Assalamualaikum,
Di dalam al-Quran, Allah (a.w) berfirman bahawa kesudahan bagi setiap manusia itu hanya salah satu daripada dua, iaitu syurga dan neraka - segolongan masuk syurga dan segolongan masuk neraka [Ayat 7, Surah as-Syura]. Manusia yg tidak beriman, yakni tidak Islam, sudah pastilah mendapat neraka sahaja. Kerana, hanya Islam ugama yg diterima Allah (a.w) sebagai landasan pengabdian manusia terhadapNya [Ayat 3, Surah al-Maidah]. Dan, bagi mereka yg Islam dan beriman, contoh ikutan yg membolehkan mereka mengabdikan diri kepada Allah (a.w) atas landasan yg hak hanyalah Rasulallah (s.a.w), kerana dia adalah 'uswatun hasanah' (model ikutan terbaik)
Maka dengan itu, sesiapa yg mengambil model ikutan selainnya, maka batillah pilihannya, kerana itu bukan perintah Allah (a.w). Logiknya mudah. Allah (a.w) yg ciptakan Islam sebagai 'ad-Din' bagi manusia, pastilah tertakluk kepada kehendakNya dan ketetapanNya dan spesifikasiNya. Allah (a.w) mengangkat Muhammad (s.a.w) sebagai UtusanNya untuk membawakan ugamaNya kepada manusia supaya diajarkan mereka ilmu mengenai ugamaNya dan menunjukkan atau mendemokan bagaimana praktikalnya segala bentuk pengabdian tersebut, kaedah dan caranya serta perincian rukun dan tertib, setiap bentuk dan jenis pengabdian tersebut, maka hanya spesifikasi itu sahajalah yg haq dan betul serta menepati kehendak dan ketetapan Allah (a.w). Allah (a.w) yg menentukan dan Rasulallah (s.a.w) yg memberi manusia tahu. Tiada orang lain yg lebih tahu. Tiada orang lain yg lebih sempurna ilmunya mengenai Islam dan syariatnya.
Pengabdian itu melambangkan kedudukan manusia dengan Tuhan mereka. Allah (a.w) adalah Tuhan mereka, dan mereka, sebagai manusia, adalah hambaNya. Oleh itu, segala perintah, suruhan dan ketetapan Allah (a.w) wajib dipatuhinya.
Antara perintah yg sering diremehkan oleh orang Islam yg mengakui beriman dengan Allah (a.w) Ayat 7, Surah al-Haysr (i.e. Ambillah apa-apa yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w), dan tinggalkan apa-apa yg ditegahnya) dan Ayat 80, Surah an-Nisa' (i.e. barangsiapa mentaati Rasullah (s.a.w) dia sungguh-sungguh telah mentaati Allah (a.w)). Kemudian Allah (a.w) perintah kita yg Islam itu dalam Ayat 13, Surah an-Nisa (i.e. Sesiapa yg taatkanlah Allah (a.w) (yakni, ikuti ketetapan al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (yakni, ikuti ketetapan as-Sunnah), dimasukkan ke dalam syurga) [Nota: Ayat ini adalah preskripsi 'jalan pintas ke syurga' kalau saudara nak cari satu]. Bagi kita yg tidakpun berkesempatan menemui Allah (a.w) dan menerima sendiri perintahNya, kita hanya boleh merujuk kepada Rasulallah (s.a.w) yg menerima perintahNya. Setelah ketiadaan Rasulallah (s.a.w) kita sendiripun tidak berkesempatan bertemu dengan Rasulallah (s.a.w). Justeru bagaimana? 'Taatkan Allah (a.w)' itu sebenarnya bermaksud 'ikutilah ketetapan al-Quran dan ketetapan as-Sunnah'. Maka dengan itulah wajib bagi seseorang Islam itu mempelajari al-Quran. Tapi, janganlah pula belajar dengan orang yg membuat pentafsiran sendiri tentang ayat-ayat al-Quran, seumpama menulis buku-buku dan kitab-kitab ugama tanpa sandaran yag haq, iaitu tanpa sandara ilmu as-Sunnah. Kerana as-Sunnah itu menjelaskan isi al-Quran. Malah Allah (a.w) melaknat orang-orang yg mengarang kitab dan buku seperti yg jelas dalam Ayat 79 Surah al-Baqarah. Mereka mengarang buku kononnya tentang Islam dan syariatnya kemudian mereka membuat rumusan ataupun panduan kononnya apa yg mereka tafsirkan dan katakan adalah menepati ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya! Allah peringatkan dalam ayat-ayat berikutnya bahawa yg menulis buku dan kitab dan yg berpandukan buku dan kitab tersebut, sama-sama masuk neraka Wel! Ramai ulama' mengarang buku, kononnya panduan ibadah dan amalan, tetapi preskripsi mereka bertentangan dengan ketetapan Allah (a.w), mengikut al-Quran, dan bertentangan dengan preskripsi Rasulallah (s.a.w), mengikut as-Sunnah.
Mengapa mereka perlu membuat tafsiran dan perubahan kepada sesuatu yg sudah jelas dalam al-Quran dan as-Sunnah? Sebagai contoh: ramai ulama' tafsirkan kalimah 'jami'an' dalam 'Ayat 103, Surah ali-Imran' tersebut sebagai 'kesemuanya', maka hilanglah perintah sebenar, iaitu Allah (a.w) perintahkan manusia anuti Islam 'secara berjema'ah' atau 'dengan berjema'ah'. Kalau mereka keliru, mereka sepatutnya merujuk kepada hadith (i.e.as-Sunnah), bilamana Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita antara beberapa perkara yg Allah (a.w) perintahkan beliau laksanakan di bumi adalah 'anuti Islam secara berjema'ah'.
Firman Allah (a.w): [Yg bermaksud: 'Dan, berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah (a.w)(yakni, ugama Allah (a.w), iaitu Islam, yang syariatnya adalah al-Quran dan al-Hadith atau as-Sunnah) secara berjemah dan janganlah kamu berfirqah-firqah (yakni, berpecah belah dan berpuak-puak atau bermazhab-mazhab atau berkumpulan yang terasing)...' [Ayat 103, Surah ali-Imran]
Apabila para ulama' tafsirkan kalimah 'jami'an' sebegitu, maka hilanglah kewajipan untuk menegakkan Islam secara berjema'ah! maka, dengan itu jugalah hari ini umat Islam dengan diketuai oleh para ulama' dan ilmuwan tidak mengutamakan as-Sunnah, walhal as-Sunnah sama utama dan pentingnya dalam berugama sebagaimana al-Quran.
Di Malaysia, as-Sunnah sendiri tidak diutamakan sehinggakan tiada usaha oleh pihak-pihak yg berwajib mengajarkan as-Sunnah. Yg ada initiatif individu yg bercakap dalam Kuliyah Maghrib dan Kuliyah Subuh - tak lebih dari 1/2 jam, mengajarkan hadith-hadith pilihan atau kesukaan penceramah. Bukan untuk tujuan pengilmuan. Apabila as-Sunnah diketepikan, diremehkan dan ditinggalkan, maka berleluasalah kitab-kitab dan buku-buku karangan manusia, yg kita sangsikan dari manakah asas dan landasan ketetapan yg disampaikannya, dari al-Quranke atau as-Sunnah ke atau pendaatnya sendiri! Apabila as-Sunnah diremehkan, maka berleluasalah pula 'bid'ah hasanah', kerana elemen-elemen dan kaedah serta cara pengamalan 'bid'ah hasanah' itu menyeronokkan kerana ia lebih bersifat ritual dari perintah Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) yg haq, yg semestinya perkara-perkara yg serius ...
Berhubungan dengan ketetapan Allah (a.w) dalam Ayat 103, Surah ali -Imran itu, Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sesungguhnya Allah (a.w) redha (yakni, sukakan) bagi kamu tiga perkara: (pertama) tidak menyekutukan akan Dia (Allah (a.w))(yakni, tidak syirik) dengan sesuatu apapun, dan (kedua) bahawa berpegang teguh dengan tali Allah (a.w) (yakni, ugama Allah (a.w), iaitu ugama Islam yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w)) secara berjemaah, dan (ketiga) jangan berpecah belah (atau berfirqah-firqah atau bermazhab-mazhab); dan benci Allah (a.w) bagi kamu tiga perkara (iaitu) (pertama) banyak berkata-kata dan bercakap-cakap, dan (kedua) banyak soal (tentang ugamanya) dan (ketiga) pemboros atau membazirkan harta.’ [Hadith Muslim]
Rasulallah (s.a.w) memperingatkan semula umatnya supaya 'anuti Islam secara berjema'ah' atau 'dengan berjema'ah'. Namun, hari ini majoriti umat Islam lupakan ketetapan berjema'ah ini. Atau, mereka ringankan, maka, kata mereka, cukuplah dengan bersolat secara berjema'ah sahaja. Hakikatnya, anuti Islam secara berjema'ah itu lebih luas lagi ketetapannya, lebih luas dan spesifik pula maksud dan perintahnya, dan besar implikasinya, dari setakat bersolat berjema'ah. Kita akan teliti dengan mendalam dimensi ini, insya Allah, dalam tulisan-tulisan yg akan datang.
Semoga mereka yg sukakan 'bida'ah hasanah' ini diberi hidayah Islam yg sebenarnya agar kembali ke pangkal jalan, memperbetulkan aqidah dan amalan dan bertaubat semula. Rasulallah (s.a.w) secara terang-terang menghukum bahawa setiap (atau semua) pembaharuan dalam perkara ugama adalah bid'ah, dan semua bid'ah adalah kesesatan, dan semua kesesatan adalah neraka tempatnya. Jika begitu, maka mana mungkin ada pengecualian? Orang yg mengatakan wujud 'bid'ah hasanah' itu adalah tergolong dari kalangan mereka yg menentang Ayat 13, Surah an-Nisa', Ayat 80, Surah an-Nisa', Ayat 59, Surah an-Nisa', dan Ayat 7, Surah al-Haysr. Dan, mereka tergolong dalam golongan yg dimaksudkan dalam Ayat 14, Surah an-Nisa', iaitu yg masuk neraka. Menolak ketetapan as-Sunnah terkeluar dari Islam, sebagaimana mereka yg mengamalkan, mengajar dan mengembangkan bid'ah terkeluar dari Islam tanpa disedari. Oleh itu, belajarlah atau mengajilah dan dapatkanlah ilmu yg haq iaitu ilmu al-Quran dan as-Sunnah, supaya dijadikan panduan yg haq dalam Islam. Kalau dah terlanjur, bertaubatlah. Kembali ke pangkal jalan.
Jazakallahu khaira
No comments:
Post a Comment