Bersuci)]
Hadith di atas menceritakan tentang kisah Ali b Abi Thalib (r.a). Dalam menjelasan hadith ini, para mufassirin (i.e. pentafsir hadith) menceritakan bahawa Ali (r.a) adalah seorang lelaki yg keinginan syahawatnya amat tinggi, sehinggakan apabila dia melihat seorang wanita, mudah dia keluar mazi dengan banyaknya pula. Maka dia bertanya kepada Rasulallah (s.a.w) untuk mendapatkan panduan mengenai permasalahannya itu, bersabit dengan wudu'nya. Maka Rasulallah (s.a.w) memberitahu kepadanya jika keluar mazi, maka terbatallah wudu', kerana dalam Islam mazi itu najis. Maka perlulah membaharui wudu'nya untuk bersolat. Jika, yg keluar adalah air mani, maka dia wajib mandi junub. Demikianlah ketetapan as-Sunnah tentang mazi dan mani; i.e. keluar mazi hendaklah kita basuh kemaluan kita dan berwudu'lah semula jika nak bersolat. Jika keluar mani, hendaklah mandi junub [Nota: Kita sudahpun tahu bahawa proses mandi junub itu merangkumi dua proses; iaitu pertama, berwudu', dan kedua, mandi meratakan air ke tubuh.
Jazakallahu khairah.

No comments:

Post a Comment