Assalamualaikum,
Kita teruskan usaha kita memahami wudu' dalam konteks ketetapan as-Sunnah, kerana panduan yang haq itu hnayalah dua sahaja dalam Islam, iaitu ketetapan al-Quran dan ketetapan as-Sunnah.
Bagaimanakah kalau seseorang itu keluar mazi, atas apa sebab sekalipun, dan dia masih ada wudu'? Batalkah wudu'nya? Bagaimana pula kalau seseorang itu keluar mani, walaupun dia tidak bersetubuh? Batalkah wudu'nya? Dan, sebagai isu lanjutan, kalau mazi terkena kain atau baju atau jubah yg dia gunakan untuk bersolat? Dah jadi najis ke kalau terkena mazi atau/dan mani? Bolehkah kain atau baju atau jubah itu digunakan untuk bersolat? Bagaimana membersihkannya?
Diriwayatkan hadith daripada Abdil Rahman bin Abi Laili, daripada Ali (r.a) berkata: ‘Ditanya Rasulallah (s.a.w) dari urusan air mazi, maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Dan di dalamnya ada wudu’ (yakni, air mazi tidak membatalkan wudu’ tetapi memadailah dibasuh sahaja), dan di dalam air mani hendaklah mandi junub (yakni, jika keluar mani membatalkan wudu’ dan juga perlu mandi hadas besar atau mandi junub).’[Hadith ibnu Majah]
Hadith di atas itu menjelaskan bahawa jika seseorang itu terkeluar mazi - sama ada disengajakan atau tidak disengajakan - tidak membatalkan wudu'. Memadailah membasuh kemaluannya. Dan, kemudian dia boleh solat, tanpa mengambil wudu' yg baru. Kalau seseorang itu keluar mani - sengaja atau tidak sengaja - wudu'nya terbatl, i.e. dia perlu mengambil wudu' semula. Malah, seseorang yg keluar mani - atas sebab apa sekalipun - diwajibkan mandi junub kerana dia berjunub. Wudu' yg dia ada batal dan dia wajib mandi junub pula. [Sila rujuk post lalu bagaimana nak mandi junub. Harus diingat mandi junub itu merangkumi dua proses, iaitu pertama berwudu' dan kedua mandi, meratakan air ke tubuh.]
Hadith di bawah ini menjelaskan ketetapan yg sama, bahawa jika keluar mani maka berwudu’lah semula, yakni jika tidak tak perlulah bewudu’, hanya basuh sahaja:
Diriwayatkan hadith daripada Miqdar bin Aswad (r.a) mengatakan bahawa ditanya Rasulallah (s.a.w) dari seorang lelaki yang mendekati (yakni, bercumbu-cumbu dengan) isterinya maka tidak keluar air mani?’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ketika menjumpai salah seorang daripada kamu demikian (yakni, mani) maka siramlah farji (kemaluan) kamu, yakni, maka membasuhlah kemaluan dan berwudu’lah kamu.’ [Hadith ibnu Majah]
Jika keluar mani wudu’ batal. Hadith di atas menjelaskan hendaklah basuh kemaluan dan kemudian berwudu’lah semula. Yang dimaksudkan oleh hadith ini, dengan mengambil kira proses mandi junub yang diwajibkan bagi seseorang yang ingin solat, adalah jika hendak bersolat hendaklah bersihkan kemaluan, kemudian mandi junub. Mandi jubub mengikut as-Sunnah merangkumi proses berwudu’ selain mengenakan air ke seluruh anggota dan kulit badan.
Juga, mengikut as-Sunnah adalah suatu amalan as-Sunnah, mendapat pahala sunat, setelah bersetubuh dengan isteri, sebelum tidur sunat mengambil wudu’, jika tidak mahu mandi junub ketika itu.
Jelaslah, hadith di atas itu memberi ketentuan bahawa jika keluar mani, wudu’ batal. Tetapi, jika ingin bersolat, maka hendaklah mandi junub. Orang berjunub tidak boleh solat melainkan telah mandi junub terlebih dahulu. Orang yg masih dalam keadaan junub, tidak dibolehkan membaca al-Quran. Selepas mandi junub boleh solat tanpa berwudu’, kerana, seperti disebutkan, mandi junub merangkumi proses wudu’.
Mudah-mudahan dengan tambahan ilmu ini, kita lebih yakin tentang ketetapan Islam dalam perkara wudu'. Amin
Jazakallahu khairah.
maaf...mengikut kefahaman saya..keluar mazi tetap membatalkan wuduk...cuma sekadar memadai hanya basuh dan perbaharui waduk. dan tak perlu mandi wajib.
ReplyDeleteyaa air mazi membatalkan wuduk kerana air mazi adalah najis. tiada wuduk maka tiada nama nya solat
DeleteKeluar mazi... Batal wudu
ReplyDeleteKeluar mani... Tidak batal wudu dan kena mandi wajib.
Macmane keluar mani wudu tidak batal sedangkan ia berjunub? Jawabnya kalau sesorang yg ada wudu sedang tidur sambil duduk tiba2 mimpi keluar mani maka dia masih ada wudu.. Wudunya tidak batal...beliau boleh terus tidur (tidak makruh). Kalau nak solat mesti kena mandi.
ReplyDeleteBagi org yg janabah sebelum tidur sunat ia mengambil wudu. Oleh itu org yg ada wudu jika keluar mani cth sbb mimpi tak perlu berwudu lagi kerana wudunya masih ada... Tak makruh tidurnya.